Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Oct 26, 2009

Taring Nik Aziz.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan hanya satu teknik, beberapa potong ayat, ianya membuatkan segala masalah timbul dipermukaan untuk dilihat. Dilihat dahulu dan terpulanglah kepada semua sama ada mahu bersihkan atau still sapu bawah karpet.

1. Masalah Hasan Ali.

Taring Nik Aziz membuatkan Hadi mengeluarkan kenyataan masalah perlu diselesaikan mengikut mesyuarah. Lu nampak atau tidak bagaimana bangsatnya Hasan Ali yang bertindak di luar mesyuarah sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan negeri yang diperuntukkan saluran istimewa untuknya berbuat demikian?

Dan 2 kali bangsat ialah Presiden yang bila kena batang hidung baru sebab bab mesyuarah. Betapa benci dan meluatnya pengundi non muslim terhadap Presiden yang mebisu dalam ada jua hal.

2. Masalah Hadi.

Presiden paling bongok yang gua rakam dalam sejarah PAS. Selama ini apa jua isu, dia macam sleeping budha. Mata kelip pun tidak. Lihat bagaimana Anwar respon dan selesaikan masalah Zaid-Azmin. Tak sampai 24 jam. Dia menjaga dan mempunyai daya kawalan terhadap party.

"Aduka pro Anwar-PKR!"

Pi mampuih la hang. Pedulik apa gua dengan Anwar. Lu tengok kes PJ PKR Perak, Hj Osman. Blogger mereka menyalak dan buat bising; tak sampai 48 jam, Anwar dah turun siasat dan jumpa blogger mereka sendiri.

Hanya sekali Nik Aziz tunjuk taring, dah bisa membuatkan sleeping budha tiba-tiba duduk berdebar2. Kensel habis program luar negara ala2 Rosmah Mansur.

Kemudian, lu tgk bagaimana Hadi membayangkan ketakutan terhadap media baru. Masalahnya bukan media, tapi masalahnya pemikiran bangang. Tak kena pada zaman.

"Dapatkan kepastian dari Presiden sendiri."

"Presiden ada di Rusila, baik lu g jumpa dia."

Bodoh nak mampos. Dalam perkembangan zaman yang maklumat benar dan salah di hujung jadi, Hadi dan ulama Melayu kekalkan corak zaman 80an. Idiot.

Fitnah tersebar dari komputer ke komputer. Patut sebagai pemimpin politik zaman kini, dia perlu counter fitnah dari komputer ke komputer gak. Kalau zaman guna gun, pemimpin perang perlu mahir gun juga. Apa kejadah suruh 1Malaysia datang Rusila, tunggu jadual ceramah umum setiap hujung minggu atau buat lawatan peribadi?

Bangang punya mazhab. Idiot punya kitab kuning.

"Jangan terpengaruh dengan media perdana dan media baru."

Abah kau. Apa kau ingat 1Malaysia yang layak mengundi ni semua tolol macam jemaah Rusila? Asal isu jer, kena tunggu minggu depan baca Harakah. Asal fitnah jer, kena datang Rusila cari Hadi. Asal kontroversi jer, kena beli kacang rebus tunggu minggu depan Mat Sabu datang ceramah kat Surau Hitam.

Deyy... bodoh. Gua bukan jemaah Rusila maa...

3. Masalah agen UMNO.

Kalau si babi Nasha, dan si Stopa Ali tu mohon maaf dan mengakui berjumpa dalam diam dengan UMNO kerana buy time, dah settle dah.

( Nasha gua selamba jer bagi babi, tapi Stopa gua ada pertimbangan sket. Stopa lepas dari kena sound dgn Nik Aziz dulu, dah senyap sket dah. Jadi Pengarah PRK dulu pun ok. Kerja belakang pasal UG gua tetap maki gak la. Tapi Nasha? Dah la takda guna, buat babi pulak tuh. Apa jasa dia pada PAS pun gua tak tau. Kalau nak base pada jasalah.)

"Ya. Saya mohon maaf. Tapi saya harap semua faham. Saya terpaksa nafikan untuk mengelakkan kekacauan yang lebih teruk. Saya berjumpa untuk beli masa."

Tapi sebab Allah nak tunjuk kepada golongan berfikir; diulangi, kepada golongan berfikir, maka, Nasha enggan mohon maaf, malah usung dalil dan nas. Usung skali Majlis Syura. Nasib baik Majlis Syura semua ulama2 tahap old skol, kalau Majlis Syura tu dihuni oleh Dr Asri, Saiful Islam, Zaharuin, Al-Bakistani, mau kene sula dah tuh.

Tambah sekor lagi ulama Al-AdukaTarunani, mau kena sebat 500 kali depan rumah uma dah tuh. Gua sebat kat bontot kiri jer sampai habis. Tapi sebelum tu gua check dulu la. Kot2 Nasha letak buku 555 kat bontot. Tak dapek do bhai.. gua makan garam dulu.

"Tiada egen UMNO dalam PAS. Mengarut!"

Lu bunuh Ustaz Ahmad Awang dulu la mangkuk. Ni tgk nih.

4. Masalah ulama bangang.

Sampai tahap yang bagi hujah bukan Nik Aziz yang tulis tu gua tak terkata apa lagi dah. Bagaimana para ulama bangang berhadapan dengan peristiwa pahit dan berat terhadap batang hidung sendiri. Kalau soalan wartawan tu boleh dibawa balik dan dijawab keesokan hari, sudah pasti ulama Haron Taib akan mengemukakan dalil dan hadis yang ada sipi2 dengannya.

Tapi sebab soalan tu on the spot, maka, dia jawab :

"Saya rasa bukan Nik Aziz yang tulis."

Tu... Pak Bakaq dah mengaku tuh. Dia yang seludup masuk opis Nik Aziz memalam, dan rembat paswot blog Nik Aziz. Pastu Pak Bakaq yang karang kenyataan tuh. Sampai skang Nik Aziz tak tahu apa tuh.

"Ayahanda dikelilingi penasihat yang jahat."

Kepala lutut lu.

5. Last punya problem. Roslan sms.

Mesti gile bangga Roslan masuk sebaris dengan Hadi ni bai dalam N3 gua kali nih. Ntah siapa ntah dia, mewakili PAS Selangor tolak EGM. Kalau mewakili kawasan A di Selangor kira tepat gak la dalam perlembagaan.

EGM dimohon oleh kawasan bhai. Kalau PAS Selangor taknak, apa nak heran? Yang penting PAS2 kawasan Selangor tu. Kalau ada yang mohon secara bertulis, tetap EGM gak. Bodoh macam Nasha la.

Kesimpulan.

Orang nak rujuk, rujuk pada rekord. Nik Aziz punya rekord berapa lama? Ni yang Ganu pun gagal, kita boleh pulak bagi kat team Ganu untuk amanah pusat yang lebih komplek dan majmuk. Apa punya bangang ahli PAS.

Memang tak wajar berlagak sebab Allah punya kerja. Sekali Allah tarik, lingkup Kelantan. Tapi kita bercakap soal kudrat manusia, asbab manusia. Inilah kemahiran politik TGNA. Mohon EGM sahaja, sudah cukup membuatkan masalah2 bawah karpet terapung.

So, lantak p la. Gua tetap fight for EGM. Dapat tak dapat belakang kira. Alang2 terapung dah ni, tangguk campak longkang jer tinggal lagi bhai..

24 comments:

Xenan said...

terbaik dari ladang..

Anonymous said...

Perkara UG ini bukan sahaja mengguris hati bukan melayu tetapi hati pengundi melayu itu sendiri.

kami mengundi PAS pada PR12 lalu bukan kerana kami sukakan PAS tetapi kerana kami BENCIKAN BN/UMNO, ulang sekali lagi, BENCIKAN BN/UMNO.

tup tup lepas pilihan raya keluar berita PAS berunding dalam gelap dengan UMNO. APA CERITA NI!!!! mana tak marah....so apa yang PAS cakap sepanjang kempen pilihanraya tu nak campak kat mana?? apa ni, kata ulamak tetapi bilamasa pula ulamak dibenarkan BERBOHONG????!!!!
lepas tu, sampai la ni tak selesai-selesai lagi masalah UG ni, tenggelam timbul tenggelam timbul.

kalau macam nilah gaya kepimpinan PAS, nanti PR13 kami rakyat akan sama-sama PERLINGKUPKAN pas. biar sedar sikit depa ni, masih lagi dibuai mimpi fikir depa dah kuat.

PS- dalam pas ini ulamak yg saya hormati hanya Tuan Guru Nik Aziz & Ustaz Ahmad Awang. yang lain tu...tepuk dada tanyalah selera

BukanCalon said...

lu memang best duka..

wa register blog pon pasal lu ja ni..wakaka..

semua n3 lu wa baca..tapi malaih nak komen semua..

sehari 15 kali tak kurang wa buka lu pnya blog ni..

gogogo aduka...

dalam bahasa melayu..

pergipergipergi aduka.. wakaka...

non partisan said...

PAS - aku sokong Nik Aziz. DAP - aku sokong Lim Guan Eng. PKR - aku sokong Haji Ismail Yusup!

hussin said...

mesy khas tidak akan menyelesaikan kemelut ug dlm pas kerana ia hanya satu usaha pihak ug untuk sapu bawah karpet isu ini, buying time.

nasha kata pas takkan masuk umno, betullah tu... tak masuk dan bersama, berbeza. ug, ug ni bukan pas masuk umno. bersama umno.

kenapa tgna terpaksa pilih mesy khas? confirm apa dia kata dulu, dulu, "ambo sogheng". saranannya untuk menyelesaikan masalah oleh segelintir pemimpin dalam pas, bak menyiram air di daun keladi. cepat dimasak sedap dimakan, macam mi maggi. perut kenyang, teruskan dengan kerja rutin.

tidak ada seorang pun kepimpinan pas yang menyokong saranannya. entahlah kot ada yang gi jumpa tgna senyap. penyakit jumpa senyap2 ni dah jadi barah dalam pas. entah apa yang ditakutkan pun tak tahu. apa ada jin dok perati hangpa? sampai masa, tiba satnya, kita semua akan pergi. nak jaga parti? jaga apa?

itu bab kepimpinan. kawasan, ambil sikap wait and see. tak berani. entah bomoh mana yang diguna sehingga semua mulut dikunci. entah jin mana yang membisukan hangpa.

sikap wait and see, memberi 'kemenangan' kepada sasaran tgna. gitulah hebatnya puak depa. yang tak mampu dilihat, samapai hari ni, oleh akar umbi pas.

pemimpin berbohong, ok. pemimpin kencing, ok. susah nak dapat ahli2 wala' cam ni maa. mengalahkan rejim komunis. aah, mereka kan dipilih. diendorse di muktamar ke 55 dulu. kalau apa2 pun tunggulah muktamar ke 57. di sana ada pemilihan. entah pil apa pula akan digunakan.

hussin said...

kedudukan dan jawatan perlu dijaga maa. sialap step, nama hilang dari senarai calon pru 13 nanti. aku mungkin tak betul, tapi setakat ni, tu lah persepsi aku. yang sibuk2 ni ahli biasa macam aku je... usul kat mesyurat cawangan pun, bo layan. dicop sebagai 'anasir subversif', ada la.

harapan aku sebagai ahli biasa kini, supaya mesy khas nanti semua dibentang, dibincang, diperhalusi, didebat secara open. tak macam dua tiga kerat bincang dengan tgna dulu, pas tu, jaja "settle". dalam dah "settle" dia membengkak lagi. gitulah jadinya kalau sakit tak jumpa doktor, memadai dengan telan panadol je. bila dah sakit teruk baru pi jumpa doktor. dah terlewat. kanser! mesy khas ni standard klinik je. bukan doktor pakar. doktor pakar, egm la. apa lagi...

Anonymous said...

Wey, sebelum kau nak pakai hujah Us Ahmad Awang nak pedajal Harun din ngan Nasha, kau baca dulu Us Ahmad Awang tulih apa:

http://usahmadawang.blogspot.com/2008/07/janganlah-penyokong-pas-berbalah-dengan.html

Baca leklok, memang syura bagi la sial!

Anonymous said...

Gua rs, bila dh Tok guru nik aziz tkde nti, ahli2 PAS akn jd wala' kt Hadi & the gang smpai jth longkang.. hahaha..

Anonymous said...

bai

lu kena jaga mulut sikit puji nik aziz lebih2 bai

umno belum serang nik aziz sepenuhnya....diorang tunggu masalah mca dan mic selesai je tu.....

dah selesai nanti masalah BN nanti, nik aziz akan diserang dengan kes menantu.....macam kes paklah khairy jugak lah......

lu takkan tak perasan....rockybru, bigdog dah start tulis pasal menantu nik aziz....diorang ni berantai......tunggu arahan bos je untuk tindakan seterusnya.....kickdefella pun dah start dah....dulu tak kisah pun pasal menantu nik aziz ni......siap letak gambar balak lagi tersungkur.....

so perkara ni umno simpan untuk jadi buah tanggung lepas ni......nik aziz akan diserang secukupnya......

jibam

hussin said...

anon 7:59,

aku sial ke ko sial?

"Dalam sidang akhbar yang sama, Timbalan Mursyidul Am, Dr Harun Din, menjelaskan bahawa muqabalah dengan pimpinan UMNO yang pernah diketuai oleh Timbalan Presiden adalah direstui oleh Majlis Syura. Keputusan majlis tersebut dalam mesyuaratnya pada 23 April yang lalu terus memberi mandat kepada pimpinan tertinggi parti iaitu Presiden sendiri, Timbalan Presiden dan beberapa orang yang lain untuk berbincang sekiranya diajak dengan mana-mana pihak termasuk UMNO bagi membincangkan perkara kepentingan Islam dan lain-lain perkara yang boleh mengukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat.

ko tengok tarikh mesy tu ngok. "pertemuan dalam gelap" berlaku lebih awal dari itu. ko baca lagi, dia sebut 'muqabalah'. selepas semua "settle", semua 'setuju' muzakarah jadi muqabalah. selepas majlis "settle" pada 23 julai...

aku pulang balik sial ko...

Anonymous said...

pertemuan dlm gelap yg mane nih? Yg ko sebut tuh brp hrbulan?

Yg pak Lah ajak utk perintah negeri s'gor ke or yg 3 kali jumpe utk dgr Pak Lahnyer offer utk Mesia?

Yg first tuh utk buying time. Yg 2 tu majlis syura approve.

Bodo!

Anonymous said...

tgna nk cadang egm, tlog bwk ke mesyuarat lu. Tgna kan mursyidul am, bleh pggil syura sidang kan? Ckp dlm media gitu, semua org tau. Trmasuk org2 bodo cam aku n tuan pnye blog. Bile org bodo tau, org bodo akan phm ikut cara masing2 beb. Pastu mule r salah faham. Mklum r, ilmu xde, adab xde, iman pun xberapa nk ada.

Same r cam asan ali tu. Gi dedah selcat luar. Kan ke blh ckp dlm mesyuarat. Asan Ali wat silap, xkan tgna nk wat silap gak?

Kamon r.

Pas sentiasa said...

http://www.malaysiakini.com/news/87987

Kesian ustaz nasha. Xabih2 kene fitnah. Yg jumpa kes nk wat gomen kat sgor tu pun syura bagi r. Bkn suka suki je. Kalo pe yg nasha, khalid samad n mustafa ali tu wat salah, mesti mjlis syura dh xbagi pi dh utk kali kedua n ketiga.

fitnah agi fitnah. Masok kubur siap r korang

Anonymous said...

Oleh : nmAbduh

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman. Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat. Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

Anonymous said...

sangat biadap aduka taruna gunakan perkataan kasar hina dan sombong riak angkuh dan ada ciri-ciri "yahudi" maki alim ulama.

aku tak pasti identiti kamu tetapi kalau kamu seorg yang baik dan beriman kamu akan beradab ketika berblog dan menyampaikan apa-apa kritikan jangan sampai "berbabi dan bonggok " nanti Allah akan uji kamu pula.

ingatlah dari Allah kita dtg dan kepadaNya lah jua kita akn dikembalikan,

banyakkan bersabar dar berdoa.

Lyn said...

EGM atau mesyuarat khas tak kemana sebab set2 beku masih menguasai PAS.

dizz said...

ha'a sapa lah roslan sms tu yer.. org baru kenal pas kot sebab nampak sgt dia ni lain macam, dr hassan ali memang kita dah tau baru je masuk pas, tapi oklah jugak dr hassan ali ada jasa jugak. kita nak org yg berjiwa sejati macam TGNA, Hj Mat Sabu, Mahfuz etc etc...

dino.yp@gmail.com said...

teruskan usaha anda, membodohkan orang2 Melayu, cina dan india dok gelak tengok hang, sana bodoh, sini bodoh, tapi diri sendiri tak pernah nak check.

BukanCalon said...

apa ni oi copy paste=kopi pasta kat sini..aduh...

Hanz_Azdi said...

ho ho ho... echo Xenan this's AT's best ever response to recent issues.

p:s: yet some're still havin' problem filtering or removing the scum from any gems (if any)...hehe

Anonymous said...

Salam.
Budi bicara melambangkan keperibadian. Nasihat saya agar blogger aduka menggunakan bahasa yang lebih elok dan mengawal perasaan marah atau kecewa dengan menggunakan perkataan yang lebih intelektual. Orang yang tidak dapat mengawal emosi biasanya adalah orang yang lemah fikiran. So, brother Aduka... please change your style of expression.

FZY said...

Ahli PAS Kena Bijak Menghadapi Fitnah Media
Posted on Oktober 27, 2009 by ustazidrisahmad

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.

PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah.

Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan.

Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.

Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan.

PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.

Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun.

PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.

PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusa

Hanz_Azdi said...

FZY,

Bukan saja ahli PAS kena tau beza mana fitnah mana penipuan, depa juga kena tau kelemahan kepimpinan organisasi atau jemaah Islam seperti PAS juga 1 fitnah kepada gerakan Islam sedunia. Pemimpinnya tak boleh memilih jalan menipu & memperbodohkan mentaliti penyokong & ahlinya apatah lagi menyelitkan ayat-2 suci Al-Quran & hadis Nabi s.a.w. kpd setiap alasan untuk mengkaburi mata hati penyokong & ahlinya untuk bergabung-jalin dgn seteru dalam keadaan ia sedang mara menawan seterunya & berpotensi besar untuk menang & menakluki.

Hadi Tegar said...

masuk je UMNO semua kan senang.