Skip to main content

sms mengenai MSO.

Ni sms yang gua dapat. Gua siarkan jer. Lu selidik sendiri.

"Siasah kian tenat. Maybe akan gulung tikar Dis. ini. Jualan Siasah jatuhdi bawah par... area 20K ja, walhal target minimum 50K @ 50% dari printing. Dipercayai ianya berpunca oleh pembaca boikot Siasah sejak UG meletup. Rakyat nak balas dendam pada Syaitan Manusia bernama MSO. Kalau dari dulu lagi (2 tahun lalu), PAS / Harakah sedia memecat MSO sebagai KetuaPengarang, tentu Siasah tenat. Minggu lepas, Pengarang Eksekutif Siasah, Zulkifli Sulung bergaduh dengan MSO. Ekoran itu, MSO tembak harakahdaily yang juga dipimpin Zul Sulung dalam blognya, msomelayu.blogspot.com. MSO sah agen UMNO berbayar. Beliau lebih layak menjadi penglupur lara murahan UMNO dalam blognya sahaja.

p/s : Tolong jangan letak nama saya sebagai pemberi sumber, sebab saya internal fighter UG!"

Tu dia sms yang gua dapat. Gedabak punya panjang. Seb baik tak hang enpon hitam putih gua. Hahaha. Menurut maklumat rakan2 blogger, MSO ni upahan Cikgu Pa. Ada satu lagi blog anti husam yang antara dua ownernya. Satu Hasan Ali, satu lagi Cikgu Pa jugak. Maklumatlah...

Pada gua, dan gua memang yakin betul punya, UG dan apa juga alasan2 yang berminat kepada UMNO ni, adalah bertujuan politik PAS Terengganu. UMNO di Terengganu berpecah 2, dan PAS mempunyai peluang mentadbir bersama UMNO, di Terengganu, seandainya :
  1. PAS Selangor + UMNO Selangor bergabung dalam kes skandal gelap.
  2. PAS Perak + UMNO Perak bergabung dalam apa yang didedahkan Ustaz Ahmad Awang di pentas muktamar.
  3. Idea UG berjaya.
  4. Task Force melalui Nasha berjaya.
Sekilas ikan di air gua dah tahu ikan air tawar ke air masin. Pusing2 apa punlah idea-cadangan mereka, semuanya bertujuan kepada keadaan politik PAS Terengganu. Bila sebut masalah2 ni semua, pusing2 pun la apa juga cara, semuanya adalah akibat ahli PAS adalah majority genetik bodoh. Cerdik semata dua jer dari UMNO.

Nak settle prob, kena cabut pembolehubah terbesar dulu. Pembolehubah paling dominan. Yakni Hadi. Masalah penganti masalah kendian. Menurut teori Saiful Islam, satu entiti yang dihilangkan akan diganti secara automatik oleh entiti lain.

Langgar Hadi, buktikan taraf kualiti genetiknya, taraf kualiti inteleknya, dirakam dalam pelbagai medium untuk rujukan zaman2 akan datang, ianya membuka ruang dan peluang untuk menggugurkan ulama ini.

Katakan entiti Hadi akan diganti oleh entiti Nasha. Takper.. Nasha punya kes lagi small baby dari Hadi. Standard Nasha gua rasa dengan Parpu Kari jer kot. Apa pun, sebenarnya, langgar perlu dilanggar untuk mencetuskan fenomena pecah tempurung di kalangan akar umbi bermedia internet.

Comments

  1. ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dengan segala hormatnya menjemput semua blogger ke majlis Jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat Serdang pada 18/10/2009 jam 2.00 ptg- 5.00 ptg bertempat di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi ( Sebelah exit tol Bangi)

    Rf; drshafie.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. msm standard sgt blog kamu nak kutuk parpu kari.

    ReplyDelete
  3. Kalau anda baca ulasan dari pemimpin PAS tentang kekalahan di Bagan Pinang (kecuali ulasan dari TGNA) semuanya lembut je. Macam salahkan takdir. Kononya menang kalah adat pertandingan. Kononnya pemilih di N9 tak tahu nak bezakan mana kaca mana berlian. Kononya deme tu bangang tertipu dengan gula2 BN. Ade jugak pemimpin PAS yang terus jadi bisu.

    Teruskan tidur dan berkhayal.

    ReplyDelete
  4. Anda yg tidur dan berkhayal..

    ReplyDelete
  5. saya rasa ada banyak ulasan pasal bagan pinang di mana2.., samada harakah atau laman2 web pimpinan dan lain2 sumber. mungkin saudara tertinggal bas barangkali.

    lain kali jgn tidur dan berkhayal.

    ..jgn marah ea...

    fzy

    ReplyDelete
  6. setau aku, cikgu pa ni bukan kaya mcm At, rumah yg dia duduk pun bukan hasil masa jadi exco dulu, setau aku le sms yg at terima tu dari Tulang besi yg amat membenci geng terengganu kerana geng terengganu tidak memberi ghanimah hasil kejayaan menawan negeri terengganu. banyak sgt ke harta cikgu pa yg sampai boleh mengupah MSO. Org Pas terengganu tidak pernah berniat bergabung dgn umno mcm tuduhan tulang besi dan At yg mana begitu membenci ulamak sperti yahudi dan kristian.Pas terengganu tidak pernah mengadai maruah semacam At dan TB. Umno terengganu bukan berpecah kepada 2 tetapi 3 tapi oleh kerana blog ini mempunyai infomasi yg tepat kerana adanya informer seperti Internal Fighter UG.

    ReplyDelete
  7. oh geng UG mai dah...kalau UG tu hanya tarik masuk PAS aje, mengarut aje...tu sah kerja 'dalam gelap' oleh Task Force yg sebenarnya mengkhianati amanah & kepercayaan rakyat yg mengundi PAS PRU12 '08 dulu kerana mahukan suatu perubahan dlm politik negara, tolak dasar BN...gila apa PAS mahupun DAP/PKR nak jatuh maruah camtu..though mmg dlm politik musuh hari ni tak selamanya jadi musuh kita..tapi tengok ler realiti UMNO tu sendiri...Kalau nak 'perpaduan' camtu baik orang/pemimpin PAS tu masuk UMNO aje, senang nak 'bermadu kasih', 'berpadu tenaga','beramas mesra' ker apa pun. Biar kita 'gaduh siang-2' daripada gaduh cam 'musuh dalam selimut' asalkan dalam hal-2 penting seperti survival kaum Melayu-Islam, kebajikan, keselamatan rakyat tanpa sempadan kaum/agama, kita bersama-2 (berpadu). Apa taktikal UG ni memebri kesan +ve kpd PAS? Tidak, menjahanamkan ada ler.

    atm imo go to hell with your UG. ...'perpaduan' my a$$ dgn UMNO yg sendiri pun tak boleh damai, byk mush dalam selimut, byk tak betul, berpuak-2...Idea bangang!

    ReplyDelete
  8. mso tue syok sendri..tp xleh slahkan die jd cmtu,geng2 UG dlm pas yg byk cover mamat nie..

    time pemilihan pas ari tue,kemain lg melobi puak2 UG agar menang..erm,musang berblu pubik ayam..!!!

    dgr cite mso ngan geng pas kelantan pun die ade msalah,psal balak kot,mayb abghensem duk klantan nue lebih tahu kot hal nie..

    -zargus-

    ReplyDelete
  9. Anon 16.10.09 - 3.38pm,

    Memang PAS Trengganu tak mau UG tapi yang bekerja kuat untuk adakan UG ini ialah pemimpin-pemimpin PAS Trengganu yang dikepalai olih Mustafa Ali.Turut dalam geng ini ialah Harun Taib,Bakar Chik dan Hadi Awang.Presiden PAS,Hadi Awang tu,tak tau apa pun.Dia Hidungnya dicucuk olih Mustafa Ali.Semasa PAS memerintah Trengganu(sepenggal) dulu,Mustafa Alilah yang sebenarnya MB Trengganu.Itulah sebabnya 2 PRU yang lalu PAS kalah sebab pengundi Trengganu bencikan nama-nama yang tersebut diatas.Dari pada beri geng ini memerintah Trengganu,eloklah bagi pada UMNO sebab sewaktu memerintah dulu geng ini tak beza dengan orang UMNO.Maka itu jugalah sebabnya pada PRU yang lalu Hadi Awang bertanding 2 kerusi - Parlimen dan DUN.Andainya PAS berkuasa balik diTrengganu,Mustafa Ali akan jadi MB Trengganu.Allah tidak mengizinkan hasrat Mustafa Ali sehingga dikecundang dikampungnya sendiri.Ada faham tak?

    Sekarang geng UG ini sudah berkampung pula diIbu Pejabat PAS kerana mereka sudah tahu dah tak laku lagi diTrengganu.Jika ditanya dimana Mustafa Ali dapat duit untuk membiayai MSO,itu kena tanya Nasaruddin Mat Isa yang rapat dengan Task Force 2010.Semasa geng UG berkempen nak menangkan Nasaruddin Mat Isa sebagai Tim.Presiden - bukan MSO seorang,malah terdapat 3-4 pihak lain yang turut digunakan untuk memenangkan Nasaruddin dan menghentam Husam Musa dan Mat Sabu sehingga kepada soal-soal peribadi habis dibongkar.Siapa yang membiayai pihak-pihak ni? Orang PAS ramai yang tak tahu dan wala membabi buta,kalau dah rapat dengan UMNO,tak timbul lagi soal duit.
    Kemerosotan jualan akhbar Siasah terbukti begitu ramai ahli PAS yang menentang geng UG ini.Mustafa Ali menggunakan Siasah untuk promo UG,Sekarang terimalah padahnya.Peristiwa dia pergi berjumpa TGNA diKota Baharu telah menyebabkan dia tak dapat menggunakan Harakah.Kalau akhbar Siasah inginkan graf jualannya naik dan Harakah jadi organ parti PAS dalam erti kata yang sebenrnya - Mustafa Ali wajar dikeluarkan dari memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah.Itu penyelesaian yang wajar.Pokoknya beranikah Presiden PAS mengeluarkan arahan ini.A 6 million dollah questation.

    ReplyDelete
  10. kat kelantan pun tak ramai dah pemimpin PAS tak layan MSO ni... kalau layan pun sekadar atas dasar dia orang kenal MSO jer..... tengok le apa jadi kat Berahim Ali.... dulu MSO la salah sorang dok melobi supaya berahim ali berkempen atas PAS..... pasal kes dia ngan Husam pun bukan apa pun.... kes pasal komisyen kambing la..... MSO ni tak puas ati sebab tak dapat komisyen... gara² duit la ni.... dulu kes 3 abdul mamat ni la buat kacau..... kawan dia sorang lagi tu MELI KAPAK JANGAK sama gak..... mentang² la PAS pinjam lesen akhbar( akhbar WASILAH tak silap wa....) dia...... baru jer keluar 2-3 edisi trus jer demand sampai RM100,000.... kalau tak bagi dia tarik balik nak bagi permit tu.... pergh!!... nak demand pun agak² la... kan akhbar tu baru jer di keluarkan.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  11. ceriter gebang dlm ni je laa. syok sendiri, ..pergi ke luar sana, ..buat kerja yg berfaedah, jgn buat fitnah.

    ReplyDelete
  12. Alah org luar buleh cakap apa saja hanya org Pas terengganu yg tau apa yg terjadi, cakap tanpa fakta buleh dilakukan, dimana bukti pengundi kt terengganu membenci pemimpin pas, kalu diikutkan undi undi pas tidak berkurang dari 10% pun, tetapi undi umno yg terlalu tinggi hingga mencapai 99.9 5 keluar mengundi, dimana negarakah undi yg pengundi keluar hampir seratus peratus, dikawasan Dun manir hampir 99.7 persen pengundi keluar mengundi, kalau tak tau hal negeri terengganu jangan cakap le, kalau dah tau geng terengganu berkampung kt kat pejabat pas kenapakah puak ini masih menang? apakah pas terengganu mempunyai 1000 bahagian yg menentukan kemenangan nasha, buktikan yg pas terengganu mempunyai bahagian yg terbesar dalam pengundian. Pas terengganu hanya mempunyai 8 bahagian sahaja, apakah 8 bahagian ini mempunyai perwakilan yg terlampau tinggi dari negeri lain, jawapan yg ada hanya penipuan dan propaganda puak puak yg kecewa tidak mendapat habuan semasa pas memerintah terengganu, dan sekarang dicanangkan bahawa pas terengganu dibenci pengundi, pas terengganu penyokong UG,

    ReplyDelete
  13. “Kalah di Bagan Pinang, ‘PAS akan Post Mortem’
    “…semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.
    Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.”
    soalnya, pas mana? pas yang dipimpin tg presiden atau pas yang dipimpin oleh stopa ali? yang orang terengganu sendiri menolaknya? tapi dia buat survey sendiri untuk “membatalkan” finding merdeka survey menjelang pru 12 dulu. untuk menghapuskan persepsi bahawa beliau mahukan kerusi menteri besar, tg presiden dicalonkan untuk kerusi dun serta parlimen. tg presiden menang di kedua2 kerusi, stopa ali nyata tewas di lubuk sendiri. benarlah finding merdeka survey.
    selepas muktamar 55, stopa dilantik setiausaha agung. untuk memperkuatkan kedudukan diri dalam menambahkan kekuatan hujah tawaran dalam “negotiations” ug. bagi memperkuatkan lagi (yang memang sudah kuat) kedudukan dalam parti, abu bakar chik di bawa ke pusat mengisi jawatan pengarah pgs pas pusat. halim rahman sebagai pengarah pilihanraya pas pusat. bukan tujuan untuk memperkecilkan sumbangan serta pengalaman mereka, tetapi itulah liciknya percaturan politik stopa ali. tidak dinafikan abu bakar chik dibantu oleh ramai doktor, cuma mereka2 ini bukanlah ahli dalam pgs. menyerang peribadi calon bn merupakan kesilapan strategi pas di bagan pinang. ia menyerlahkan kekurangan serta kelemahan di dalam tindakan. dibantu pula oleh tindakan2 yang melihatkan pas hanya retorik dengan “memperkasakan pakatan rakyat.” dengan “pas for all.” dengan “negara berkebajikan.”
    pas perlu berubah dari menyempitkan gerak tindak prk dari pru, jika pas melihat dirinya sebagai pengganti umno. lainlah kalau pas memilih untuk bersama umno. tindakan pas yang songsang dari “memperkasakan pakatan rakyat” di mana pas menerajui negeri akan memberi kesan kepada mana2 prk. lebih2 lagi pru 13. jangan sekali2 mengenepikan fakta ini. juga jangan menuding jari kepada pkr atau dap. yang diperhatikan rakyat adalah pas. yang nak ganti umno adalah pas. jangan tak sabar nak menduduki kerusi menteri atau setiausaha parlimen. jangan cemari perjuangan. jangan gadai prinsip.

    kok benarlah "pas kerajaan yang ditunggu"!

    ReplyDelete
  14. sedih, mikirkan apa puak2 you buat selepas pru 12. you make dono, buat pekak badak je. you ingat tak dok siapa tahu kerja buat you? cara politik you, dah stale, mudah dibaca.you ingat ahli2 cannot read your move?
    kumpul ‘veteran’ ganu kat jalan raja laut tu politik siapa? you bawa ‘orang2 lama” supaya kedudukan you kuat. depa tu semua mengharapkan belas ehsan dari you, lebih2 lagi kerana berharap sangat “move” you to materialise. di luar, ramai membaca pas is being run by you, not the president! you can say “go to hell with what people want to say”, but mind you, pas will have to pay!
    sebelum pru 12 dulu, timbalan presiden launch “pas for all.” lepas “perjumpaan dalam gelap” hilang tak tahu ke mana. bila heboh pasal jumpa dalam gelap, tak ada siapa yang terlibat mengaku. bukan berbohongkah itu?
    selepas paklah dedah sudah bertemu 3 kali, baru mengaku. berhujah pula “dipersetujui ” oleh majlis syura. majlis syura yang mana? bagaiman ada ahli majlis syura yang nafikan perkara tu pernah dibincang?
    jelas ‘pembohongan’ sudah diamalkan. please deny this allegation. “pertemuan” masih diteruskan selepas “settle” di kota bharu pasal muzakarah. you bertiga buat apa di darby park hotel tu? kalau pun rakaman cctv dah dimusnahkan, you kena ingat, Allah juga merakamkan ‘pertemuan’ tersebut. rakaman Allah tidak boleh dihapuskan. rakaman cctv mungkin hanya melibatkan floor2 di mana ada cctv camera sahaja, tetapi rakaman Allah meliputi ke dalam bilik mesyuarat berserta dengan perbincangan sekali…

    yang dok defend stopa ali tu, buka la minda tu. nape presiden tanding parlimen dan dun, sedangkan pas pusat dah putuskan parlimen atau dun. itu helah stopa, strategi nak elakkan bahawa dia gilakan kerusi mb. sia2 kalau dok ganu tapi tak leh baca politik stopa...

    ReplyDelete
  15. Salam..

    Banyak betul unsur-unsur 'TULANG BESI' dalam ni..hang semua belum kenal lagi sapa 'TULANG BESI' tu..

    wassalam

    ReplyDelete
  16. Pas sdg d lacurkan oleh hadi dan geng ug(umno group)mohon allah selamatkan pas dan bogelkan perjuangan palsu hadi and the gang.

    ReplyDelete
  17. dari dulu kan HH bertanding dua kerusi satu dun satu parlimen, semasa hh jd mb pun hh hadi tetap bertanding 2 kerusi, dah 4 5 pru hh bertanding 2 kerusi, kamu org baca politik stopa ali ikut selera kamu yg tak suka sesiapa saja dari trg, kalu org dari trg aje mesti aje salah, tak macm dari johor ke perak ke kedah ke mesti betul punya tak ada cacat cela, kenapa kamu tak keluarkan rakaman cctv yg ada dlm simpanan kau org atau hanya bercakap macam bruung tiung yg dikikir lidah, berckp mengikut telunjuk dan mendapatkan bukti jauh sekali, tuduhan demi tuduhan dilemparkan tapi tak ada bukti yg jelas, masih lagi dengan tuduhan je, prove it.

    ReplyDelete
  18. x abis2 pasal UG..sighhh..come on la,get a life!trun ganu n sound PAS tganu depan2 la kalo berani..ini sound dlm blog,mcm bapok..xabis2 nk pecah belahkan PAS..mcm la PAS ngeri lain lbih agung dr PAS tganu..same je kot..ko xleh samakan keadaan tganu ngan ngeri lain..sbb mentaliti rakyat ganu lain..salah satunya diorg miskin luar dan dlm.mudah kelabu mata ngan duit 300..dahla,my comment wont change anything.u still put the blame on these person. blergh..

    anyway,sblm hentam aku balik just bitau,aku bukan pro-UG tp aku PAS ganu.korg pukul sama rata mmg silap aa..n i know TGHH n pimpinan tganu more than some people like u do.u just read thru the news n blog.xyah ek sgt k.tq

    ReplyDelete
  19. aku rasa masa inilah peluang kepada kumpulan anai2 dalam pas untuk pukul pemimpin pas yg pro kepada ulamak dan stopa ali.mereka ni tunggu masa untuk belasah tapi xdapat kerana kemenangan demi kemenangan yg diraih oleh pas.nah!sekarang pas kalah dibagan pinang.apalagi kumpulan ni berebut2 jadi penembakla...peluru pertama ditembak dari kota baru,yang mana fataharon(besan nik aziz) mengatakan 'pas kalah di bagan pinang kerana silap strategi'.lawak je bunyinya.kenapa dia sembur begitu? ni kerana masa pas kelantan nyaris maut ditangan umno di manek urai hari tu,sebilangan besar ahli pas menyalahkan strategi yg dilakukan oleh kumpulan ini.berebut nak tunjuk pandai,kononnya akulah pakar strategi.Semua pemimpin yg xsebulu ngan kumpulan ni berjaya ditenggelamkan.tuhan maha kuasa, last2 hampeh!.pas hampir tertonggeng dimanek urai.sekarang,masanya sudah tiba.pemimpin pas yg diketuai oleh TGHH dipersalahkan.stopa dikutuk n beberapa orang lagi dimaki termasuklah pemimpin pas terengganu.hahaha,pemimpin pas terengganu pun kene jugak.melampau,geng ni.xpe,tembaklah.aku nak tengok stakat mana korang boleh tembak.hahaha.

    -itik gembo2

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.