Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Oct 25, 2009

Roslan sms jangan bimbang. EGM pasti tiada.


Oleh : AdukaTaruna

Roslan sms tidak harus bimbang. Puak2 Hadi juga tidak perlu bimbang. EGM oleh PAS adalah sesuatu yang diluar tradisi atau kebiasaan atau benda baru atau benda pelik. Genetik Melayu tidak suka pada cabaran maa... dun wori lah.

Bagaimana kempen lu, salakan lu terhadap UMNO supaya berubah? So, macam tu jugalah pada PAS. Lu menyalak mintak Presiden UMNO tukar, minta Presiden UMNO letak jawatan, minta Presiden orang lain itu dan ini, begitu jugalah diri lu sendiri. Lu nak berubah sendiri pun tak boleh.

Ulama Melayu tidak yakin bersaing dalam kelompok genetik hebat.

Ulama pewaris nabi. Jadi, di Malaysia, ditakdirkan ulama Melayu mengganti nabi. So, pepandai merekalah mentafsir bahan mentah untuk kita semua.

Letakkan diri lu sebagai Hadi, lu pasti takut jika dikelilingi oleh bangsa lain yang lebih maju, lebih cerdik dari kamu. Di mana kesemua mereka menjadikan Kelantan sebagai model pemerintahan Islam yang boleh diterima dan menjadikan TGNA sebagai tokoh Islami yang boleh diterima.

Bayang2 kesilapan menghina Karpal dan Lim Kita Siang pasti ditiupkan syaitan kepada kamu supaya kamu (Hadi) menjadi tidak yakin bersaing dalam kelompok genetik cerdik. Menjadi malu alah, segan dan terasing dalam setiap keputusan bersama.

Letakkan diri lu sebagai monyet2 yang bergantungan di bawah ketiak Hadi. Gugurnya Hadi, maka gugurlah kamu. Gugurnya kamu, di mana kedudukan kamu dalam PAS dan di mana kedudukan kamu dalam UMNO? Hendak berniaga sendiri tidak pandai, hendak kerja sendiri, tidak yakin, hendak masuk UMNO menjadi kontraktor pasti dikencing anak cucu.

Di mana akhirnya Roslan sms tanpa Hadi?
Di mana akhirnya Mustapha Ali tanpa Hadi?
Di mana akhirnya Hasan Ali tanpa Hadi?

Tepuk serban, tanya kayu sugi.

Apa yang diinginkan ulama Terengganu ketika ini?

Cukuplah PAS menang di negeri Melayu, di mana, tanpa keperluan untuk mendapatkan pengaruh bukan Islam; kedudukan para ulama ortodok sangat selesa dan selamat dalam party.

Cukuplah PAS menang di :

Perlis
Kelantan
Terengganu
Kedah
Pahang

Maka, kita tidak perlu dapatkan sokongan dan pengaruh bukan Islam. Maka, kedudukan ulama ortodok bukan JIM, bukan IRC, bukan MiRC akan selamat. Namun, mereka lupa, tanpa mendapatkan Malaysia, cita2 Islamic State yang ditipukan mereka adalah tiupan palsu dan penipu.

12 comments:

Anonymous said...

Tiada EGM ini satu cara untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN? Pada masa yang sama, mereka yang anti-UG diketepikan dari saf kepimpinan. Menjelang 2011, PAS mengumumkan untuk menyertai UBN sebagai parti komponen terbaru. Tahun 2011 juga menyaksikan ramai pemimpin PAS dijadikan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru. Ramai juga akan dilantik untuk memimpin GLC.

Satu cara untuk mengekalkan status quo ini ialah manipulasi undi dalam EGM (jika ada) dan perhimpunan agung.

Anonymous said...

Puak bawahan tak berpecah yang atas jer berpecah...... EGM harus dilaksanakan.........

Abu Aliya said...

Apa jaminan cita2 Islamic state boleh terlaksana jika PR memerintah. Kau ingat DAP dan PKR boleh bagi PAS laluan untuk implement islamik agenda? Realitinya di Selangor sekarang ni pun indah khabar dari rupa. Tangan kita diikat, cakap sikit pasal arak untuk diharamkan di tempat majoriti Islam pun dah tak boleh, apa lagi nak buat Islamic state! Kenapa PKR/DAP tak buat effort utk memahamkan ahli mereka tentang keperluan orang Islam untuk mengharamkan arak di tempat majoriti Islam? Kenapa asyik2 PAS yang kena mengalah? Macam ni kalau PR menang pun pasti Islam kalah. PAS perlu tegas dengan prinsip, menang atau kalah di dunia bukan prioriti tetapi menang di akhiratlah prioriti kita. Saya sokong pimpinan PAS selagi mana mereka pegang prinsip perjuangan PAS. Yang tak setuju dengan Presiden sila istihar keluar PAS hari ni juga ! Buat PAS baru, tak payah tunggu EGM. Saya cabar mereka!

Xenan said...

hehe..abu aliya ni ahli umno ke ahli pas yg pendek akal?

Btw,
Betul ke arak haram di jual di tempat majoriti islam?Allah ade turun hukum camtuh ke?

Andai kata UMNO haramkan arak di kwsn majoriti islam maka UMNO lagi ISLAM dr PAS lah kan?

Isu Arak dijadikan soal prinsipal dlm politik islam PAS?Lemah akal le parti wadah org islam ni

C++ said...

Bhai...

Camnie la... gua rasa elok la kalu diorang nakkan UG nie jalan balik... sebab senang nak tau yang mana satu berjuang atas dasar agama dan mana satu yang berjuang atas dasar bangsa ... hehehe..

Gua setuju kalu EGM tue tak dapat jalan... pasai apa ... nanti kesian la kat Roslan SMS, Hassan Ali dan Mustapha Ali takder kerja...

At least Mustapha Ali boleh jual kambing... Hassan Ali dah takleh nak jadi motivator lagi... orang dah tak suka.... hahahaha...

Roslan SMS tue.... nak jadi apa aaa...??

Anonymous said...

Abu aliya.
Apa jaminan cita2 islamic state terlaksana jika Pas tidak memerintah?
Kalau ada, baik aku terus cabut dari Pas!

Anonymous said...

Aduka sila buat vote: Siapa yang sebenarnya Presiden Pas. Roslan SMS atau TGHA.

mahzabhanafi said...

apo benda le kau ni xenan, arak memang diharamkan untuk umat islam, tak kira dijual ke dibagi percuma benda haram tetap haram, allah tak turunkan hukum haram untuk tmpt majoriti islam ke atau org kafir, kau ni sempit beto le fikiran, kalau nk minum pun minum jelah tak yah nak heret hukum hakam lak. apa benda yg betul-betul prinsipal dlm islam bagi kau.

Anonymous said...

Adukataruna,
Dalam PAS ramai yang pegang jawatan hebat-hebat dan banyak pula nama-nama yang dah disebut-sebut dalam pelbagai blogg,tapi mereka tidak pula mekenting seperti Roslan SMS. Confirm,Roslan SMS ini takut benar kepada Muktamar Khas - takut hilang tempat bergayut,takut hilang mata pencarian dan yang paling dia takut sekali - bila mati nanti orang kencing atas kuburnya.

Hanz_Azdi said...

LOL...cukup ler ada orang "kencing" kat sini (media, blog, press dll)..jangan ler lu olang kencing atas kubur sapa-2 pulak..tak baik oo...Islam tak ajar tu semua...benci camna pun jaga ler emosi, jaga akhlak...malu kat anjing aje...hehe

PAS nak haram apa pun memang ok ler bagi orang Islam...dah dasarnya Islam...tapi eloknya kempen sikit ler sebagai tarbiyah nak terangkan kpd orang Islam supaya paham hal hukum arak & jualannya.
TAPI dengan orang bukan Islam kita kena buat lebih bijaksana...Tegas pada prinsip tapi bukan cam samseng ler..Kena ler kempen lama sikit...& cer bawak ler bincang cara/jalannya/kaedahnya kpd pihak bukan Islam/pengundi/rakan PR...tu dakwah Islam jugak, bagi kefahaman yg lebih menyeluruh walaupun terpaksa ambik masa/berkorban untuk memahamkan orang lain. Kalau dah cerita elok-2 & masa diberikan sudah memadai untuk mereka paham..pastu PAS boleh ler haramkan jualan arak kat kwsn tertentu.
Ni tak..kecoh cam demo kepala lembu aje.

Xenan said...

Tuh yg wa pelik...adekah dlm pembinaan negara Islam, isu arak pekara utama.

Mcm mana dgn ekonomi, social, diplomatik dll.Wa tak nampak pas kasi satu model Islamic pon dlm penyelesaian masalah ni(kecuali Kelantan).Semua ini pon termasuk dlm dakwah islam n lebih prinsipal(negara kebajikan).

Pas kene pk parioriti dlm dakwah terutama di negeri selangor.Berhikmah tuh penting.Biar la masalah prinsipal setel dulu.Baru org sokong n have good faith on PAS.Bukan bertindak haram sana sini dulu.

Sape yg sempit pikiran sekarang?

Lyn said...

Biarlah PAS kalah kat negeri2 pantai barat. PAS tak boleh jadi kuda tunggangan DAP. Jangan jadi PAS berbajukan PKR. Haji Hadi cakap biarlah PAS kalah asalkan Islam menang. (tak faham aku dengan Presiden Pas yang sorang tu)