Oleh : AdukaTaruna
Gua dengan ini memulakan kempen gua untuk menjadi Presiden PAS sebelum umo gua 40 tahun. Pergh... ala2 Khairy ni beb. Di sini gua sertakan manisfesto gua.
1. Gua akan berdiam diri dalam hampir kesemua isu yang melanda negara, walaupun hampir2 memecahkan PAS.
2. Kalau mana2 ahli pertikaikan gua akan tempeleng mereka sambil berkata, "carilah gua kat ceramah2, kuliah2 gua." Lu nak gua ker, gua nak lu?
3. Kalau gua dipertikaikan kebodohan, minta semua cermin siapa gua dipentas antarabangsa. Gua terkenal dalam team ulama antarabangsa beb. Sampai Israel dan US goyang dengar nama Tuan Guru Aduka Taruna.
4. Gua akan pilih sendiri PJ setiap negeri. xenan PJ Perak. abanghensem PJ Kelantan. Disman PJ Johor. uma PJ Selangor sebab rambut dia belah tengah ala2 Hasan Ali. che mms akan jadi SU Akhbar. Lu kena tahu BI che. Gua ni sama cam Hadi gak. Bangang BI.
5. Parti lain sibuk refresh parti memasing, gua akan guna dasar2 membuta dan memboroikan diri sendiri.
i. UMNO dah hapus kuota. Gua malas layan Kelab Penyokong PAS yang nak dijadikan Dewan. Sebab 99% mereka semua pro Nik Aziz. Mampos gua. Baru2 ni Nik Aziz mencelah di tengah2 perwakilan MCA yang buat EGM. Laju orang tua nih.
ii. Keadilan dan MIC dah buat perlembagaan Presiden hanya 2 penggal, gua plak malas layan pasal rungutan ahli tentang ketidak telusan sistem kiraan undi pemilihan party. Lu nak, lu cari sendiri gua. Gua ada bagi kuliah sampai Palestine sana. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
iii. UMNO dari Rahman sampai Najib, Russia sampai Iran, Israel sampai Jepun, semua PM dan Presiden mereka fit, kelihatan cergas dan sihat. Memikat dan melengkapi keahlian dalam wadah undi. Gua malas. Boroi maa.. jangan dipandang boroi, tapi pandang ilmu gua ni. Gua ada MA Al-Azhar beb.
iv. Gua tak perlu mempunyai aset merentasi, meraihkan sokongan pelbagai bangsa dan kaum. Kerana falsafah gua, Negara Islam hanya dapat ditegakkan oleh ahli PAS sahaja. Gua akan perjuangkan hanya ahli PAS sahaja yang boleh mengundi. Selagi tidak dapat, kita rela kalah asal Islam akan kalah.
v. Kalau PAS menang besar sebaik sahaja gua jadi Presiden, itu adalah hasil usaha gua sorang. So, gua tuntut semua ini sekaligus :
- MB N9
- PJ N9
- Ketua Pembangkang
- Ahli Parlimen
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Ketua poligami
- Ketua Rusila
So.. sila wala'... lu nak masuk neraka ke melanggar pewaris nabi? Kepimpinan Ulama beb. Lu jagan memain. Pergi mampos sama Kepimpinan Islam.
ketua poligami? lu ni tak kawen lagi. bagi kat gua la he he
ReplyDeletegua cadang lu masuk PAS dulu pastu bagi la surat kat TGhh macam mukhriz wat, baru macho
he he orang cakap kalau nak kritik masuk la dalam jemaah, guna medan yang betul so kalu gua nak kutuk najib gua kena masuk Umno la ye.
kah kah kahhhh...
ReplyDeletekalau ada jawatan area utara jangan lupa lantik gua bro...
kah kah kahhh....
wa ingat camni la kasi selesai.Ni yg terdaya dr wa sbg penyokong yg tak join jemaah n tak layak nak kritik pimpinan PAS.
ReplyDeleteTayah la kempen soh hadi turun.Lambat sgt org PAS pk2 nak pon.Entah2 tak pedulik pon.
Kita wat surat terbuka yg akan dipetitionkan.Dalam surat tuh kita demand apa yg rakyat nak dari Pres PAS.Sbb yg wa nampak PAS ni bab manage kemenangan yg prob.Bab jd Pembangkang ok la.Tatau la kot2 nak terus jd pembangkang sampai kiamat.
Nih habis wala' n sangka baik(good faith) la nih.
Wa mulakan list.
1. Mohon semua MP dan ADUN PAS diberi kursus intensif Public Relation.Buat satu polisi pengurusan media.Sapa yg berhak ckp,bab2 yg die berhak ckp, dll.
2.Mohon semua MP dan ADUN PAS diberi kursus pengurusan Pejabat Perkhidmatan Rakyat.Kalau boleh biar betul dr segi Branding(signboard, warna,etc), tatacara pengurusan(respond time pd setiap kes rakyat,etc) dan lain2 lagi.
3.Mohon perubahan pengundian pilih pimpinan cam UMNO n PKR
4.Mohon status Dewan penyokong diselesaikan.Kalau tak suke bubar cepat2.Jgn tipu2 org.Walaupon die kapir.
5......
6....
7...
Lu org sambung la.Nanti kita promo n bukak blog cam projek ISA.
parti lain bz marketing parti dgn mcm2 promosi & tawaran...
ReplyDeletePAS?
dewan non muslim kasi settle copat.
nak kata nak..
x nak kata x nak.... x payah main tarik tali sampai nak PRU13 nanti.
btw bro,
ReplyDeleteKalau memang besar asal lu jd mb n9 jek?
Lu tak layak jd PM ke?
wahahahah
mcm best je jadi PJ slangor..
ReplyDeletejadi PJ confirm leh jadi MB slangor...haha
at least exco pon jadi laaa...haha
klu PAS menang beso laaa
klu setakat menang ciput
berangan tu jgn melampau..haha
4 bulan 10 hari ~~~~~~~~~~ edah seseorg wanita yg mati suami atau pompuan yg dah bocorai hahahahahh.... ekau pikir lah sendiri Aduka,,,,,,,,,
ReplyDeletecayalah.gua bagi 5 bintang N3 yg ni.
ReplyDeletexde org berani tegur2 presiden ke bagi laju sket dlm berpolitik?yg slalu jmpe kat masjid tu,sound la sikit.org tgganu ni ramai berpolitik kat internet je.bile jmpe dpn2 tunduk dan taat.
haha wa nampak Xenan lg realistic dr lu ostad aduka. lu tau maki saja.
ReplyDeletexenan!
ReplyDelete5. Biar PAS kalah asal wa kekal Presiden Parti!
PJ Melaka?
ReplyDeletelu nak wa jd lu punye setiausaha akhbar?lu jangan wat statement pastu g oversea bg wa jawab sorunk2...hahahaha
ReplyDeleteLu dok N9 asal nak jd Ketua Rusila lak. Ni btol2 gile kuasa merentasi negeri ni.
ReplyDeleteKalo N9 x de pondok, lu lepak kat pondok An-Nuriah, Sg. Udang, Melaka.
Lu bole ganti mudir Ust Md Noh Omar. Bro Sebol mesti tau tmpt ni. Wa brpa kali tamrin kat situ, smpi kena cekup SB, haha.
AT, apsal lu tak highlight Nasa task force sekali? die kan asal nogori jugak. Kenapa Dr. Dzul dan Sallehudin Ayub je yang bertungkus lumus? Nasa bantu kempen kat Kuala terengganu je..siot...utamakan geng sendiri. Kat Bagan Pinang lepak lepak manjang.
ReplyDeleteBhai...
ReplyDeleteTerengganu lu bagi la kat gua jadi PJ ... mesti aman makmur kat sini.... hehehe
lu selalu sgt hentam TGHH..
ReplyDeleteskang dah jadi basi..
hehehe..
jadi cerita untuk pelawat setia..
hehehe..
taktik lu dah tak menjadi ni..
audience tak berubah..
dah jadi static..
hehe..
lu tak ada strategi lain ke??
takkan lu pun macam pimpinan PAS..
idea static je..
wakakakaka
TGAT,
ReplyDeletegua nak jadi pj N9, tapi lu dah nak jadi MB pulak... lu pun sama macam TGHA, semua lu nak rembat!
Ketua Muslimat taknak lantik yang baru ke Yob?
ReplyDeletelelaki-ini..ustaz mat noh tu org johor..hijrah ke melaka buat madrasah..dan pegang jawatan pas..alangkah bagus kalau dia kembali ke tanah kelahiran sendiri berjuang dan berdakwah...pas johor perlukan org cerdik macam dia..
ReplyDeleteSembang kasi gempak boleh laa.. nk jadi Pres PAS. Ilmu ada ka?? Ciri2 ada ka?? Boleh di contohi ke?? Boleh Tarbiyah org ka??
ReplyDeleteMasuk dlm PAS dulu. Aktifkan diri. Ikhlaskan diri. Korbankan diri.
Tapi x pe laa. Selamat Maju Jaya.
wa jadi PJ Kelantan?.... kalau wa jadi MB lepas tu wa akan buat..... errrr.... mana boleh cakap kat sini.... nanti ada yang tiru.... wa nak perintah ikut cara wa.... orang lain dok diam² la... tak main la ikut cara negeri lain perintah.... komposisi kaum negeri wa mana sama ngan komposisi kaum negeri lain..... lain la zaman pemerintahan Rasulullah n para sahabat..... walaupun komposisi kaum berbeza tapi wa nak jadikan model pemerintahan sebab wa ni sehebat mereka sebagai pemimpin..... walaupun tak sampai sepenggal lagi memerintah wa tau wa ni hebat sebagai pemimpin... rakyat kena wala' kat wa..... hahaha
ReplyDelete-abanghensem
pakat2 layan aduka biol...
ReplyDeletebukan biol aje bahlol lagi tolol, tongong, bingong, pekong, jibong, polong, rompong, komong, ngongong, jongong, rongong, colong, dongong, golong...sambungler...
ReplyDeleteNak berak aku baca entri ni. Eh, nak berak kena pakai pemboleh ubah tak?
ReplyDeleteWeh, Tuan Guru, kau ambik la satu lagi jawatan:
ReplyDelete-Ketua Pembangang Sahabat Nabi.
Nanti aku bagi gaji, 5 inggit sehari. Cukuplah. Partner kau Rasul Melayu tu. Cukup r 5 inggit. Kang makin boroi pulak perut kau.
biar betul nak jadi presiden Pas bro..larat ke nak bawak..
ReplyDeletePe2 pun gud luck...
sekali sekali lu punya statement abeh lobai lobai Pas jadi poning..yo lah kalo mau berjayo..wa sokong lu A.D
ReplyDeletebro.. PJ kl bg wa!!!!! WA tau la nak buat pa nnt kah kah kah . . .
ReplyDeleteHehehe.. Duka, Ketua Pemuda lu bg kt sp plak? Bg kt wa la, perut wa tkde la boroi mcm KPP skrg... Wakakaka..
ReplyDeleteden cadangkan ekau jadi Presiden Kelab Penyokong PAS jer la... itu pun dah abis power dah... itu pun kalau orang-orang dalam kelab tu setuju.
ReplyDeletedeans
nak tanya sket, team korang ni dah di-recognize ker lom ?
ReplyDeleteatau ...
just wuf! wuf! menyalak bukit??
tanya jer..
Ramai orang yg cuba menjatuhkan taraf Ulama' Mukatabar/Imam Mazhab, serta menghina mereka dgn berbagai2 cara. Umpanya mereka berkata:
ReplyDelete"Mereka itu (Ulama'), sama seperti orang2 lain juga, ..membuat kesalahan, ..terpesong dan x patut kita ambil/dengar pendapat mereka."
Tujuan mereka tidak lain adalah utk menghapuskan khazanah ilmu Islam yg dibina oleh Imam2 tersebut.
Pengkhianat terhadap Islamcuba mendatangkan keraguan ke atas peraturan & ajaran agama Islam.
Mereka membahagikan serangan itu secara berperingkat2. Antaranya:
1) Dimulakan dgn serangan ke atas Ulama’, kerana mereka sama seperti manusia lain juga.
2) Serangan kepada para Imam Mazhab Fiqah, kerana mereka tidak ma’sum.
3) Serangan kpd hadis2 Rasulullah, dgn mengatakan hadis2 telah ditambah atau diubah.
4) Akhir sekali mereka akan menyerang Al-Quran.
Jiwa mereka telah mendorong mereka kepada perbuatan demikian.
Firman Allah SWT:
maksudnya: “Mereka (pengkhianat) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”
Wallahu’alam.
-FZY-
SABAR MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH/BALA BENCANA
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
﴿وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالاٌّخِرَةَ ذلِكَ هُوَ الْخُسْرَنُ الْمُبِينُ - يَدْعُو مِن دُونِ اللَّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُ وَمَا لاَ يَنفَعُهُ ذلِكَ هُوَ الضَّلَـلُ الْبَعِيدُ - يَدْعُو لَمَنْ ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَى وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ ﴾
"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu." Surah al-Hajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat
a. Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
b. Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
c. Bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.
d. Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.
FZY
"demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
ReplyDeletee. Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan
'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." Surah Al-Ankabut:ayat 2-3
f. Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat terhadap apa apa yang terjadi disekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
g. Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i.Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii.Sabar melawan nafsu.
iii.Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri.
h.Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
i.Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
Firman Allah, maksudnya:
"jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Surah Al-Baqarah ayat 45
j.Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.
FZY
Implikasi tidak tetap hati kepada Allah
ReplyDeletea.Akan memiliki Iman yang tidak teguh kepada Allah S.W.T. dan perkara yang wajib diimani.
b.Ibadat mereka sia-sia kerana Allah S.W.T. tahu niat mereka yang tidak ikhlas.
c.Hasil pekerjaan mereka tidak mendapat berkat
d.Mereka adalah golongan munafik yang berpura-pura dalam beribadat dan mempersendakan Allah S.W.T.
Bentuk ujian keatas manusia.
a.Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b.Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c.Ujian ke atas orang perseorangan
d.Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e.Allah S.W.T. berjanji setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.
Kepentingan sabar
a.Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b.Melapangkan hati, tidak merasa runcing atau dukacita.
c.Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d.Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e.Selamat dari gangguan mental dan emosi.
Fakta2 Penting
a.Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya
b.Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.
c.Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.
d.Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.
e.Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam
FZY