Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Oct 26, 2009

Mesyuarat Khas ganti EGM.


Oleh : AdukaTaruna

Nak jadi Mursyidul Am atau Presiden parti atau pemimpin parti mesti berani buat kawalan ma. Kawalan tu mesti ada. Kalau semua kes senyap, semua kes bersangka baik, semua kes sapu bawah karpet, tak perlu jadi pemimpin. Budak tadika pun boleh buat.

TGNA menunjukkan cara mengawal parti. Mungkin sebelum dia pergi. Dia sendiri mengungkapkan bahawa dia mahu jaga parti PAS ini. Untuk mengawal parti harus ada keberanian melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Memang benar, tiada siapa yang menyebut UG, tapi, tindakan2 mereka dalam berpolitik mencerminkan itu semua. Menyebabkan persepsi politik rakyat menghala kepada UG.

Dan memang benar tiada siapa yang meletakkan sasaran PAS menang di Bagan Pinang. Tapi, adalah satu kecemasan apabila non muslim meninggalkan PAS ketika amukan kepala lembu, TBH dan Kugan!

Diburukkan lagi, selepas Dr Aziz Bari mengemukakan pandangan, PAS mengambil pendekatan mahu bermusuh dengan para intelektual! Ini adalah satu langkah silap dan malang kepada PAS dalam mengharungi suasana politik ala Malaysia.

Semua ini harus ada kawalan. PAS tidak boleh dilihat party tanpa kawalan. Jika Presiden lemah, Mursyidul Am tidak boleh dilihat lemah. Memang mata Melayu PAS tidak kisah, tetapi bagaimana mata bukan Melayu? Sedangkan kita bergerak secara undi.

Dengan kekerasan TGNA melalui permintaan EGM, berapa banyak pihak di luar sana yang berasakan PAS membela mereka? Hanya permintaan EGM, ianya meliputi terhadap :

a. Isu Hasan Ali
b. Isu UG
c. Isu skandal-gelap
d. Isu pandangan cendekiawan dihina
e.
f.

Namun begitu, apabila EGM bertukar kepada Mesyuarat Khas atau apa sahaja istilah lain, walaupun masih tercapai maksud di atas, tetapi; adakah akhirnya nanti ianya sekadar kenyataan rasmi selepas mesyuarat? Sedangkan EGM adalah satu kaedah menyerahkan problem khusus kepada ahli akar umbi.

Kalau EGM.

a. Ahli putuskan sebulat suara kekal pemimpin status quo dengan syarat harus komited terhadap pengukuhan BR.

ATAU

b. Ahli putuskan sebulat suara kekal pemimpin status quo, namun, memberi lampu hijau kepada Jawatankuasa tatatertib PAS seandainya berlaku lagi tindakan2 di luar hasrat pengukuhan BR.

ATAU

c. Ahli putuskan sebulat suara tranformasi kepimpinan di mana kerusi Presiden dan Timbalan Presiden dipilih Majlis Syura.

ATAU

d. Ahli putuskan sebulat suara tranformasi kepimpinan di mana pengundian semula dilakukan oleh para perwakilan, beserta pengiraan undi dilakukan secara terbuka.

Kalau Mesyuarat Khas.

Pemimpian si polan dan si polan meting, 2-3 jam; then berdiri dan duduk di depan media, dan keluarkan kenyataan rasmi.

"Kami beriltizam untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tidak wujud langsung unsur perpaduan dengan UMNO."

Lepas sebulan 2, berlaku lagi tindakan ala2 Hasan Ali. Mulut jer tak sebut UG, tapi tindakan adalah condong kepada pecah BR. Bila pecah BR, maka...?

a. UG dengan UMNO
b. Bergerak sendiri macam anjing salah bukit. Takda secebis kuasa pun.

14 comments:

Orang Tua said...

Saya setuju betul dengan tuan blog pasal hal ini. Memang tak ada orang mau buat UG dah, tapi janganlah buat sesuatu yang menyebabkan orang nampak begitu. Politik ni kan persepsi. Kena hati-hatilah. Janganlah kerap sangat cakap dengan media. A cakap begini, B tak puas hati, B pula cakap begitu. Media pusing. Penyokong pun bergaduh.

Susah hati betul.

Pasal EGM ni saya rasa memang dari awal tak perlu lah. Sebab lebih banyak memecahkan dari membaiki.

Masa sekarang kita kukuhkanlah parti. Cuba salurkan kritikan kita kepada tempat yang betul. Hari itu saya dengar tuan blog nak jumpa tghh di rusila. Saya setujulah. Elok jumpa awal-awal. Tghh ni terbuka orangnya. Saya kenal. Dia boleh terima teguran inshaAllah. Tapi adab masa berjumpa jagalah sikit.

Lepas tu janganlah kutuk satu tg dan puji satu tg lain. Ini punca pecah belah juga ni.

Saya tak nampak Pas sakit tenat. Tapi luka-luka tu Pas ada. Janganlah korek balik luka tu. Kalau ada cara nak sembuh terus, maka buatlah. Tapi kena ingat. Jangan kerana nak buang luka kecil di tapak kaki, kita potong kaki kita sampai ke peha.

Saya harap maksud saya sampai.

Anonymous said...

Bhai,
Gua dah agak EGM takkan jadi punya. Pasal yang selalu lu sebut otak Melayu. Takut gaduh la, takut pecah la. Tapi gua nak bagi lu satu teori. Gua bagi nama "TEORI PEMBERSIHAN SEMULA" berdasarkan pada dua fakta.

1. Sejarah Berulang(1982)
Datuk Asri dipecat oleh geng2 yang mengaku ulamak, dikuasai geng Trengganu kerana tidak puas hati kepimpinan beliau. Gelombang ulamak kononnya membawa Islam sebenar tetapi bawa budaya Arab-Parsi. Semua sokong bila serban dan kupiah atas kepala orang Melayu jadi respect. Sekarang dalam serban dan kupiah itulah yang menunjukkan belang sebenar ulamak PAS.

Analogi yang sama sekarang ini muncul golongan profesional yang lebih moden dan praktikal seperti ABIM, JIM, IRC, dan lain-ain. Sekarang geng ulamak (Trengganu) dah dikritik hebat dan nampak kelemahan tapi masih buat pekak badak. Tidak disalahkan kerana mereka juga inginkan Islam (cara pewaris nabi) tapi lu pikirlah sendiri.

Suatu masa akan tiba bila geng ini akan ditolak seperti mana mereka menolak Datuk Asri dengan hina dan aib sekali. Sejarah akan berulang bila mana kita mencipta sejarah (1982) tetapi mengulangi kesilapan yang sama. Keadaan PAS akan lebih teruk jika geng ini masih di belakang jubah Presiden. Semua atas nama Islam tetapi kepimpinan yang sangat lemah.

2. Keadilan Tuhan
Gua pun orang tasauf gak bhai. Datu Asri di pecat dalam keadaan yang sangat hina dan mengaibkan seolah-olah tiada langsung jasa beliau kepada PAS. Sedangkan Datuk Pa masih dapat pencen Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Utama hasil bergabung dengan BN.

Sampai mati Datuk Asri ingat dosa yang dilakukan oleh orang PAS sendiri kepada beliau. Kalau buruk sangat kepimpinan beliau, bukan dengan cara mengaibkan batang tubuh orang yang pernah berjasa. Sekurang-kurangnya berilah sedikit penghargaan dan dengan cara sopan meletakkan beliau di tempat yang sepatutnya.

Orang politik seperti Datuk Asri tidak boleh berdiam diri kerana politik sudah menjadi darah daging. Sehinggakan terlalu dahaga politik, beliau merangkak masuk UMNO yang beliau sendiri benci. Inilah perasaan beliau yang tidak pernah kita ingin fahami sehinggalah beliau menutup mata.

Kehidupan kita ini, semuanya dinilai tuhan daripada hati. Tulus, ikhlas, tunduk merendah kepada Tuhan Pencipta Alam. Andai mulut menyebut Islam tetapi hati penuh dengan lumut kepentingan maka akan tiba saat "jalan mati".
Menjaga alam ciptaan tuhan,hidup harmoni, dan berkasih sayang lebih mulia daripada berserban tetapi masih menyintai keduniaan.

*Taruna Aduka*

Taliban said...

pemimpin2 kena contohi khalid al walid.paling berjasa dari zaman nabi hingga digelar pedang Allah,tapi zaman Khalifah Umar dia kena pecat.rilek je.penyokong pun tak emosi.itu namanya ikhlas berjuang utk Islam.

Anonymous said...

berita dari malaysia insider - Pas Kelana Jaya akan mesyuarat untuk menyokong usul Tok Guru dan menafikan Roslan sms mewakili Pas Selangor.

Haha..roslan ni aku ingat dah jadi penganggur dalam pas la..kawasan sendiri pun tolak dia. Ada hati nak jadi ketua penerangan.

Anonymous said...

kalau ikut satu berita aku tak ingat yg mana, mustafa ali akan memberi statement tentang mesyuarat khas tu nanti. Tak paham aku Hj Hadi ni. Sekarang ni stopa Ali tu dah dianggap tertuduh. bersalah atau tidak kes lain. yang penting persepsi dah buruk. Patutnya meeting untuk siasat dia dan kalau perlu suruh dia bercuti dari kerja kerja parti. Ini stopa ali yg disebut oleh nik aziz untuk disiasat, mustafa ali juga yg akan bagi statement tentang menyuarat khas..apa nak jadi ni.

Anonymous said...

ingatkn umno yg teruk, rupanya pas pon sama, ish..ishhh ....issshhh bughuknya kalau melayu islam dah gaduh, btol la tu kalau genetik melayu klu dah x suka abih sumer kena ungkit , songkit & dilambung2 busuknya

macai

hussin said...

"cara" pas terengganu kini "cara" pas pusat.

presiden, tghh. kuas eksekutif presiden di tangan stopa ali.

kalau tidak, macam mana presiden boleh stopa ali bagi kenyataan? pekak badak terengganu dah di jalan raja laut!

ccaya laa...

perlembagaan pas dah jelas siapa boleh panggil egm.

bola kini di kaki:

presiden ,
1/3 ajk pas pusat,
1/3 kawasan.

hanya kawasan sahaja yang mampu, ajk pas pusat, sori la. kedudukan ma, affected!

tak ada pulak bagi otoriti kpd majlis syura untuk memutuskan macam nasha kata. dulu dah kencing (bertemu umno dipersetujui majlis syura ulama), ni dia kencing lagi.

oi orang pas, mana islam hangpa?

Xenan said...

Wa nampak ni sbnrnya from the larger view pertentangan dr old school Islamist(ostad berjiwa melayu lama) vs new school islamist(melayu pro reform).Nik Aziz bertindak berani menelanjangkan semua ni.

Takat ni tdr lagi statement yg betul2 menyokong Nik Aziz.Wa percaya kalau berlarutan golongan "sepuluh budak hitam" akan bersuara jugak nanti.

Tapi tak salah bergadoh soal prinsipal.Dari bergadoh soal rasuah n who gets what.Ini evolution maa.Can't be static all the time.

Cuma wa ingat sape yg menang sile decide betul2 mahu stay dlm PR atau tidak.Kalau takat nak jd anai2 dlm PR sile berambus ler.Kalau stay wat le keje bebetul.

Senang rakyat nanti pilihanraya nak wat pilihan.

akumelayu said...

alah apa susah nk keluarkan idea
buat je parti baru, pas boleh blah, kang senang je, tak payah nak sibukan kepala, geng terengganu, geng lembu, geng pekida, Aduka Taruna leh jadi Penasihat Agung, Xenan leh jadi Presiden ke ada lagi yg lebih layak, mesti ramai berebut nak sokong parti baru, cogankata ini bukan parti otak melayu, bukan ke menarik Aduka Taruna leh guna kuasa pembolehubah nak makmurkan negara malaysia, sekelip mata je boleh menawan malaysia, Kang Aduka Taruna and the geng banyak idea yg canggih, buat apa pening-pening, biaq pi mereka le nak mampus ke nk teronggeng ke tertumoih ke, Ramai yg nk isi borang parti baru, penaja oarti mesti ramai punya

Hanz_Azdi said...

aku pun perasan jugak kononnya revolusi Islam (maap yer asal semangat tu merujuk rev. Iran) yg membawa slogan "Kepimpinan Ulamak" 80an dulu nih adalah kerana alasan pemimpin lemah, tak mampu pacu PAS ke depan DSB...ate ape tak samenya dgn keadaan sekarang nih? Kalau dulu depa yg konon bawak lebih islamik (a ah pakei serban jubah) tendang keluar Dr. Asri begitu rupa, ape salahnya depa yg ada kita tendang keluar sebijik cam depa buat dulu? haha..karma...what goes around comes around, atas alasan dendam pun boleh jugak nih...pembalasan d dunia lagi?..they deserved it...hehe

p/s: tapi aku ikhlas kata kita kena buat sesuatu sebab dah ketara kapal PAS ni cam bocor sana-sini, kapten dia cool & hanya byk diam... pulak tu cam Menteri Luar Negeri asyik ke negara Arab semedang...apa ker halnya? Ada cawangan sana ker apa? oh ya?

uma said...

masalahnye..
pwakilan dah dibrain washkan...haha
kerat jari AT lah
klu pwakilan leh terajang hadi..hehe

Anonymous said...

Adukataruna,
Kalau sekadar Mesyuarat Khas rentikanlah.Nanti dalam mesyuarat semua orang membisu - dia pandang dia,dan dia pandang dia.Yang tertuduh duduk dikepala meja,yang juga turut tertuduh duduk sebelah kanan kepal meja - siapa yang nak bercakap?Balik kisah "who is to bell the cat"(Tikus mana yang berani nak memasang loceng dileher kucing).
Masaalah tetap tak selesai walau pun akan berlaku peluk-memeluk diantara pucuk pimpinan.Back to square one kata Mat Salleh.

Lyn said...

Poll dalam ntv7 70% sokong musyuwarah, 30% sokong EGM untuk selesaikan masalah parti. EGM bukan budaya melayu lah bro. Budaya melayu adalah budaya menjaga hati. Nak wat cam no?

FZY said...

Ahli PAS Kena Bijak Menghadapi Fitnah Media
Posted on Oktober 27, 2009 by ustazidrisahmad

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.

PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah.

Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan.

Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.

Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan.

PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.

Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun.

PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.

PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusa