Skip to main content

Kena bagi nama team.


Oleh : AdukaTaruna

Hajat ada, idea ada. Tapi terus-terang level aktivis gua rendah dan perlu dibackup mereka yang level aktivis tinggi. Hadi perlu dilanggar sebab impian Islamic State. Hadi pun nak Islamic State, gua pun nak, memember pun nak. Tapi, bertembung dalam persimpangan taktikal dan persimpangan intelek.

Antara gua dengan Hadi, jauh beza iman Hadi. Lu baca posting gua lu mesti dah tahu tahap mana iman gua. Tapi, bab perang, Islam menggariskan, keahlian, bukan keimanan atau kasta macam ulama atau tidak ulama. Gua dakwa gua ahli, dan Hadi dakwa Hadi ahli. Pro. Dan gua akan cuba langgar Hadi untuk membuktikan siapa lebih ahli.

Maksud ahli pada gua ialah ahli dalam strategi menegakkan Islamic State. Malah gua lebih besar dari itu, yakni IRM. Islamic Republic of Malaysia. Gua nak berdepan dengan Hadi dalam pemahaman masing2 bab strategi. Last punya pusing ialah lu orang sendiri menilai. Ingat, keahlian dalam pemilihan strategi menegakkan Islamic State. Bukan keahlian iman, keahlian bidang agama, etc.

Gua tak percaya pun 4 bulan 10 hari ahli sufi. Sajer jer buat posting mcm tu. Tapi insyaallah, tahun depan, gua akan langgar Hadi secara serius. Gua perlukan beberapa bulan lagi untuk settlekan beberapa urusan gua nih. Kerja sendiri memang camni. Ngee.. sendiri kuli, sendiri bos.

Gua langgar Hadi bukan bermakna gua nak jadi Presiden PAS.. Gilo. Gua mata duitan ma... jahanam PAS nanti. Tu pasal gua jadi blogger jer nih. Sebab level aktivis gua dengan Hadi, lagi tinggi Hadi dari gua. Tinggi sket jer la. Sebab nak banding Hadi dengan Isa Samad, tinggi lagi Isa Samad yang pendek paras dagu gua tuh. Pokoknya, asalkan kita sedar had mana kelemahan diri kita, ianya boleh berguna kepada jemaah atau masyarakat. Tapi kalau tak sedar diri.... maka kes jadi macam Hadi la.

Bayangan misi.

Maybe gua akan minta derma dana. Dan dana maybe dipegang xenan. Gua belum percaya diri gua sebab gua belum diberi mana-mana ujian bab duit nih.

Then, gua akan buat N3 untuk lu orang sendiri bangkitkan persoalan kepada Hadi nih. Dari point korang gua susun teknik camner nak sembelih ulama sekor tuh. Gua open kan ajer kat blog gua. Takda hal kalau ianya seumpama soalan bocor kepada team Hadi. Baru macam bermaruah sket misi tuh.

Kemudian buat blog rasmi, poster2, hujah2 kenapa Hadi harus digulungkan (guna ayat Hanz). So, kat blog tu akan dimasukkan segala butiran aktiviti dan misi secara profesional. Kalau baca kat blog gua, ikut selera gua la.

Then beri nama siapa yang nak join misi mustahil nih. Kena sanggup kena kifarah la kan. Islamic State punya pasal nih. PRU13 makin lama makin dekat. Beri nama pun, gua kena bincang dulu dengan memember gua yang dah lama menyebok kat blog gua ni. Sebab gua tak nak ada ejen UMNO. Kalau UMNO sponsor lain citer. Gua tak fikir UMNO berminat nak sponsor, malah silap2 diorang halang misi langgar Hadi, sebab Hadi seumpama Paklah kepada BR.

Kemudian, kita akan hantar surat untuk berjumpa Hadi, sama ada di Rusila atau Jalan Raja Laut. Salinan gua paste kat blog gua. Kalau jawab, alhamdulillah. Tak jawab kita terjah Rusila. Gua akan minta tolong C++ or member lain jadi perisik gua bila Hadi ada aktiviti kat Rusila. Ganjarannya, kerusi PJ Terengganu. Haha. Apa pun antara tempat lain dengan Rusila, gua lebih suka Rusila. Gua nak depani Hadi depan budak2 dia.

Then, maybe bergerak dari Seremban. Kita guna van. yang lenlain kena datang Seremban dulu la. Penginapan di Seremban gua uruskan. Pendek kata, logistik, gua uruskan la. Insy. Dari Seremban baru kita bergerak ikut jalan yang dah diputuskan bersama. Rakaman misi bermula pada malam sebelum hari bergerak. Kita wat doa selamat sket. Makan bihun jer... sebab UMNO kompom tak sponsor.

Sebelum bertolak, tangkap gambar dulu, dengan banner misi, bendera PAS dan Malaysia. Upload kat blog sebelum bertolak. Sampai Ganu, kita jumpa C++ kalau dia berani la join misi nih. Dia akan uruskan laluan ke Rusila. Sampai Rusila, kita akan park dan hantar wakil ke pentadbiran Rusila memaklumkan kehadiran team. Cameraman siap follow la.

Kalau Hadi bebuat bz, atau takut dengan hantar wakil, dengan wakil2 pun jadi la.. misi kedua langgar Hadi akan dilancarkan kemudian.

Sebelum terlupa, gua akan pastikan xenan tak drive sebab persen team sesat ke Danok adalah sangat tinggi.

Comments

  1. mcm mustahil je hasrat ko ni bhai, tapi nothing is impossible.
    kalah menang itu belakang cerita, janji apa yg diharstakn tercapai. mcm kawn gua juga, cita2 nak masuk menara gading, separuh jalan...lingkup. tp hasrat dia dh tercapai. gua sokong ko langgar hadi secara profesional. itu je.

    ReplyDelete
  2. jgn lupe bgtau wa..wa nk ambil gambau kejadian

    ReplyDelete
  3. Menarik tu... Gua nak join sama la bro dalam misi mustahil nih.. Pasal dana gua bleh la salur skit..

    ReplyDelete
  4. hehe..AT lu buat 1kempen 1Penolakan 1Hadi ker nih??? kuang 3x..gulung jangan tak gulung...lipat jangan tak...hehe

    ReplyDelete
  5. bro..wa boleh tunjuk shortcut seremban to rusila..lunch umah gua..(bukan umno sponser)

    -toyong-

    ReplyDelete
  6. ko nak macam gampang la taruna.ko ingat ko sape nak lawan hadi tu.

    ReplyDelete
  7. Kalo style UMNO, diorang ada team A, team B. Team Najib, team Dolah. Team Najib desak Dolah quit sbb nak naikkan Najib, segelintir saje yg nak kan perubahan.

    Team yg lu nak buat ni desak Hadi quit, tp perlukah menyertakan pemimpin alternatif?

    Jika Ya, awal2 team ni dilabel sebagai lulit, yg kononnya m'desak sbb nak naikkan pemimpin t'tentu, sama spt team Najib-Dolah. Lagipun tu dah di luar skop polisi method pemilihan pimpinan. Mustahil akan b'laku.

    Jika Tidak, kalo berjaya Hadi diturunkan, sape lg yg akan memangku tugas Pres. kalo bkn Timb. Pres.? Ape beza mrka? Nak tunggu pemilihan, lg 2 thn la.

    Lu sasarkan Hadi atau perubahan menyeluruh? Adakah usaha b'terusan hingga b'laku rombakan pd pimpinan yg m'jadi liabiliti pd PAS?

    Wa nampak ada 2 lg tindakan yg mampu m'jamin kesegaran & kecergasan pemimpin PAS akan dtg, tp takes time la.

    1. Perlu ada perubahan kefahaman di peringkat akar umbi yg bakal m'jadi p'wakilan dlm Muktamar 2011.

    2. Perlu ada badan yg m'desak perubahan sistem pemilihan dlm Muktamar 2011 agar lebih telus & meyakinkan, sama mcm BERSIH.

    Tu asas pemilihan pimpinan. Tu usaha yg paling minima.

    p/s : tetiba t'fikir nama PAS-reform, haha.

    ReplyDelete
  8. Ikhlas saya kata kan:

    1. Siapa yang sayangkan PAS, sila tukarkan Presiden dengan seberapa segera.

    2. Siapa yang ada impian nak jadi kan Malaysia ini Negara Islam, sila la tukar Presiden PAS tanpa tangguh-tangguh lagi. Tapi kalau setakat nak angan-angan atau mimpi-mimpi saja, kekalkan Hj Hadi boroi selama mungkin. Lagi lama dia di situ, lagi lama lah kamu boleh berangan

    3. Siapa suka kalau PR kalah sila la kekalkan Hadi boroi sebagai Presiden. Orang lain boleh menang sampai jatuh 4 buah negeri, dia dua pilihanraya Terengganu tetap tak boleh rampas balik.

    4. Siapa nak tengok imej PAS sebagai parti tamak tapi prestasi rendah, sila kekalkan Hadi boroi sebagai Presiden.

    Hebat dia bolot sampai pernah jadi MB, Ketua Pembangkang dan Presiden PAS dalam satu masa.

    Cuba kaji balik prestasi ke 3 jawatan itu. Prestasi MB macamana? Rakyat Terengganu kata dia gagal. Prestasi sebagai Ketua Pembangkang, tengok berapa banyak kehadiran dia di Parlimen pada masa itu dan apa isu yang dia pernah bangkitkan. Prestasi sebagai Presiden PAS, ahli PAS dah hampir-hampir pecah.

    Korang kata sokong PAS, korang pilih la sendiri.

    Tapi terus terang aku kata, kalau aku BN, aku mahu Hadi boroi jadi Presiden PAS! Semua kerja jadi senang. Nak pembangkang jadi lembab, nak pecahkan ahli PAS, nak umpan dengan UG. Patut UMNO dah bagi Tun dekat Hj Hadi boroi ni.

    ReplyDelete
  9. wa rasa team AT ni
    just nak bsoal jwp dgn hadi..
    ala2 HUJAH kot..hehe
    bukan tujuan hadi gulung tikar..
    dari soalan dan jawapan yg diberikan
    akan mberi penilaian pd org awam
    yg menatap blog AT ni..

    salah 1 cara dari byk2 cara
    utk bg hadi gulung tikar..
    kumpulkan semua ngo yg ada
    samada malay or non malay yg sehati sejiwa nak hadi gulung tikar.
    wat press conference bersama kasi push skit..hahaha
    tu dari luar...
    dari dlm PAS
    pandai2lah...hahaha

    hadi bg wa
    sesuai utk PAS jadikan wakil bg pihak presd PAS utk
    bertemu dgn gerakan islam seluruh dunia diluar sana..mjalinkan hubungan luar dgn gerakan islam seluruh dunia.
    wa rasa hadi sesuai dgn jawatan tu..hehe

    ReplyDelete
  10. wa setuju ngn uma,

    wa bkn ahli parti mana2 tapi condong pd political activist ajer.Tak minat nak naik kan mana2 pemimpin.Tapi minat tgk Malaysia jd lg baik.

    Hanya berminat dgn info n jadi pendesak jer.Perakam sejarah pon betul

    As UMNO wa langsung tak berminat n percaya, PAS adalah pilihan.Malang bagi PAS ialah "celaru".

    Dah sampai masa utk tanya Pres PAS bebetul n nilai sendiri info tanpa tapisan n bias.Utk membuat hadi turun adalah kerja org PAS sendiri dlm muktamar.

    Maybe langgar ni adalah politically wrong, but bagi wa ia adalah ruang demokrasi utk sampaikan info.

    Nak langgar najib kang wa pulak yg kne ISA.

    Jadi kita mulakan ngn sesapa yg bercita2 nak memerintah Malaysia dulu.

    In God We Trust.Ameen.
    (gile style freemason.wakaka)

    ReplyDelete
  11. Ramai orang yg cuba menjatuhkan taraf Ulama' Mukatabar/Imam Mazhab, serta menghina mereka dgn berbagai2 cara. Umpamanya mereka berkata:

    "Mereka itu (Ulama'), sama seperti orang2 lain juga, ..membuat kesalahan, ..terpesong dan x patut kita ambil/dengar pendapat mereka."

    Tujuan mereka tidak lain adalah utk menghapuskan khazanah ilmu Islam yg dibina oleh Imam2 tersebut.

    Pengkhianat terhadap Islam cuba mendatangkan keraguan ke atas peraturan & ajaran agama Islam.

    Mereka membahagikan serangan itu secara berperingkat2. Antaranya:

    1) Dimulakan dgn serangan ke atas Ulama’, kerana mereka sama seperti manusia lain juga.
    (Dilakukan oleh: Aduka taruna, dan penyokong2 blog beliau)

    2) Serangan kepada para Imam Mazhab Fiqah, kerana mereka tidak ma’sum.
    (Dilakukan oleh: Aduka taruna)

    3) Serangan kpd hadis2 Rasulullah, dgn mengatakan hadis2 telah ditambah atau diubah.
    (Dilakukan oleh: Kasim Ahmad)

    4) Akhir sekali mereka akan menyerang Al-Quran.

    Jiwa mereka telah mendorong mereka kepada perbuatan demikian.

    Firman Allah SWT:

    maksudnya: “Mereka (pengkhianat) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

    Wallahu’alam.

    -FZY-

    ReplyDelete
  12. Kalau nak di sanjung sebagai ulama, jgn duduk di kerusi presiden parti politik. Duduk lah di kerusi ketua bahagian ugama.

    Kalau tak sanggup dilanggar ombak jgn berumah di tepi pantai.

    ABJ

    ReplyDelete
  13. Saudara, belajar lah dulu saudara.

    Saudara2 jgn fikir secara individu. PAS ada Majlis Syura Ulama'. Dan PAS sendiri terdiri ramai Ulama', kalau saudara nk cakap apa pun, saudara hanya bercakap secara individu.

    Tetapi tindakan PAS adalah tindakan secara Jamaah. Keputusan bukannya keputusan individu.

    Kalau PAS ni banyak sangat salahnya, dlm tu ramai lagi bijak pandai drpd saudara2 sekelian. Saudara dlm ni hanya tahu maki hamun sahaja, awal2 lg saudara sudah x berakhlak dan kalah.

    Berakhlak lah dulu.., kalau nk tegur pun, tegurlah, tapi akhlak jgn dibatalkan. Ini tidak.., bukan nak tegur, tapi yg banyaknya dendam.

    Bab berjamaah ni ada ilmunya.., saudara x kan dapat ilmu ini kalau sekadar menjadi pelajar jurusan Syari'ah.

    Ulama' mcm Yusoff Qardhawi pun mengakui.. Beliau belajar syari'ah di Universiti, tapi hal2 Jemaah Islam beliau belajar drpd Hassan Al-Banna. Itu Ulama' terkenal tu saudara.

    Tapi kalau dah sombong dlm diri menebal.., mcm Iblis laknatullah (abawastakbaro)., nk buat mcm mana? Belajar dulu. Baru boleh nk berhujah.

    Hujah x ada, tapi hajat nk lwn ULAMA'. ..JAKIM pun kecut telur dgn Tok Guru, ini saudara2 di sini. ..he, he, he, lawak aje lah.

    Jgn sembang kasi letup2 tapi abuk pun tarak.

    Wallahu'alam.

    fzy

    ReplyDelete
  14. kecut telur?
    berakhlak lah ungkapan anda tu?

    FZY rajin cek telur JAKIM ye....

    ReplyDelete
  15. Saudara ABJ x tahu makna Ulama' laa, kesian saya tengok. UMNO x ajar ka?? Mengaji la saudara.., jgn jadi mcm sifat Iblis (abawastakbaro).

    Selamat belajar., baru berhujah.,

    Wallahu'alam.

    fzy

    ReplyDelete
  16. bukan hina ulama kalau cuba nak bagi pendapat yang bertentangan ngan pendapat orang yang dianggap ulama.

    bab bahasa tak sopan tu citer lain, respon kat isi dah la. balik balik "TGHH ni ulama ko sape nak tanya?" "jangan pertikai ulama" "mereka lebih tahu"
    kalau rasenya lebih tau tu bagi lah tahu kat rakyat yang bangang tak tau ni. jangan dok senyap je.

    Nabi dulu masa antar rombongan renegotiate ngan bani quraizah masa perang ahzab, ada gak sahabat yang tanya balik rasionalnya. tu kira tak wala la ye?

    Masa Nabi lantik Usamah jadi panglima pun ramai apara sahabat tanya rasional lantik "budak" jado ketua. tu pun tak wala la. kan NAbi know best

    ReplyDelete
  17. saudara yg x tahu nk mencari sumber maklumat barangkali, kalau blog ni boleh cari, ..buka la sekali laman2 yg lain, buat homework sikit.

    bukan soal x boleh tanya, ..adab tu penting. saudara terdiri dari golongan yg x sabar barangkali. Nk berjuang susah saudara. saudara bagi contoh tu betul. tapi cara saudara x betul.

    baca harakah x? dgr ceramah x? internet buka x? sebenarnya kita kena berakhlak saudara, ini penting utk dijadikan contoh.

    perlahan2 tunggu arahan. jgn gopoh, adab berguru tahu x? susah2 sangat kalau ada duit, pergi ke Rusila pada hari Jumaat. dengar kuliah Tok Guru, lepas habis tu terus ke rumah dia dan bertanya.

    mcm cerita seorang tua di pasar. mintak tolong dgn seorang pemuda, ..sampai di rumah, orang tua tu berpesan:

    "awak ni baik, di pekan tu ada org nama muhammad. org nya penipu, jahat dan lain2 lagilah org tua tu kata".

    lepas tu org muda tu pun berkata:

    "pakcik., .muhammad yg pakcik sebut tadi tu sayalah"

    tercengang pakcik tu. rupa2nya org yg dikatakan oleh org2 mekah tu lain drpd yg lain setelah face to face dgn pemuda tersebut.

    jadi fikir2 la sendiri.

    fzy

    ReplyDelete
  18. Anonymous Friday, October 16, 2009 12:35:00 PM kata:

    "kecut telur?

    berakhlak lah ungkapan anda tu?

    FZY rajin cek telur JAKIM ye....

    Jwpn:

    saya x sangka saudara x faham bahasa melayu (peribahasa). saya minta maaf. Teruskan usaha saudara memaki hamun ulama'. selamat berjaya didunia dan diakhirat.

    Wallahu'alam.

    fzy

    ReplyDelete
  19. kutuk Hadi haram
    kutuk Jakim halal

    hebat pengikut Hadi ni

    ReplyDelete
  20. Inilah "teori elit" yang ada dalam Pas...Mesti dipecahkan segera.

    ReplyDelete
  21. siapa kata kutuk Hadi haram?

    siapa kata kutuk JAKIM halal?

    Siapa yg kutuk JAKIM?

    Cermin diri saudara dulu, ilmu/amal/takwa/tawadhu'/zuhud/dll.

    Apa saudara dapat bila menghina Ulama'?

    Bahagia hidup? rasa tenang?

    * * *

    Ramai orang yg cuba menjatuhkan taraf Ulama' Mukatabar/Imam Mazhab, serta menghina mereka dgn berbagai2 cara. Umpamanya mereka berkata:

    "Mereka itu (Ulama'), sama seperti orang2 lain juga, ..membuat kesalahan, ..terpesong dan x patut kita ambil/dengar pendapat mereka."

    Tujuan mereka tidak lain adalah utk menghapuskan khazanah ilmu Islam yg dibina oleh Imam2 tersebut.

    Pengkhianat terhadap Islam cuba mendatangkan keraguan ke atas peraturan & ajaran agama Islam.

    Mereka membahagikan serangan itu secara berperingkat2. Antaranya:

    1) Dimulakan dgn serangan ke atas Ulama’, kerana mereka sama seperti manusia lain juga.
    (Dilakukan oleh: Aduka taruna, dan penyokong2 blog beliau)

    2) Serangan kepada para Imam Mazhab Fiqah, kerana mereka tidak ma’sum.
    (Dilakukan oleh: Aduka taruna)

    3) Serangan kpd hadis2 Rasulullah, dgn mengatakan hadis2 telah ditambah atau diubah.
    (Dilakukan oleh: Kasim Ahmad)

    4) Akhir sekali mereka akan menyerang Al-Quran.

    Jiwa mereka telah mendorong mereka kepada perbuatan demikian.

    Firman Allah SWT:

    maksudnya: “Mereka (pengkhianat) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

    Semaklah, mana taraf saudara.., saya sekadar menyampaikan.

    Wallahu’alam.

    -FZY-

    ReplyDelete
  22. ABJ, well said..short but deep in weight.
    Sapa sangatlah Tuan Guru Abdul Hadi Awang tu? Tukar aje ler.
    Kalau dah dalam medan perang saraf politik mesti ler cukup sedia (dengan ilmu, kebijaksanaan, kecekapan, ketepatan dlm buat keputusan, tanggungjawab etc.) bila diserang oleh kawan & musuh. Begitu juga bila menyerang/menawan territory musuh & menangani kawan (yg mengeluh).

    ReplyDelete
  23. Sesiapa pun boleh ditolak/diterima cakapnya melainkan Rasulallah (SWT) sahaja. Jadi, wa berpendapat jikalau niat AT pergi utk tujuan perbincangan dari persoalan politik/strategi, tiada masalah kerana dalam bab ini sesiapa jua pun boleh menerima dan menolak pendapat. Hadi bukanlah maksum(ada ijtihadnya yang salah dlm taktikal politik) apetah lagi si Aduka hahahahaha. Dalam tajuk strategi politik. Tapi sekali pun bukan tajuk agama, perlulah berbicara dalam bahasa sopan dan adat tertib kerana adab berbicara termasuk dalam perkara agama apetah lagi kita berhadapan dengan orang agama, walaupun membincangkan tajuk politik iaitu bukan tajuk agama, tetapi jagalah adab berbicara kerana adab berbicara masuk bawah tajuk agama. Kalau point lu kukuh, hujah lu hebat, buat apa lu nak maki2 kalau lu yakin apa yang lu katakan tuh benar, tak perlu lu nak semburkan cacian, cukup kuatkan hujah ajer.

    ReplyDelete
  24. tukar presiden = menjatuhkan ulama?

    kalau nak bagi ulama duk dalam satu majlis syura yg lagi tggi kedudukan dari presiden,amacam?presiden kena cekap politik beb.

    amende la fzy ni.kita nak islam move forward.bukan statik je

    ReplyDelete
  25. kalau betul UMNO nak buat 1 Dewan Ulama..aku cadangkan TGHA sebagai Presiden Dewan Ulama UMNO kerana beberapa sebab berikut:
    1)
    Berpengalaman luas dalam urusan agama dan politik semasa dalam PAS.
    2)
    Beliau tokoh penting dalam memperjuangkan perpaduan seperti gagasan hebat 'Kerajaan Perpaduan'.
    3)
    Satu-satu jawatan tertinggi (No.1) yang belum beliau peroleh selain jawatan Perdana Menteri.
    4)
    Memudahkan usaha beliau mengejar impian penubuhan negara Islam Malaysia.

    Sekian dimaklumkan.

    ReplyDelete
  26. Kalu pimpinan2 PAS yg lain x nk tukar Presiden skrng, saudara nk buat apa? Pimpinan tahu apa yg mereka lakukan.

    Saudara jadi pimpinan la pulak? Mcm mana?

    ReplyDelete
  27. AT pimpinan black metal..
    lu xkan x tau.. apara

    adi

    ReplyDelete
  28. langkah pertama untuk ajar UG ialah
    para blogger istihar boikot harakah sehingga UG(UMNO GROUP) letak jawatan. UG berkenaan ialah Hadi, nasha, haruntaib, tantawim , Hatta, stopa ali dan hassan ali.
    MASA UNTUK BERTINDAK.
    AKU DAH TAK BELI 6 KELUARAN HARAKAH.
    KITA PENAT2 SOKONG YG DOK KAT ATAS SELAMBER BERUK JADI HANTU UMNO.

    ReplyDelete
  29. Aku setuju kalu At nk langgar Hj Hadi, tapi aku takut AT ni cakap saje, penakut nk mampus mamat ni, aku rasa saja nak glamour je mcm artis, konon ilmu penuh didada tapi habuk pun tarak, Jadikan ini satu realiti atau AT akan dikutuk dan dimaki diludah oleh anak cucu org melayu yg sering dimaki oleh AT,

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.