Skip to main content

Kalaulah Allah takdirkan PAS menang Bagan Pinang...


Oleh : AdukaTaruna

Antara kelebihan muslim ialah mempunyai saluran limpah stress yang sangat berkesan. Berapa banyak pun tekanan yang melanda kehidupan, mereka mempunyai satu keyakinan hikmah dan berbaik sangka dari Allah. So, jarang2 sekali muslim membunuh diri kerana mereka mempunyai salaruan limpah yang sangat baik.

Moh kita fikir kejap. Apa jadi kalau Allah takdirkan PAS menang di Bagan Pinang.

1. Lu tahu kan PAS Seremban adalah jemaah standard jahanam. Terlalu banyak pandir2 veteran yang enggan memberi laluan kepada kesegaran muda. Perhubungan PAS Seremban, Cikgu Hasan nyaris2 bertumbuk dengan ahli PAS dari Jempol. Lu bayangkan betapa lahanatnya perangai ustaz2 veteran PAS.

Perawi untuk orang luar, memang susah sket gua nak bagi. Tapi untuk orang PAS sendiri, mudah sahaja mereka siasat betul atau tidak dakwaan gua. Cikgu Hasan selamat kerana dia memilih untuk bertumbuk dengan ahli PAS yang bukan blogger. Kalau terpilih Deris Baganutama atau Topeng Perak atau gua sendiri bagaimana?

2. Gua tak dapat bayangkan betapa bongkaknya PAS terutama team2 Hasan Ali. Betapa apa yang dilakukannya terus-terusan disokong rakyat.

Lu tahu bagaimana Hadi mengisytiharkan UG ditarik balik menjelang pemilihan PAS? Di mana satu demi satu orang-orangnya tumbang.

"Ahli PAS malas membaca." Katanya setelah ghaib dan membiarkan fitnah UG dieksploitasi musuh semahunya.

Kemudian, bila Allah takdirkan Nasha menang, lu boleh lihat bagaimana Hadi turn semula dari kenyataannya di sidang media di luar dewan muktamar. Dia up semula UG kerana beranggapan seluruh perwakilan menyokong UG. Memang bangsat punya ulama.

So, dari situ, lu boleh bayangkan apa terjadi jika Allah takdirkan PAS menang di Bagan Pinang? Lu boleh bayangkan bertambah degilnya Hasan Ali akan amaran AJK PAS Pusat? Lu boleh bayangkan betapa besarnya kepala Hasan Ali kerana Cina dan India still menyokongnya?

Bebas untuk mendakwa sesiapa bengap. Kata putusnya terpulang kepada pembaca yang meraih maklumat. Di atas ialah hujah penyokong Hadi. Walau lu tuduh gua bongkak, gua tetap akan mengatakan, bukan setakat penyokong Hadi, Hadi sendiri itu stendet ayam kalau gua berpeluang berdebat dengan dia secara live. Kudrat manusia la. Kalau Allah gagapkan gua time tu, kantoi gak gua.

Bagan Pinang tidak meruntuhkan kerajaan BN di N9, bai. Jadi, situasi itu, memang boleh pilih BN untuk ajar Hadi dan Hasan Ali. Seandainya kerusi Bagan Pinang adalah titik runtuh kerajaan BN N9, barulah diorang tidak dapat tidak, harus meruntuhkan BN, dan meletakkan sentimen mengajar Hasan Ali no 2.. Jelas? Skang siapa bengap? Penerokaan otak lu hanya 50% jer dari dari gua. Skang gua bantu lu tambah lagi 5% kepada 55%. Amacam? Nampak?

Yang keduanya, tidak dipertikaikan undi pos, manipulasi media, Melayu bangang N9, etc. Itu faktor yang kita dah khatam sejak dulu lagi. Cuma persoalannya, ialah :

1. Mengapa UPU bukan Melayu yang PAS menang boleh kalah?
2. Mengapa pengundi luar enggan balik walau apa jua cabaran untuk undi PAS?

Lu dengan Hadi bengap atau gua bengap? Camni la... lu buat kertas kerja sket, minta Hadi berdebat dengan gua pasal hala tuju PAS dalam wadah demokrasi Malaysia. Gua boleh publickan identiti gua. Lu pun mesti nak tgk siapa yang maki dan hina Aishah kan.. Amacam? Banyak point yang gua nak tanya kat Hadi 1 by 1 ni. Selama ni banyak menyorok jer ulama gemok nih. Play safe konon. Satu persatu isu semuanya dia macam ular sawa lepas makan. Ada takda serupa.

Comments

  1. Indian Issue-Pakatan & BN sama juga kaluuuu - Malaysiakini

    Human Rights Party supremo P Uthayakumar has accused both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat of lacking the political will and determination to help poor Indians.

    "Both treat Indians as insignificant. Both are virtually a lame duck vis-à-vis Indian issues," said the Hindraf leader and former Internal Security Act detainee.

    He said Pakatan state governments could have resolved half of the Indian problems by allocating lands for Tamil schools, Indian settlements, Hindu crematoriums and temples.He brushed aside arguments by Pakatan leaders that the state governments were new to administrative politics, alleging that "they were quick to demolish Indian establishments, settlements and structures within a short period, but slow in fixing them."

    Citing the Kampung Buah Pala fiaso in Penang as one of the examples, Uthayakumar said although PKR and PAS were not directly involved, "both parties watched silently while the DAP government executed the village's destruction."

    He said the argument that Pakatan was new to administration does not hold water since the coalition, when ruling Perak, was quick to set aside land for Orang Asli, Malays and Chinese for their settlements, farms, temples and schools.

    "But none for the Indians," he said, adding that the Kedah, Selangor and Penang governments practiced the same policies.

    Boycott by-election

    Inspired by Hindraf, Uthayakumar said Indians voted for change in the last general election hoping that Pakatan would provide the change they desired to end their predicament.

    However, he said Indians felt shortchanged now, thus Hindraf had been put in a quandary because the community was now questioning the movement's strong electoral backing for Pakatan last year.

    Uthayakumar said this was reason why his party has called on Indian voters in Bagan Pinang to boycott the by-election on Oct 11.

    The by-election would see a straight fight between the BN's Mohd Isa Abdul Samad, who is also former Negeri Sembilan menteri besar, and Zulkefly Mohamad Omar, the Negeri Sembilan PAS commissioner.

    Uthayakumar said HRP and Hindraf would never back the Umno-dominated BN but felt obliged to call on Indians not to vote for Pakatan as well.

    "We want to send a message to both blocks that they cannot take Indian voters for granted - wooing therm during elections but abandoning them after that.

    "We will explain our stand to the Indian voters in Bagan Pinang. It's up to them to accept or reject our arguments," he added.

    ReplyDelete
  2. wa sokong saudara Adukataruna berdebat dengan Tok Guru Hadi Awang. pada pandangan kasar, macam tak setanding. tapi demi kebenaran dan ketelusan, perbahasan sihat seperti ini perlu dilaksanakan. biar bercambah minda dan terbuka fikiran. demi kelangsungan perjuangan Islam di Malaysia tercinta.

    persoalannya, adakah Tok Guru Hadi Awang akan melayan tawaran debat dr seorang blogger? ada masa kah beliau? atau berani kah beliau?

    siapa pihak yang boleh menyampaikan hasrat dan tawaran saudara Adukataruna ini kpd beliau?

    inilah masanya utk kita lihat interaksi 2 hala antara mereka. selama ini saudara Aduka hanya mengkritik melalui blog. nah, silakan memenuhi peluang ini.

    ReplyDelete
  3. wahaha..lu nak wa wat poster ke?

    Debat Anak Muda Tak BerGuru Aduka vs Tok Guru Hadi Awang.

    Wa leh siapkan poster, booking dewan n pentas.Tak lupa juga jd tukang kutip tiket n derma.ekeke.

    ReplyDelete
  4. weih xenan.. alang2 debat.. lu guna la kable UMNO lu lobi sponsor debat tuh. Hahaha.

    Gua dapat Hummer sebijik, kompom gua akan bertungkus lumus buat home work.

    Kalau PAS bayar gua 2 kali hummer, gua akan bebuat kalah utk upkan reputasi PAS.

    Pergh.. leh bisne siot. Lu makan persen la xenan.

    ReplyDelete
  5. Saudara nak berdebat dgn Tok Guru?? Alhamdulillah. Mudah2an kebenaran akan timbul.

    Tapi x payah nak gempak laa. Kalau betul2 ikhlas saudara pergi je masa kuliah Jumaat beliau. Lepas tu boleh terus ke rumah dia ajukan soalan.

    x perlu protokol2 sangat. Ada berani ke?? Kau kaki gebang je. Tapi hajat besar. Muka x malu memang mcm tu. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  6. Ala gebang je ni. Nak lawan TGHH yg TGNA pun kagum ngan ucapan debat dia konon. Kah kah.

    Kau kalu nk debat dtg je la Rusila. Jangan cakap banyak. Buat. Kau pon nyorok gak. Hina bini Nabi pastu nyorok. Pengecut!

    Sedar la diri kau tu sikit sblm nak cabar presiden. Kau tu blogger nyamuk. Lainla kalau kau Presiden parti serpihan ke. Paling2 kurang lobila jd pengerusi cawangan AKIM. Kah kah.

    Sedar la diri sikit. Gebang lebih bolehla.

    ReplyDelete
  7. bhai... aku tak rasa dia gebeng...

    AT dah tawarkan identiti dia sebagai cagaran, terima jer la debat tu...

    sekurang-kurangnya AT bukan anonymous

    ReplyDelete
  8. Gebang la tu edyas! Kalau x gebang, dedah identiti dr awal. Knp nak cagar2 pulak? Apa mahal sangat ke dia?

    Dia sedar diri tak level dia tu tara mana? Dia pun tahu, xdak org nak bagitau TGHH pasal isu ni. Kalau dia nak debat, dia sendiri la datang. Kena bantai ngan tukang2 komen kat sini pun ternganga ada hati nk debat lawan tghh.

    Podah!

    ReplyDelete
  9. hahaha...
    Wa ngaku, strategu lu genius maaa..
    wakakaka..
    tengok ni..

    lu dengan Hadi bengap atau gua bengap? Camni la... lu buat kertas kerja sket, minta Hadi berdebat dengan gua pasal hala tuju PAS dalam wadah demokrasi Malaysia. Gua boleh publickan identiti gua.

    korang kena prepare tu sumer kalu nak suh AT bagi tunjuk muka..

    wa tak nak unlock strategi orang laa..
    wakakakakaka..
    wa merayau-rayau je dunia maya ni..
    mana bleh nasihat, wa nasihat..
    orang tak nak dengar, bukan kerja kita dah...

    DUnia skang tanpa sempadan,
    kalau nak trace orang, senang sangat.. hahahahaha..
    Harap jangan ada orang sombong dah..
    Wa dulu pernah sombong.. tapi makan diri laaa... wakakaka

    ReplyDelete
  10. Ramai orang yg cuba menjatuhkan taraf Ulama' Mukatabar/Imam Mazhab, serta menghina mereka dgn berbagai2 cara. Umpanya mereka berkata:

    "Mereka itu (Ulama'), sama seperti orang2 lain juga, ..membuat kesalahan, ..terpesong dan x patut kita ambil/dengar pendapat mereka."

    Tujuan mereka tidak lain adalah utk menghapuskan khazanah ilmu Islam yg dibina oleh Imam2 tersebut.

    Pengkhianat terhadap Islamcuba mendatangkan keraguan ke atas peraturan & ajaran agama Islam.

    Mereka membahagikan serangan itu secara berperingkat2. Antaranya:

    1) Dimulakan dgn serangan ke atas Ulama’, kerana mereka sama seperti manusia lain juga.
    2) Serangan kepada para Imam Mazhab Fiqah, kerana mereka tidak ma’sum.
    3) Serangan kpd hadis2 Rasulullah, dgn mengatakan hadis2 telah ditambah atau diubah.
    4) Akhir sekali mereka akan menyerang Al-Quran.

    Jiwa mereka telah mendorong mereka kepada perbuatan demikian.

    Firman Allah SWT:

    maksudnya: “Mereka (pengkhianat) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

    Wallahu’alam.

    -FZY-

    ReplyDelete
  11. SABAR MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH/BALA BENCANA

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

    ﴿وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالاٌّخِرَةَ ذلِكَ هُوَ الْخُسْرَنُ الْمُبِينُ - يَدْعُو مِن دُونِ اللَّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُ وَمَا لاَ يَنفَعُهُ ذلِكَ هُوَ الضَّلَـلُ الْبَعِيدُ - يَدْعُو لَمَنْ ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَى وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ ﴾
    "Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu." Surah al-Hajj :11-13

    Intisari ayat
    Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

    Huraian ayat

    a. Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

    b. Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
    c. Bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

    d. Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

    FZY

    ReplyDelete
  12. "demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

    e. Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
    Firman Allah, maksudnya:
    "apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan
    'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan
    sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
    maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." Surah Al-Ankabut:ayat 2-3

    f. Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat terhadap apa apa yang terjadi disekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
    kesalahan dengan segera.

    g. Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
    i.Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
    ii.Sabar melawan nafsu.
    iii.Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri.


    h.Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

    i.Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

    Firman Allah, maksudnya:
    "jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
    yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Surah Al-Baqarah ayat 45

    j.Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

    FZY

    ReplyDelete
  13. Implikasi tidak tetap hati kepada Allah

    a.Akan memiliki Iman yang tidak teguh kepada Allah S.W.T. dan perkara yang wajib diimani.

    b.Ibadat mereka sia-sia kerana Allah S.W.T. tahu niat mereka yang tidak ikhlas.
    c.Hasil pekerjaan mereka tidak mendapat berkat

    d.Mereka adalah golongan munafik yang berpura-pura dalam beribadat dan mempersendakan Allah S.W.T.

    Bentuk ujian keatas manusia.
    a.Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

    b.Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

    c.Ujian ke atas orang perseorangan

    d.Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

    e.Allah S.W.T. berjanji setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


    Kepentingan sabar
    a.Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

    b.Melapangkan hati, tidak merasa runcing atau dukacita.

    c.Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

    d.Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

    e.Selamat dari gangguan mental dan emosi.


    Fakta2 Penting
    a.Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

    b.Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

    c.Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

    d.Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

    e.Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam

    FZY

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.