Skip to main content

Hasan Ali wajib diSELCATkan

Oleh : AdukaTaruna

Tuan Ibrahim Tuan Man... lu jangan bikin gua malu2 ubi. Gua dah promosi lu as Presiden dalam pelan damai yang kitorang rancang. So, siyes sket bab siasatan terhadap PAS Selangor. Jangan lembab, jangan sapu bawah karpet macam PAS Ganu. Gua sidekick ketiak kiri lu kang.

Cadangan gua lu SELCAT kan si Hasan Ali. Caranya :

1. Panggil Hasan Ali dalam perbicaraan terbuka.

2. Panggil semua bloggers PAS dan UMNO yang hadir malam tu. Satu sesi bongok yang melanggar Presiden Sleeping Budha.

3. Lu panggil sekali Tulang Besi. Tulang Besi kena siapkan dokumen2 dakwaan salah laku dan salah prinsip Hasan Ali.

4. Panggil Khalid Samad sekali.

5. Panggil Ronnie Liu, Khalid Ibrahim sekali. Baru lu nampak power jadi Presiden.

6. Last sekali, kalau cukup asas nak hukum Hasan Ali, lu hukum sebat dulu, sebelum pecat ke apa yang patut. Time nak sebat baru panggil gua. Gua tau la nak sebat tang mana berdasarkan gambar nih.


Zap!! Tak payah angkat ketiak jer, gua sebat kat situ.

off topik sat :

Weih korang. Mamat dalam bulatan tu sapa hah?

Comments

  1. Aduka...

    Kau nat sobat ka nak jontik!!! Kalau kau tukang sobat don worey den tukang ambik gambar....

    ReplyDelete
  2. Kenapa hukum sebat? Rejam lagi baik. Aku dermakan batu saiz 3/4" satu lori tuang depan ibu pejabat PAS.

    ReplyDelete
  3. gambar dlm bulatan tu tak silap dr ahmad samsuri..su politik hadi. org terengganu tu..pernah kerja jadi penasihat menteri kabinet tak silap

    ReplyDelete
  4. mamat tu ostad nasa la.
    pakai topeng dan ikat bantal kat perut,haha

    -adinda bazooka-

    ReplyDelete
  5. tantawi bilang tasbih oi..amoi cun kat sebelah. ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  6. sobat ko, jontik ko biar teraso podih! bagi puas hati den.

    ReplyDelete
  7. Gua nak tambah sangka buruk. meeting start, TGNA bentang masalah dan cadangan penyelesaian. yang lain angguk-angguk. betul betul kata sebahagian. benda ni memang kena selesai. yang lain senyap tanda setuju. takda soalan/bangkangan so bila nak citer teknikal2 ni TGNA takyah ada pun takpa so dia balik la. balik je baru diorang ni bersuara.. pastu baki masa mesyuarat diguna untuk fikir cara nak spin. hasilnya = JAM
    ok tak?

    ReplyDelete
  8. masya allah, begini ke yg disangka orang PAS?

    Kalau begini, buruknya perangai.

    Korang ni komen tak macam orang PAS langsung. Orang Umno ada la.

    Bertaubatlah!.

    Apa yg korang tak puas hati lagi, bukan ke TGNA pun ada dalam mesyuarat semalam?jadi maknanya keputusan mesyuarat itu dipersetujui bersama. kenapa korang busuk hati sangat sampai nak api-apikan orang lain.

    Korang sebenarnya nak hancurkan PAS ke atau nak pulihkan PAS.

    Korang ni kan, lebih sudu dari kuahnya.

    Buat andaian pun membuta tuli. Setakat ada blog pastu artikel merapu-rapu, baik tak payah ada.

    Bantai akhbar pro-Umno pandai sangat, sebar beritta ikut suka, takde etika, tapi hangpa bagaimana pulak?

    ReplyDelete
  9. Aduka,

    Lu tidak boleh marah pada presiden, timbalan presiden, setiausaha dan exco PAS yang baru bersidang malam semalam.

    Dia orang tu berjawatan kerana dilantik. Lu nak marah dia pasal apa..? Apa kah pemikiran lu sama standard dengan hj Hadi.. "slow"..?

    Lu nak marah Hj. Hadi ke Nasaharudin ke Mustafa ke atau Hassan Ali... gua memang tak boleh halang, tapi gua tetap pertahankan kedudukannya kerana mereka tidak bersalah walau pun dia melakukan kesalahan.

    Gua nak tanya lu.. siapa yang lantik dia orang kejawatan yang disandangnya...? Tentu sekali perwakilan...! Lu nak marah, lu marah pada perwakilan kerana perwakilan yang memilih dia orang jadi pemimpin.

    Lu kena tanya perwakilan kenapa mereka pilih orang-orang yang dilihat punca masaalah dalam parti PAS...?

    Presiden parti tidak lembab tetapi yang lembab adalah perwakilan..

    Naib presiden tidak curang dalam parti tetapi yang curang adalah perwakilan...

    Setiausaha tidak pro umno tetapi perwakilan yang pro UMNO..

    Exco pas diselangor tidak memperbodohkan selcat tetapi perwakilan yang mempersoalkan selcat.

    Sekali lagi gua nak ingatkan lu.. yang bertanggongjawab dalam PAS adalah perwakilan. Siapa pilih perwakilan kalau bukan ahli.

    Oleh kerana itu apa yang dibuat oleh presiden hingga ke peringkat exco adalah berpunca pada ahli dan perwakilan.

    Kalau ahli dan perwakilan tahap "bangang" maka mereka juga akan memilih pemimpin tahap "bangang".

    Gua harap parti pas tidak jadi "parti lebai malang"

    ReplyDelete
  10. Aku rasa aduka jealous sebab tak dapat makan durian kat rumah HA. Next time aku minta Rosaln jemput hang ye!

    ReplyDelete
  11. hoi anon 12.19, mana kau tau diorang org pas?
    tunjuk la bukti, jgn jadi bodo.

    ReplyDelete
  12. Anon 12:29
    statement macam pak lah je. " saya dapat mandat besar rakyat so kalau saya lembab jangan tegur"

    memang la Pres dipilih perwakilan tapi kalau dah makin lama makin nampak tak best tindakannya yang mana kalau tunggu pemilihan mgkn akan jadi lagi arah takkan takleh tegur? takleh kritik? eh dia kutuk PM ok je.

    ReplyDelete
  13. muahahaha....

    sedara anonymous 12:29 pm..sblom lu salahkan perwakilan Pas,lu siasat dulu sistem kiraan undi ms pemilihan lalu, byk pertikaian dan meragukan..jgn sesedap mulut je salahkan ahli Pas..

    -adinda bazooka-

    ReplyDelete
  14. Korang yg komen pun belum tentu ahli PAS. Entah2 UMNO karat.., saje buat kacau je. Kalau org PAS mereka beradab skit, x mcm ni.

    Aku nk tanya.., kalau mak bapak kau tersilap agak2nya, mcm mana cara korang?? Kalau sama mcm di atas. Maknanya korang anak derhaka.

    Org PAS yg dididik dgn tarbiyah, tamrin dan usrah x mcm ni. Ini anak jiran sebelah yg haru-biru ni.

    ReplyDelete
  15. Prof dr ahmad syamsuri..bekas pensyarah upm,pakar aeroangkasa negara..su sulit presiden..kerja smart..

    ReplyDelete
  16. Anonymous said...
    gambar dlm bulatan tu tak silap dr ahmad samsuri..su politik hadi. org terengganu tu..pernah kerja jadi penasihat menteri kabinet tak silap

    tipu punya maklumat..dia ni org akademik sejak dulu..aktif pas lama..ya org ganu..nak harap org n9 mcm aduka takkan snggup berkorban gaji n jwtan demi agama

    ReplyDelete
  17. Aku sokong sedaghe anonymous 12:29 pm. Tak berani cakap hal tempat oghang. Ini tempat akulah. Bolehkan hampir sepaghoh ahli PAS kat tempat aku pemikirannya tahap cipan. Jadi tak heran kalau memilih ketua pun ciri-cirinya macam mereka juga. Tengok sini contohnya.

    1. Orang PAS control MPP. Siapa yang tak sokong projek MPP mereka akan diboikot.

    2. Imam masjid. Imam yang berpengalaman (pesara KAGAT dan Pegawai kerajaan yang kelulusan ugama) dikalahkan dalam pemilihan sedangkan mereka berpengalaman. Bukan sahaja menjadi imam berjemaah, mereka juga terlibat dalam pelbagai perkara seperti nikah kahwin, kematian, kaunseling dan menjadi tunjang utama masyarakat tentera dimana mereka berkhidmat. Nak lawan pengelaman ustaz biasa? Belum tentu boleh menang dengan ustaz KAGAT.

    3. Bila dah control masjid muka pun tak nampak macam hak yang dulu juga! Bezanya yang dulu pakai songkok!

    4. Sekarang kuliah pun kurang sebab tak ada ongkos.Bukan nak keluar berusaha. Jawatan nak tapi kerja malas!!

    5. Orang yang atas pagar tidak didekati. Kalau ada program-program sewaktu, program ahli akan didahulukan. Yang lain sebab bukan ahli dan tak ke surau dikemudiankan. Bukan nak belajar pikat hati orang lain.

    6. Kalau berada dalam majlis setempat mereka bukan pandai nak bercampur dengan orang lain. Duduk selonggok sesama sendiri. Seolah-olah orang lain macam hina dan tak layak digauli.

    7. Kalau setakat pakai jubah dan kopiah serta bercakap guna ana ente, belum tentu lagi tahap taqwa tu tinggi. Akhlak kena jaga mamat ooi.

    Orang ramai memerhati dan menilai dalam hati. Diluar sana ramai orang yang tidak berparti tetapi mereka taat kepada suruhan Allah s.w.t. Mereka juga sukakan yang baik dan halal serta memandang keji perbuatan yang mendatangkan kemarahan Allah s.w.t. Bezanya dengan orang PAS ialah mereka tidak berminat untuk aktif berpolitik dan dilihat memihak. Namun kita tahu mereka pandai menilai yang mana haq dan yang mana batil!!. Orang-orang ini perlulah didekati.

    Sekian, terima kasih.
    (Keris Plastik)

    ReplyDelete
  18. ada ka bandingkan taraf ibubapa ngan taraf pemimpin ..bodoh nak mampos penjilat bontot hadi ni...

    ReplyDelete
  19. pada tuan ibrahmi tuan man..jgn ikut telunjuk sesiapa dlm membuat keputusan, termasuk penulis blog ni..adil dan telus lah dlm perbicaraan...

    kami dibawah, insyallah akan menghormati segala keputusan..

    kami bukan seperti penyokong umno, atau pun mereka yg tidak beparti yg tiada asas perjuangan dan tarbiah, asik hentam3, itu je yg ditahunya..(maaf ckp)

    sekali lagi, pada tuan ibrahmi, kami ahli dan penyokong PAS menyokong apa shj keputusan nanti..jgn gentar jagn takut, insyallah PAS akan terus gagah!!

    ReplyDelete
  20. 1. Ini menunjukkan de facto leader sebenar PAS

    2. PAS mengamalkan kepimpinan yang bersifat autokratik.

    3. Ramai pemimpin PAS yang berpotensi tetapi menentang UG akan diketepikan secara berperingkat menjelang PRU13. Mereka tidak akan terpilih menjadi calon.

    4. PAS akan beransur-ansur menyertai BN bermula pada tahun 2010. Proses ini akan selesai menjelang 2011. Selepas 2011, PAS ialah komponen BN terbaru.

    ReplyDelete
  21. bro, lu lantunkan aje kpale nasha aziz, rozelin mms dan hasnah abu tu ...poww...

    ReplyDelete
  22. Anonymous Thursday, October 29, 2009 3:38:00 PMberkata:

    "ada ka bandingkan taraf ibubapa ngan taraf pemimpin ..bodoh nak mampos penjilat bontot hadi ni..."

    jwpn:

    - ini akhlak dan adab la., apa UMNO x ajar ke? UMNO ajar apa? hina hukum hakam Islam? jgn mengada2 buat bodoh.

    renung firman allah dibawah, moga2 saudara insaf, dan menyokong PAS satu hari nanti, insyaallah..

    firman allah sawt:

    "Sesiapa yang diberi pertunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh pertunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi."

    "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

    "Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi pertunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-meraba (dengan bingun) dalam kesesatan mereka."

    ReplyDelete
  23. UMNO dlm ni dah mula kepanasan. maklumlah UMNO sendiri bercakaran. MIC haru. MCA hancur. PPP lebur dan mcm2 lagi lah busuk UMNO nak keluar.

    tu tg sawan semacam je tu. kata BN mengamalkan musyawarah. Poodah.

    PAS berselisih/berkhilaf x mcm BN (baling kerusi, tumbuk, bunuh dll). jgn cemburu dgn cara PAS. Kami ikut Quran & Sunnah.

    UMNO ikut kitab Lord Reid lepas tu punah. Kapal UMNO dah nk karam. Selamat berpindah. Insyaallah Islam akan bersinar satu hari nanti. Aaminnn.

    ReplyDelete
  24. secipan2 pemimpin PAS pn, bangsat lagi UMNO...anyway, spatutnye, undi balek, kasik rombak itu organisasi laa...

    ReplyDelete
  25. FZY ni bodoh la..tanya psl Umno kat org Dap, mmg la dia x tau..nak tanya psl Umno rujuk la org Umno.. bodoh macam Hadi!

    ReplyDelete
  26. sebagai penyokong parti pas yang setia. tidak perlu komen atau memberi kenyataan. kerana segala kemelut atas t,jawab lembaga disiplin.

    yg kita dok sibuk2 tu..hebat sgt kah kita..

    komen sana komen sini..macam nak rosakan lagi pas..

    peringkat pimpinan dah buat keputusan dah terma je la..

    ReplyDelete
  27. selamba lu kutuk org sbg bodoh.
    lu x pnah jd presiden. lu apa tau bhai.lu panas ke dgn keputusan meeting khas tu? wakaka. klu semua keputusan nak ikut citarasa lu, baik xyah wat meeting bhai. klu lu sorang pandai, pg la jd presiden. lu kutuk org bodoh, lu pon akan dikutuk sbg bodoh juga.

    adorang x puas ati klu wa kata bloggers yg kutuk pimpinan tu sbg x berakhlak. mmg betol la x berakhlak bai. lu pon belajau, mana ade akhlak maki2 org. ke versi akhlak lu ade maki2 orang? klu ade wa xtau laa.

    lu orang punya idea2 tu bagos. wa x kata salah walaupon wa x setuju semua. atas tajuk kepala otak, lu orang mmg bagos jugak la. haha. tp bab akhlak bjemaah, mcm longkang.

    masuk bab seminar pas pulak ganti egm... adoi. bila tu? lambat lg. ada la ruang utk pimpinan pikir, cari alasan, buka kitab kuning, delay masa cr idea bla2... utk kelentong lu orang. wakaka...

    ReplyDelete
  28. uitttt shannaro..
    lu pon xpenah jadi presiden.. lu apa tau bhai?? so.. apa nak dabel stended lak lu?! wkaka..

    lagi satu....duka tak penah cakap pon dia berakhlak.. lu yang assume dia berakhlak... wkaka xpaham wa!!

    pastu..pastu.... ntahlaa.. wa gelak besar baca posting lu atas nih... hadoii senak gelak.. ntah apa lu tak paham2 bila baca blog ketegori camnih hahahhha

    ReplyDelete
  29. laaa lu pon satu anon... wa post sini bukan utk duka sorang je. utk sape2 yg rasa dia mangkuk mcm duka. wa tau duka ni spesis x de obat dah... biarkan dia.

    ReplyDelete
  30. Setuju sangat komen keris plastik. Memang betul kebanyakan orang PAS hanya bergaul dengan set2 mereka sahaja. Pasal tu lah otak tak berkembang. Penyokong PAS yang melawan tradisi tu akan dilabel agen Anwar atau UMNO totok oleh FZY.

    ReplyDelete
  31. Salam, orang yang kau bulat tu namanya ialah Dr Shamsuri. Nak tahu siapa dia tu? Dr Shamsuri adalah adalah Setiausaha Politik TGHH. Beliau adalah bekas Pensyarah di UPM. Dr Shahmsuri dilantik bagi menggantikan Dr Syed Azman sebagai SU Sulit TGHH.

    Konspirasi memastikan kesemua orang di keliling dengan TGHH adalah mesra UMNO dilakukan oleh beberapa kerat geng Terengganu. Selain nama yang korang biasa sebutkan, Mustaha Ali, Ust Nasha dan Hasan Ali, seorang lagi tokoh penting di belakang tabir ialah Dr Kamaruzzaman Yusof atau nama glamernya Dr Kayu. Orang Terengganu. Pensyarah di Jabatan Sejarah, UKM.Selalu keluar di Astro Awani. Beliau mencaturkan pemecatan Dr Syed Azman dan melantik Dr Shamsuri sebagai SU Politik TGHH sebagai memastikan cita-cita politik peribadi beliau agar PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat, berlaku. Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau yang paling setia dan hanya menerima arahan daripada beliau. Dr Shamsuri bertanggungjawab membasuh pemikiran TGHH agar sentiasa mengikut halatuju golongan yang anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

    Selain itu, beliau juga mencaturkan pemecatan Dr Dzulkifley Ahmad daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan digantikan dengan Hj Wan Abd Rahman (ada orang kata dia ni Doktor la, prof madya la, sebenarnya dia tak pernah dapat Phd, phd dia tak lulus kat Australia dan tak pernah dapat Prof Madya, membohong semua tu). Hj wan Rahman adalah rakan karib Dr Kayu. Oleh itu, beliau berjaya mencaturkan kesemua orang di keliling Hj Hadi, orang yang mesra UMNO dan anti Pakatan Rakyat.

    Itulah konspirasi jahat geng-geng terengganu-ukm, untuk memecahkan Pakatan Rakyat hasil irihati mereka kerana Negeri Terengganu tidak menang dan negeri lain yang PAS lebih lemah, boleh memerintah.

    Maklumat Dr Kayu boleh didapati di sini.

    http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/

    Gambar dia boleh google aje kat Kamaruzzaman Yusoff.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.