Skip to main content

Hadi muncul dari persembunyian di Syria.



Dan gua nak bertanya, sama ada postmortem itu dikongsi bersama awam atau kekal dalam akta OSA seperti postmortem kekalahan Terengganu 2008?

Kalau tetiba postmortem itu diawamkan, bermakna salah ahli lebih banyak. Kalau postmortem itu kekal bawah ISA, atau tangguh2 beli masa tunggu Melayu PAS lupa, maka, bermakna salah pemimpin tertinggi lebih banyak. Kalau postmortem 'bocor' kepada awam, bermakna salah pemimpin PAS bukan Terengganu lebih banyak.

Tunggu jer la dakwaan gua nih. Gua ahli sufi jugak ma..


Yer.. gua tahu. Kita rela kalah, asal Islam tak kalah. Macamana pun, falsafah Kepimpinan Ulama itu harus dimasukkan dalam bahan mentah Islam. Word Kepimpinan Ulama harus dimasukkan dalam Al-Quran dan Hadis. Kalau tak, kes ni pelik macam word trinity.

Asal ada kes jer lu kat luar negara, asal ada kes jer, lu kat luar negara. Macam gampang. Jadi wakil PBB la senang. Tak payah jadi Presiden PAS untuk Malaysia. Nak kata hebat dalam arena antarabangsa, tak jugak. Tak menggigil pun media Israel dan US akan Hadi Awang.

"Sir.. ni arahan dari Pengarah CIA. Sila pantau gerakan Hadi Awang."

"Jangan buat lawak la. Suruh pengakap kita pantau pun diorang muntah."

Takde.. takde. Mada ada tuding jari. Tu xenan dengan bebudak ni. Bukan gua.. fuck off. So, berani ke lu awamkan punca yang dah dikenalpasti tu supaya awam tak tuding2 jari tanpa punca?

Mana postmortem PAS Ganu 2008? Gua dah lama sangat puasa tuding2 jari ni bai.... ulama .. ulama.... kalau tak menipu, tak sah ma. Menipu dia dilapik bahan mentah. Macam manala gua nak respek mazhab..





Comments

  1. lama tak baca komen kapt-shiqaqi......

    hi3x

    ReplyDelete
  2. Saya ingat saudara AT kena baca buku 'Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyyah', 'Hizbullah&Hizbussyaitan', Islam&Demokrasi' dll., karangan Tok Guru Hadi Awang.

    Ada ilmunya di sana., yg saudara perlu tahu. Saudara bercakap ada betulnya, tapi kena ada pandukan saudara.

    Saudara diibaratkan seperti budak yg baru dpt berjalan., habis semua nk dilanggarnya.

    Dapatkan panduan., sayang dgn bakat saudara. Bimbang nanti kalau x mendapat bimbingan yg betul, saudara akan tersasar jauh. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. Adukataruna,
    Kalau nakkan lapuran post-mortem PRU 2008 untuk Trengganu,tak payah pergi keRusila,sebab seluruh geng tu dah ada menyorok diIbu Pejabat PAS,Jalan Raja Laut.Hadi Awang,Mustafa Ali,Harun Taib dan Bakar Chik - semua ada berendam macam ular sawa disitu.DiTrengganu dah tak laku lagi,sekarang nak coba jual minyak unta diIbu Pejabat PAS.Teringat skrip filem Allahyarham P.Ramlee "Masa kecil tak mau mati,dah tua reput menyusahkan orang pulak".

    ReplyDelete
  4. woi anon no 4, ada lg la geng ganu kat jalan raja laut tu,sabki yusof,tantawi beranak di besut,man pawi ust derih pun bini dia ganu gak,bereh.

    ReplyDelete
  5. tu lah wa dah cakap.... sepatutnya masa muktamar dulu bagi otai² menang.... yang lain tumpu untuk kekalkan negeri yang PAS baru menang n tumpu untuk PRU 13 nanti.... wa cakap camni bukan sebab wa taksub..... tapi berdasarkan keadaan semasa... kelantan sekurang²nya kedudukan PAS dah stabil.... tak banyak serangan dituju kat PAS kelantan lagi.... pemimpin² lain eloknya banyakkan tumpuan untuk kekalkan kemenangan pada PRU12 dulu n berusaha tingkatkan kemenangan pada PRU13 nanti.... ingat senang ke nak maintain kemenangan ni..... jenuh oiiii.... serangan segenap sudut.... tengok la di selangor.... kedah.... Perak abis dah..... kalau dah sekali kena rampas susah la nak dapatkan balik..... tengok la Teganu apa jadi..... sepatutnya pemimpin Teganu lebihkan tumpuan kat negeri untuk PRU13 nanti.... tak payah la menyibuk kat pusat nun..... ni tak abis² nak kejar pangkat.... last² kuasa negeri kena rampas peringkat pusat hanco....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  6. Ramai orang yg cuba menjatuhkan taraf Ulama' Mukatabar/Imam Mazhab, serta menghina mereka dgn berbagai2 cara. Umpanya mereka berkata:

    "Mereka itu (Ulama'), sama seperti orang2 lain juga, ..membuat kesalahan, ..terpesong dan x patut kita ambil/dengar pendapat mereka."

    Tujuan mereka tidak lain adalah utk menghapuskan khazanah ilmu Islam yg dibina oleh Imam2 tersebut.

    Pengkhianat terhadap Islamcuba mendatangkan keraguan ke atas peraturan & ajaran agama Islam.

    Mereka membahagikan serangan itu secara berperingkat2. Antaranya:

    1) Dimulakan dgn serangan ke atas Ulama’, kerana mereka sama seperti manusia lain juga.
    2) Serangan kepada para Imam Mazhab Fiqah, kerana mereka tidak ma’sum.
    3) Serangan kpd hadis2 Rasulullah, dgn mengatakan hadis2 telah ditambah atau diubah.
    4) Akhir sekali mereka akan menyerang Al-Quran.

    Jiwa mereka telah mendorong mereka kepada perbuatan demikian.

    Firman Allah SWT:

    maksudnya: “Mereka (pengkhianat) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

    Wallahu’alam.

    -FZY-

    ReplyDelete
  7. abanghensem kata:

    "sepatutnya masa muktamar dulu bagi otai² menang"

    Jwpn:

    Jawatan dlm PAS bukan ada apa2 kelebihan, lainlah mcm UMNO. Tetapi adalah tanggungjawab dan memerlukan pengorbanan yg banyak. Hinggakan masa dgn keluarga sendiri pun x ada.

    Latih diri utk berkorban dahulu, jgn hentam membabi buta.

    *

    "tak banyak serangan dituju kat PAS kelantan lagi"

    Jwpn:

    Kelantan dah lama diserang & disekat. Sekarang BN alihkan senapang pada negeri lain la pulak, ..antaranya Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah.

    Cumanya saudara kena faham realiti yg berbeza antara satu negeri dgn lain negeri. Juga saudara kena faham negeri mana yg PAS berkuasa penuh atau tidak.

    Tetapi boleh dijadikan itu sbg contoh., mcmana Kelantan menghadapi serangan BN.

    *

    "sepatutnya pemimpin Teganu lebihkan tumpuan kat negeri untuk PRU13 nanti.... tak payah la menyibuk kat pusat nun..... ni tak abis² nak kejar pangkat"

    Jwpn:

    Bukan menyibuk saudara., itu adalah tanggungjawab, ..saudara x tahu apa2, tapi cakap mcm tahu segala2nya.

    Saudara ingatkan pangkat dlm PAS dpt apa?? Mana ada apa kelebihan. Semuanya memerlukan pengorbanan yg tinggi.

    Saudara x mengenali lg sebenarnya. Teruskan kajian., cari maklumat banyak sikit. Lepas tu tapis maklumat.

    Selamat maju jaya..

    -FZY-

    ReplyDelete
  8. bro FZY,

    Wa paham la semua pemimpin pas bkn dpt apa2 pon jd pemimpin pas.Bab ilmu,akhlak,integrity ok, tdr masalah.

    Masalah nyer cam Nik Aziz ckp le.Bacaan politik yg betul n pantas.Banyak yg menang kat pusat baru2 ni..mcm melaut tah mana2 jek.

    Sile tgk komen KPP pasal bagan pinang.Mcm tak bape bijak jek.itu harakah bwk kuar..bkn pitnah utusan dah.

    Err..lu sedar tak komen die tuh tak bape bijak ni?

    ReplyDelete
  9. "Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu." Surah al-Hajj :11-13

    Intisari ayat
    Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

    Huraian ayat

    a. Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

    b. Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
    c. Bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

    d. Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

    FZY

    ReplyDelete
  10. "demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

    e. Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
    Firman Allah, maksudnya:
    "apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan
    'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan
    sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
    maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." Surah Al-Ankabut:ayat 2-3

    f. Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat terhadap apa apa yang terjadi disekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
    kesalahan dengan segera.

    g. Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
    i.Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
    ii.Sabar melawan nafsu.
    iii.Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri.


    h.Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

    i.Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

    Firman Allah, maksudnya:
    "jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
    yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Surah Al-Baqarah ayat 45

    j.Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

    FZY

    ReplyDelete
  11. Implikasi tidak tetap hati kepada Allah

    a.Akan memiliki Iman yang tidak teguh kepada Allah S.W.T. dan perkara yang wajib diimani.

    b.Ibadat mereka sia-sia kerana Allah S.W.T. tahu niat mereka yang tidak ikhlas.
    c.Hasil pekerjaan mereka tidak mendapat berkat

    d.Mereka adalah golongan munafik yang berpura-pura dalam beribadat dan mempersendakan Allah S.W.T.

    Bentuk ujian keatas manusia.
    a.Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

    b.Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

    c.Ujian ke atas orang perseorangan

    d.Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

    e.Allah S.W.T. berjanji setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


    Kepentingan sabar
    a.Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

    b.Melapangkan hati, tidak merasa runcing atau dukacita.

    c.Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

    d.Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

    e.Selamat dari gangguan mental dan emosi.


    Fakta2 Penting
    a.Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

    b.Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

    c.Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

    d.Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

    e.Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam

    FZY

    ReplyDelete
  12. saudara FZY...

    wa malas nak debat secara teori... wa tak tau lu ni asal dari negeri mana... tapi wa dah hampir 25 tahun di bawah pemerintahan PAS.... sebab tu lah wa bagi hujah wa merujuk kepada pengalaman ... bukan merujuk teori.... banyak transformasi telah berlaku dalam pentadbiran PAS kelantan... ni pun pandangan wa secara peribadi....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  13. pembohongan yang jelas bukan perkara karut!

    jumpa paklah tak ngaku. paklah kata dah 3 kali jumpa. dipersetuju majlis syura. kenapa tak kata dari awal? nampak sangat songehnya.

    ReplyDelete
  14. Saudara2 jgn fikir secara individu. PAS ada Majlis Syura Ulama'. Dan PAS sendiri terdiri ramai Ulama', kalau saudara nk cakap apa pun, saudara hanya bercakap secara individu.

    Tetapi tindakan PAS adalah tindakan secara Jamaah. Keputusan bukannya keputusan individu.

    Kalau PAS ni banyak sangat salahnya, dlm tu ramai lagi bijak pandai drpd saudara2 sekelian. Saudara dlm ni hanya tahu maki hamun sahaja, awal2 lg saudara sudah x berakhlak dan kalah.

    Berakhlak lah dulu.., kalau nk tegur pun, tegurlah, tapi akhlak jgn dibatalkan. Ini tidak.., bukan nak tegur, tapi yg banyaknya dendam.

    Bab berjamaah ni ada ilmunya.., saudara x kan dapat ilmu ini kalau sekadar menjadi pelajar jurusan Syari'ah.

    Ulama' mcm Yusoff Qardhawi pun mengakui.. Beliau belajar syari'ah di Universiti, tapi hal2 Jemaah Islam beliau belajar drpd Hassan Al-Banna. Itu Ulama' terkenal tu saudara.

    Tapi kalau dah sombong dlm diri menebal.., mcm Iblis laknatullah (abawastakbaro)., nk buat mcm mana? Belajar dulu. Baru boleh nk berhujah.

    Hujah x ada, tapi hajat nk lwn ULAMA'. ..JAKIM pun kecut telur dgn Tok Guru, ini saudara2 di sini. ..he, he, he, lawak aje lah.

    Jgn sembang kasi letup2 tapi abuk pun tarak.

    Wallahu'alam.

    fzy

    ReplyDelete
  15. Saudara Hussin.., dan saudara2 yg arif sekelian. Cari la info sikit, buat homework. Jgn bercakap perkara yg saudara x jelas.

    Isu2 yg saudara2 sekelian cakap ada jawapan dah. Sama ada saudara x jumpa jawapan, atau dah jumpa jawapan, tapi hati keras x nak terima (abawastakbaro).

    Buang sifat sombong dlm diri dulu. Itu sifat Iblis.

    Wallahu'alam.

    fzy

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.