Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Oct 14, 2009

Hadi dan Manchester United


apa gua nak dengar gak jawapan lu pasal soalan :
PRK k.terengganu ijtihad (?) TG Hadi menjadi nae takde Pujian?

7 PRK pakatan menang = kemenangan bersama 1 kalah = salah presiden ngan Hasan Ali je? macam dialog penyokong bola sepak je?
Lu nak jawapan standet blog gua ke, atau jawapan stendet berdepan dengan Hadi? Hahaha. Stendet 1 by 1 dengan Hadi, tunggu dulu lah yer. Waqi dia lain. Cewah..

Bhai... sapo kato den tak puji Hadi time PRK KT dulu? Den puji gak ma... lu selongkar la blog gua yang bersepah tanpa sistem tuh. Dulu ada pembaca suh gua buat label N3. Senang nak asingkan N3 gua kategori maki, kategori pemikir, kategori lawak, kategori santai. Bukan gua tak nak buat, tapi sebab gua bangang. Ngeee... ponek den terkial2 kat setting.

Memang Hadi bagus dalam PRK KT. Tapi masa tu baru lepas PRU12 ma.... gua ingat letak gua pun gua menang. Cuma gua rakam Husam bikin spoil ala2 dengki macam gampang bila dia buat stetment PRK KT menang pasal isu nasional. Pergi mampos la isu nasional ke, isu domestik. Janji PAS menang dan lu tak boleh bikin itu macam. Mana bleh sebarkan elemen dengki camtu pada awam kalau sesama jemaah. Nik Aziz yang terang2 secara peribadi pilih Mat Sabu pun ucap tahniah.

Tapi cam biasa la. Pro ma... tanya diri kita nih. Adakah kemampuan penyerang itu menyumbat gol kerana penyerang atau kerana defend terlalu lemah? Takan bodoh sangat kita nak menilai. Penyerang Hadi sumbat 7 gol bila lawan Man U yang kena main 6 orang sebab 2 injured, 1 kena buang padang, 2 bertumbuk sesama sendiri lu nak kata prestasi baik?

Skang ni, bila tiba Bagan Pinang, ketika Najib dah berjaya settlekan 2 yang bertumbuk tu, pun dah kalah dah. Baru Man U main 8 orang tuh. Pengundi pos kalah, Melayu kalah, gua tak heran. Ni yang India dan Cina kembali ke BN nih, yang gua tuntut Hadi beri kenyataan as Presiden.

Lu Presiden, lu kena tampil bai. Setakat duduk celah dapur Rusila, adik gua darjah 6 pun boleh jadi Presiden. Ni sapa Presiden lu bagitau gua. Hadi ke Mustapha Ali? Lu tahu masa Manek Urai menang tipis ari tu? Husam dan TGNA tampil sebelum 24 jam keputusan untuk beri kenyataan.

Skang ni, Hadi? Ulama pundek sekor ni? Jangan cakap Bagan Pinang, UG dia sendiri pun dia menyorok. Memang bodoh sungguh la ahli PAS pilih orang bodoh macam tuh.



Patutla gua cari celah dapur Rusila takda. Tapi cam biasa... lari ke luar negara. Tolonglah PAS. Lu cari lah satu pemimpin yang 100% boleh fokus pada politik Islam dalam negara. Tamak sangat jawatan dan amanah bikin susah la. Letak Hadi as 'Menteri Luar' PAS jer la. Biarlah PAS tawarkan pada gua dan semua Presiden untuk semua yang memilih dan komitmen settle bab Malaysia ni dulu.


20 comments:

Media Cyber said...

dia berani seketika jer... skg? tanya kat bebudak sape hadi awang sure tak tahu sape orang tua terkutuk tu

Anonymous said...

semasa PRK Manek Urai tu geng² otai maaa.... dia orang tau camne nak jaga ati rakyat yang dah hampir 25 tahun wala' kat dia orang.... lagi pun masa tu teruk PAS kelantan kena tibai.... jadi terpaksa la kena pertahankan diri.... nasib baik Mahfuz Omar ada bagi back up...... nak harapkan Nasharudin???.... silap² ajak UMNO kelantan buat UG..... kureng la skit pedih tu.... yang lain senyum dari jauh jer sambil kata dalam hati .... HE HE HE... PADAM MUKA PAS KELANTAN..... MENTANG² LA DAH MENANG LEBIH 20 TAHUN... INGAT KAMI HERAN KE.... LU ORANG TANGGUNG LA SORANG²... HE HE HE...

-abanghensem

Anonymous said...

ko dah jd ejen terbaik uk kelam-kabutkn otak org2 PAs kakakaka tahniah!walaupon dewang maki ko tapi tetap sokong, lebih amarah dr fakta

tak kira la ko agen syiah ke agen geng pemuda khafi ke atau yg cam geng anti hadis, ko punyer otak tuh ada persamaan ngan puak2 ni (yg penah gua borak ngan geng2 ni le)... ko berjaya sbb byk gua tgk blog ostadz2 jadian PAs ada link ngan ko nyer belog , congrats! taruk lagi kasi terbakar...

macai

Anonymous said...

Media Cyber kata :

"tanya kat bebudak sape hadi awang sure tak tahu sape orang tua terkutuk tu"

Jwpn:

Jaga mulut saudara. Jgn sedap2 menggelarkan Ulama' yg ikhlas sebagai terkutuk. Nilai diri dulu. Saudara x setuju., x jadi masalah. Tapi jgn cakap pakai lepas. Takut nanti makan diri.

Mudah2an saudara akan bertemu dgn kebenaran yg diperjuangkan oleh PAS, insyaallah.

Anonymous said...

Tok Guru ke luar negara atas urusan bisnes ke?? Kau banyak menipu dlm blog kau ni.

Kau banyak serkap jarang berdasarkan telahan kau aje. Betul atau tidak.., perkara kedua. Kau yakin, walaupun kau salah. Itulah kelebihan kau.

Tapi mengata/menghina orang dlm Islam hukumnya haram. Berlakulah adil sesungguhnya adil itu lebih dekat kepada takwa (maksud al-quran).

Kau buangkan dulu dendam kesumat kau. ..tapi itu kau punya pasallah. Berani buat berani tanggung. Nk buat mcmana dah baka kau dari keturunan kurang ajar.

Ulama' 4 Mazhab pun kau berani cerca dan maki hamun. Na'uzubillah. Seram aku dgn kau ni.

Nak bagi tahu kau; pangkat dlm PAS x ada pulangan lumayan. kalau ada yg sanggup silakan. Tapi x ramai yg sanggup sebenarnya, melainkan AT shj. he he he.

Apa2 hal pun moga Allah memberi hidayah kpd saudara.

Anonymous said...

Gua stj ngan abghensem.. Dlm PAS byk sgt parasite2 yg sk pecah belahkn jemaah..

saye said...

he he tq. jawapan pasal bola sepak boleh diterima.

cuma skrg ni yang byk gua dengar statement PR menang pasal rakyat tak nak BN bkn pasal PR bagus. dulu masa mula2 MAC 08 mahadet je yg cakap mcm tu he he

back to topic:
mengambil masa yang lama untuk, respon pada sesuatu isu yang besar mungkin bijak la kalau orang tu rakyat biasa, baru nak belajar analisa politik

tapi kalau kepimpinan yang buat akan nampak macam tak berapa pandai la or tak amik peduli. ala macam Pak Lah dulu
so bila pimpinan nampak lembab walau apa pun alasannya akan menampakkan kelembaban Parti di mata orang luar.

Hanz_Azdi said...

Aku tetap kata jawatan Presiden, Timbalan, Naib Presiden PAS semua tu bagi ler kepada Golongan Professional atau umarak atau kalau ada ulamak professional cam TGNA (yg lain aku tatau sapa) aku sokong depa tu...TGHH yg lemah lembut & sopan santun tu aku nampak lemah & lembik ler, tak menonjol (aku tak kata pasal perut)...perlu diganti segera..gulingkan sajalah..kalau tak boleh gulingkan, gulung saja dia tu. hehe..tu kira kasar dah tu..apa pun, time is up for more drastic measures..TGHH bukan orang yg paling sesuai sbg ikon 'PAS for all'...untuk ahli PAS sahaja (sapa-2 yg wala' tahap taksub tu), tu boleh ler..hehe!

Anonymous said...

Gua terkejut baca kenyataan Dr.Samsuri menyebut perkataan "penambahbaikan".Samsuri ini doktor apa? Selagi Ibu Pejabat PAS tu dipenuhi olih tunggul-tunggul lapuk dari Trengganu,jangan harap akan ada penambahbaikan.Roslan SMS dah dicampakkan dari jawatan S/U Akhbar Presiden.Dr.Samsuri ni pun sudah patut disingkirkan kerana dianggap sebagai "mengabehkan boreh saja".

Anonymous said...

So, skang kau nah akui bhw TGhh hebat dan berkemampuan di BP. Jd, kau tntu faham bhw dlm congak politik, manusia bisa tersalah taktik.

Cuba kau lihat Tgna. Dia hebat. Tp dia sndiri tersalah taktik sms di Manek Urai. Smpai kerusi tu hampir2 BN dapat! Kesalahan taktik ni lg bahaya dr salah taktik Tghh di bagan Pinang sbb Manek Urai tu kerusi kita.

Dan scr mudah, kau pun paham bhw Husam Musa calon kesayangan kau pun buat salah di PRKKT. Jd, kalau kau dh tahu semua pmimpin ni boleh dan mudah buat silap, buat ape kau nk suruh hanya Tghh letak jwtn? Suruh semua la, siap dgn salahuddin ayub sndiri sbg Pengarah PRaya. Even Mustapha Ali yg brjaya di PrkKT kau suruh buang pulak. Sohai apa kau ni?

Tugas pmimpin jemaah Islam ni tak senang. Payah. Dia bukan mcm Pemimpin sekular mcm Umno n PKR. Depa kdg2 xpayah pikir agama pun masa buat kerja. asal menang saja. Halal haram pi mampoih la.

Itu sebab pemimpin jemaah Islam mesti level ahlul aqad. kalo yg pimpin tu takat ilmu cam Najib, bek kita masuk umno je reramai. Even masa zaman Asri Muda yg pandai dan ada ilmu agama tu pun PAS lari dr perjuangan asal, nikan pulak kau nak suruh org2 biasa yg agama belajar sekerat utk ganti TGHH.

Aku ulang, aku setuju yg amat sangat jika TGHH ditukar jika ada pemimpin power pintar politik cam Che Det or Anwar tp kategori ahlul aqad, mujtahid yg boleh ganti. Kalau xdak, aku sokong TGhh n kau boleh jd bangang sorang2.

So, sapa calon?

Anonymous said...

Silap ayat awal. "skang kau nah akui bhw TGhh hebat dan berkemampuan di KT."

Anonymous said...

anon 12.53..

klu da jrg2 skali silap taktik, itu da kira excellent. Ni bkn kata slh, taktik hj hadi pn gua tk th. Yg gua tahu, jrg2 skali dia akn timbul. Tenggelam timbul. Pelik gak gua, presiden & timb presiden mcm mati segan hidup tk mahu. Dl ms kes UG, lancar je mulut srg2. Ape cer bhai? Larat ke nk lwn Najib ni? Ntah2, tersadai ms PRU13 nti.

-pendekar laut-

Anonymous said...

Pendekar laut, taktik ni kau kena bagitau semua orang ke? Kalau kau bgtau semua orang, tu bukan taktik.

Anonymous said...

Ramai orang yg cuba menjatuhkan taraf Ulama' Mukatabar/Imam Mazhab, serta menghina mereka dgn berbagai2 cara. Umpanya mereka berkata:

"Mereka itu (Ulama'), sama seperti orang2 lain juga, ..membuat kesalahan, ..terpesong dan x patut kita ambil/dengar pendapat mereka."

Tujuan mereka tidak lain adalah utk menghapuskan khazanah ilmu Islam yg dibina oleh Imam2 tersebut.

Pengkhianat terhadap Islamcuba mendatangkan keraguan ke atas peraturan & ajaran agama Islam.

Mereka membahagikan serangan itu secara berperingkat2. Antaranya:

1) Dimulakan dgn serangan ke atas Ulama’, kerana mereka sama seperti manusia lain juga.
2) Serangan kepada para Imam Mazhab Fiqah, kerana mereka tidak ma’sum.
3) Serangan kpd hadis2 Rasulullah, dgn mengatakan hadis2 telah ditambah atau diubah.
4) Akhir sekali mereka akan menyerang Al-Quran.

Jiwa mereka telah mendorong mereka kepada perbuatan demikian.

Firman Allah SWT:

maksudnya: “Mereka (pengkhianat) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

Wallahu’alam.

-FZY-

Anonymous said...

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu." Surah al-Hajj :11-13

Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

Huraian ayat

a. Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

b. Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
c. Bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

d. Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

FZY

Anonymous said...

"demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

e. Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan
'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." Surah Al-Ankabut:ayat 2-3

f. Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat terhadap apa apa yang terjadi disekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.

g. Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i.Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii.Sabar melawan nafsu.
iii.Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri.


h.Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

i.Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

Firman Allah, maksudnya:
"jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Surah Al-Baqarah ayat 45

j.Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

FZY

Anonymous said...

Implikasi tidak tetap hati kepada Allah

a.Akan memiliki Iman yang tidak teguh kepada Allah S.W.T. dan perkara yang wajib diimani.

b.Ibadat mereka sia-sia kerana Allah S.W.T. tahu niat mereka yang tidak ikhlas.
c.Hasil pekerjaan mereka tidak mendapat berkat

d.Mereka adalah golongan munafik yang berpura-pura dalam beribadat dan mempersendakan Allah S.W.T.

Bentuk ujian keatas manusia.
a.Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b.Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c.Ujian ke atas orang perseorangan

d.Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e.Allah S.W.T. berjanji setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar
a.Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b.Melapangkan hati, tidak merasa runcing atau dukacita.

c.Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d.Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e.Selamat dari gangguan mental dan emosi.


Fakta2 Penting
a.Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b.Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c.Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d.Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e.Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam

FZY

hussin said...

tgna hebat ilmu agamanya.
tghh hebat ilmu agamanya.
tgna dalam ilmu politiknya.
tghh kurang ilmu politiknya.
tindakan politik tgna berdasarkan kedalaman ilmu politiknya.
tindakan politik tghh bergantung kpd penasihatnya.
tgna berpolitik dengan ilmu politiknya.
tghh berpolitik dengan ilmu politik penasihatnya.
politik tgna bersandarkan pengalaman sendiri.
politik tghh bersandarkan pengalaman penasihatnya.
politik tgna seiring dgn ilmu agama.
politik penasihat tghh tidak seiring ilmu agama. lalu politik tghh adalah politik penasihatnya.

Anonymous said...

Saudara hussin, jgn tidur., bangun saudara, jgn nak buat perbandingan utk melaga2kan.

Saudara x di uji lagi. Saudara x berkorban lagi. Saudara membenci sebenarnya. x perlu sembunyikan perasaan saudara.

Berjuanglah dulu.

fzy

Anonymous said...

fzy,

Perbandingan antara TGNA dengan TGHA yang dibuat olih hussin(diatas) bukan nak melaga-lagakan antara TGNA dengan TGHA tapi sekadar nak memaklumkan kepada semua,khususnya ahli-ahli PAS bahawa TGHA amat dipengaruhi,amat mendengar hingga bolih dikatakan sampai ketahap "cucuk hidung" olih penasihat-penasihat disekelilingnya.

Kalau TGHA hebat ilmu politiknya,Trengganu tak akan terlepas kepada UMNO dan tak pula akan membiarkan Ibu Pejabat PAS dikerumuni orang Trengganu.Tak khuatirkah TGHA apa akan diperkatakan olih ahli-ahli PAS dari negeri lain,seolah-olah PAS pusat itu milik orang Trengganu.Yang bijak berpolitik tidak akan membuat kesilapan sebegini.

Untuk makluman fzy,tak perlulah nak suruh orang berjuang kerana dah penat berjuanglah maka ramai yang sudah bosan dengan telatah dan tindakan pihak atasan yang dianggap bukan nak memajukan dan memperkasakan PAS malah cuba hendak mengheret PAS kebawah dan kebelakang kerana kepentingan peribadi.