Skip to main content

Exco tumbuk : Penulis belaan ulama terbukti memfitnah.


Mahfuz nafi Exco PAS tumbuk tetamu – Sinar Harian
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menafikan dakwaan seorang Exco PAS dari Kelantan yang menumbuk seorang tetamu di Majlis Aidilfitri PAS Pusat di Taman Melewar Gombak, kelmarin.


Menurutnya, sepanjang beliau berada di majlis tersebut, tiada sebarang insiden buruk yang berlaku melibatkan pemimpin PAS.

Katanya, adalah mustahil untuk seseorang berbuat demikian terutama pemimpin PAS di majlis keraian seperti majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Tidak adalah, itu tidak benar, tak mungkinlah ada orang bertumbuk di majlis hari raya. Saya sendiri yang ada dari pagi sehingga ke petang di majlis Taman Melewar itu dan tidak dilihat sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sebuah laman blog bahawa terdapat insiden yang membabitkan seorang pimpinan PAS.

Blog tersebut mendakwa Exco tersebut telah melepaskan satu tumbukan kepada tetamu namun berjaya ditepis.

Exco itu juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat.

Penulis blog bagaimanapun tidak menyebut nama pemimpin itu dan beliau mendapat maklumat insiden berkenaan daripada rakannya yang berada di tempat kejadian.


Sebagai Ketua Penerangan, Ostad Idris memang perlu dan wajib mempertahankan serangan hujah, serangan propaganda terhadap party, termasuk Presiden. Wajib mempertahankan satu hal, kualiti pertahanan satu hal lain. Kalau bagi hujah open house, memang sah bangang la. Macam pelepah tamar nak lawan bom atom.

Di sini, penulis belaan team ulama UG, MSO; telah terbukti menyampaikan satu fitnah apabila Mahfuz menafikan apa yang disampaikannya. Jadi, di mana Ketua Penerangan bersama-sama kitab kuning, kitab2 mazhab, dalilnya terhadap satu serangan terhadap party? Double standard? :) Oppss.... lupa. Al-Quran dan Hadis diberikan berbeza kepada golongan ulama dan golongan bukan ulama.

Mengikut mazhab Shafie yang dipegang oleh para ulama berketurunan Melayu, dan bergeografi Nusantara;

HUJAH yang tidak dapat dijawab oleh kumpulan ulama adalah masuk dalam hukum FITNAH.

Manakala,

PERISTIWA yang diada-adakan oleh kumpulan ulama adalah termasuk dalam hukum HUJAH.

Jika anda berketurunan Melayu dan bergeografi Nusantara, sila wala terhadap ulama masing2. Ulama adalah pewaris nabi. Derhaka bermakna neraka.





Comments

  1. Betullah.... mana tuan Ketua Penerangan? Kenapa diam... Nasib baik kat PRK Bukit Gantang ustaz ni tak jadi calon. Kalau dia jadi calon tentu menang... lagilah dia jadi merak dan perasan.

    ReplyDelete
  2. ooo cenggini ek cerita nye... :p

    ReplyDelete
  3. jgn di ape2 kan MSO tue..ingat sume MSO tu kawan baik ulama,selalu brdamping ngan ulama,so kutuk MSO = kutuk kawan baik ulama = kutuk ulama (pewaris nabi) = kutuk nabi = kutuk....lu pkir la sendri..

    langkah mudah, sume mesti WALA!!!

    hahaha..dah mcm MLM la plak..

    -zargus-

    ReplyDelete
  4. teringin nak dengar komen pencinta ulamak pencinta Umno:

    1. searchforheaven
    2. ali zaidan
    3. malin
    4. zaragosa
    5. kapt shiqaqi

    sangka baik.......
    sangka baik.......
    sangka baik pada team ulamak pencinta Umno........

    biar jamaah berpecah,
    biar non muslim hilang percaya,
    biar undi beralih arah,
    biar gelombang rakyat disia-siakan

    yg penting kepimpinan ulamak terus dipertahankan dengan nyawa dan darah,
    ulamak mesti memimpin,
    ulamak mesti teratas,

    takde sijil agama?
    engko ape tau?
    aku ada ijazah Mesir
    aku ngaji pondok
    pegi melingkop la engko!

    ReplyDelete
  5. umno fitnah anwar haram

    geng ulamak fitnah sesama ahli jemaah halal

    idooppp ulamaaakkkk!!!!!!!!

    idooopp mamaaakkkkkk!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. bro AT,

    lu tau tak salasilah imam syafie yg lu kutuk2 tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.