Skip to main content

Berjumpa dengan ahli sufi.. (2)


Oleh : AdukaTaruna

Harakah pun berpindah tangan. Gua buat muka releks cam takda apa2. Tapi mata alert gile nak baca reaksi Datuk sekor nih. Dengan baju batik licin, seluar slack lembut. Sebijik macam Menteri UMNO.

"Apa beza ulama UMNO dengan ulama PAS?" Dia start bicara sambil belek2 Harakah. Nak gua jawab kang, ada ahli sufi plak kat sudut belah depan. Gua tak goyang hujah ahli sufi tu, tapi gua tak nak ganggu fokus dia dengan pesakit dia.

"Kerana politik, kita bertelagah."

"Tapi, jika dia seorang ulama, maka, dia tidak boleh memisahkan Islam dengan politik. Jika dia seorang sekular, tidak mengapalah, keran di dunia memang fahamannya begitu."

Gua balas sambil memberikan senyuman paling manis. Kalau Nora Danish ada depan gua, mesti cair kepala lutut dia. Iwan dah sengeh. Cam tetahu jer gua akan fight.

"Yer benar... tapi mengapa bertelagah?"

"Bertelagah sebenarnya terletak di bawah banyak tajuk, pakcik...." Gua senyum kat Datuk tuh. Ahli sufi depan sana, pergi mampos. Dia nak join meh sini.

"Jadi, pakcik pilih bertelagah di bawah yang mana... tajuk hujah atau tajuk bunuh-membunuh. Bertelagah setakat hujah-berhujah, atau sampai bunuh-membunuh?" Gua pancing... kalau dia tanya apa maksud gua bab bunuh-membunuh jer, memang Datuk ni, dengan ahli sufi sekali kono sembelih. Gua terus masuk bab Memali.

"Tapikan... macam apa yang Tunku buat pada Singapore dulu. Semua marah dan hina dia. Apa la bodoh serah Singapore pada Cina. Skang kita tgk bagaimana jauhnya pandangan Tunku. Skang ni Cina dah kuat." Anak bujangnya yang berhadapan dengan ahli sufi tadi turut menoleh. Datin pun sama.

Ceh.. masuk bab lain. Sah IQ tahap bangang. Penat jer gua pancing.. rupa2nya ikan ni terlalu bongok nak kenal umpan.

"Jadi, jika mengikut pada fahaman Tunku yang berpandangan jauh, kita wajib keluarkan Pulau Pinang dari Malaysia sekarang juga. DAP dah perintah." Gua senyum sambil sentuh lutut dia. Baik punya tikam.

Sekor2 diam bila kena tikam. Gua terus tikam lagi.

"Sebenarnya, apa alasan sekalipun, menyerahkan tanah air nenek moyang kita secara percuma begitu adalah satu kerja paling hina dan terkutuk. Loser." Gua senyum lagi.

"Kalau kita rujuk satu sejarah dari negara Cina, ketika diambang wujudnya Republik Cina, mereka sangat keras dan diktator. Jika tidak kerana diktator, maka, tidak wujud negara Cina yang besar dan satu. Mesti ada banyak." Datuk ni masuk bab lain la plak.

"Jadi, mengapa Tunku pilih cara loser dengan menyerahkan Singapore kepada Lee Kuan Yew?" Haha.. nak lari mana Datuk? Ahli sufi pun gelisah ikut anak mata gua yang sipi2. Nak join la tuh.

"PAS barua DAP.." Anak bujang dia menyampuk. Gua senyum.. ala... stendet bebudak, walau dia dengan gua dia maybe tua setahun dua dari gua.

"Bukan begitu.... kita tidak cakap PAS barua DAP..." Ayah dia dah segan akan kebudak2an anak dia.

"Tapi kita kena faham Cina. Dia tidak ada patriotik pada negara. Dari kecil sekolah Cina, bila besar dihantar ke luar negara."

"Begini pakcik. Mari kita kembali kepada zaman lampau. Kita drag time line ke belakang. UMNO adalah ciptaan pakar strategi British. Nama pun UMNO dalam bahasa Inggeris. Pcik bagi saya satu nama pemimpin UMNO yang mati atau luka kerana memperjuangkan kemerdekaan. Pakcik bagi saya satu nama..."

Senyap.

"Apa terjadi, jika Melayu ketika itu berjaya tewaskan propaganda Malayan Union dan pembentukan UMNO oleh British? Di mana kita merdeka melalui darah. Tidak perlu kontrak sosial. Tidak perlu ikut perjanjian. Tidak perlu iktiraf pekerja asing ketika itu sebagai warganegara? Apa jadi?"

Senyap. Ahli sufi dah stop bagi nasihat.

"Hasilnya Malaysia sekarang tidak ada sekolah Cina, tidak ada tulisan Cina. Semuanya digolongkan satu bangsa Malaysia. Satu jenis tulisan, satu jenis sekolah. Kita rujuk bagaimana Indonesia merdeka melalui darah."

Diam.

"Jadi, dengan berjayanya British mencipta UMNO, dan kini pcik sendiri mendokong UMNO, mengapa pakcik mempersoalkan hasil2 UMNO itu sendiri? Wujudnya UMNO, maka, wujudlah apa yang pcik rungutkan. Jadi, sepatutnya, jika orang UMNO tahu sejarah sebenar, orang UMNO sepatutnya lakukan apa terhadap UMNO?" Gua senyum.

Keadaan senyap. Ahli sufi pun dok gayakan tangan sesuatu. Ni tengah tengok diri gua nih. Ah... lantak la lu. Tak puas hati, test la tanya soklan. Ngeeee....

"Dik... adik ni kerja apa?" Datin memecahkan keadaan 'malaikat lalu.'

"Saya semua kerja saya buat.. kerja sendiri.." Sengeh.

"Jadi, begitulah yer.. nanti kalau ada apa2, telefon Pak Din. Insy.." Ahli sufi potong line. Ceh.. mana tau Datin ni nak offer gua bisnes baik punya. Niamakahai lu.

(sambung lagi...)

Comments

  1. Aduka, mak datin tu nak offer ekau jadi tukang angkat beg dio hahahahha dan tukang alahai tukang apo,, susah sangat nak nyabut nyo hah,,,,,, ekau pikir lah sendiri tukang apo ,, ekekkekekekeke

    ReplyDelete
  2. lu high expectation ngn iQ die.Ingat baju kain licin IQ tinggi ker..hehe

    asal lu sentuh lutut die?Dia bukan nora danish..hehehe

    ReplyDelete
  3. beringat aduka.... kalau muka lu ni jambu ke atau muka ala² penggoda ...... wa trus jer paham apasal Datin tu tanya lu keje apa.... musti dia ada satuy job yang lumayan untuk lu..... cuba lu agak apa tugas lu nanti..... hahaha
    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. cepat sikit smbg bro.tgh sdp wa bacakan kat bini wa,smbg lak.bini wa marah cite bsambung2 ni.haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.