Skip to main content

PRK Bagan Pinang : Ulasan AdukaTaruna

Oleh : AdukaTaruna

Memula skali, gua tetiba plak jadi warak lagi alim. Tak nak buat dosa banyak2 skang ni. Sebab negeri gua ada PRK di mana gua sangat berharap PAS menang. So, start hari ni, lu jangan heran kalau gua tetiba jadi ulama.

Gua mulakan n3 ni Dengan Nama Allah Yang Maha Ego, Maha Lemah Lembut. Lu tolong kesian kat kitorang ni wahai Allah. Skrip yang Lu sediakan tu janganlah payah2 sangat. Ikut stendet Melayu dah la. Amin.

Latar belakang N9 (Melayu).

Gua nak story panjang ni. Kalau agak2 lu jemu, lu pangkah jer blog gua. Gua memang nak hurai panjang lebar punya nih.

Beb. Dalam wadah demokrasi Malaysia, komposisi kaum masih relevan untuk diambil kira. Kita masih berada dalam 2009 bukan 3009. Obama si kulit gelap nak jadi Presiden pun ratus tahun la gua ingat. Memang kena ambil kira punya. So, kita masuk tajuk Melayu dulu.

Melayu N9 ni sedikit berbeza dengan Melayu Pantai Timur dan Melayu Utara. Melayu N9 adalah Melayu Selatan. Nisbah Melayu N9 dengan sekolah2 pondok gila lebar jurangnya berbanding Melayu2 yang gua sebutkan tadi.

Atau kata lainnya, Melayu N9, Melaka dan Johor dibentuk puluhan tahun tanpa roh perayaan penghulu hari Jumaat (kerana berkerja dan sekolah, letih beb), sekolah pondok yang sedikit, berdekatan dengan bandar besar KL, JB dan sebagainya.

Jadi, Melayu N9 (selatan) adalah majority low class, darah sejuk, cepat lupa punya, enggan prihatin, jenis tak kisah dan pelbagai sikap lain lagi. Ok. Apa yang gua nak cakap ialah, katakan Melayu negeri utara dan timur terbahagi kepada 50% PAS (BR) dan 50% UMNO, berbeza Melayu di selatan. Gua letak 60% BN dan hanya 40% PAS (BR).

Latar belakang N9 (bukan Melayu).

Yang bukan Melayu plak, gua ambil sama sahaja seperti mana-mana bukan Melayu yang lain. Cuma, sebelum dan ketika PRU12, bukan Melayu N9 sedikit fobia terhadap PAS. Kerana itulah PKR dan DAP boleh menang , tetapi kerusi PAS tewas banyak. Ini kerana, PAS N9 berjaya menyah-fobiakan pengundinya dari DAP tetapi tidak kepada pengundi DAP terhadap PAS.

Itu sebelum dan ketika PRU12. Namun, sekarang, dengan apa yang berlaku dan apa yang Allah takdir-susunkan, gua yakin, bukan Melayu lebih fobia terhadap UMNO berbanding PAS.

Pecahan pengundi.



Okeh. Kita masuk pecahan pengundi plak. Dun Bagan Pinang yang mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 14,192 ialah kawasan majoriti Melayu, sebanyak 66 peratus, dan pengundi Cina dan India masing-masing 10.5 dan 19.9 peratus.

Ikut pendapat gua di atas, 66% x 14192 = 9366.72 pengundi Melayu.

Jadi, hanya 40% daripadanya ialah jenis cerdik (PAS). Bermakna 40% x 9366.72 = 3746.688 sahaja Melayu yang mengundi PAS.

Ikut rekod PRU12, PAS memperoleh 4097. Dan ditolak dengan 3747, kita akan mendapat 350 orang sahaja bukan Melayu yang berani mengundi PAS ketika itu. Itu kata gua, di bawah ni kata statistik.

Dari lapan peti undi, PAS menang tiga iaitu di kawasan majoriti India. Faktor penentu di kawasan ini adalah undi pos yang mempunyai pengundi seramai lebih 5,000 orang.

Ini sejarah yang perlu kita ambil sebagai tapak asas. Pada gua, sokongan Melayu kepada PAS sudah tahap tepu untuk fasa ini. Melainkan pengundi baru daftar diambil kira. Tapi untuk fasa ini, daftar pemilih yang ini, PAS tetap tepu. Mengapa? Gua malas kutuk. Gua nak jadi alim lagi warak.

Jadi, fokus kita kepada pengundi bukan Melayu. Kita akan bincang dalam tajuk strategi.


Strategi.

Memang banyak juga pemerhatian gua yang silap, tapi gua mahu selamba badak mengatakan pemerhatian gua banyak betul dari silap. Kempen perkauman UMNO untuk tenaga buruh bawahan mereka banyak memberi damage kepada BN. Terbaru ialah demo kepala lembu.

Kalau gua Presiden PAS, gua akan membahagikan jentera kepada 2. Satu sasaran bukan Melayu dan satu lagi sasaran untuk Melayu.

Sasaran bukan Melayu.

Untuk sasaran bukan Melayu, gua tidak akan guna word atau label atau lambang BN sebagai musuh. Tetapi gua menggunakan word atau label atau lambang UMNO. Dan kita kecilkan skop bendera UMNO, gambar keris adalah gambar paling dibenci dalam bendera UMNO oleh bukan Melayu.

Pemerhatian gua, untuk keadaan ini, non Melayu memang benci BN, tetapi juta kali benci UMNO dari BN. So, banner2 dalam bahasa Cina dan India harus menggunakan word dan lambang UMNO jika mahu menyampaikan perbandingan, bukan BN. Jadi point pertama ialah gantikan BN kepada UMNO untuk kempen non muslim. Kita masuk point kedua.

Kalau gua Presiden PAS, Nizar gua akan usung keliling untuk seluruh peti2 undi bukan Melayu. Sepatah pun jangan cakap Melayu. Cakap India atau Cina sahaja atas pentas tuh. Kalau berani, kutuk Presiden sendiri sekali. Dia bukannya faham pun.

Itulah produk terbaik PAS bagi menghancurkan fobia bukan Melayu kepada PAS. Nizar dan rakan2 BR baru sahaja refresh persepsi dan moral mereka baru2 ini. Selain Nizar, gua akan minta ikon2 Kelab Penyokong PAS seperti calon bukan Melayu PAS Johor. Dan selain mereka2 ini, sudah tentu peranan Anwar Ibrahim ditagih.

Kalau gua Presiden yang tenggelam dan terkial2 seperti skang la. Kalau gua Presiden yang hebat dan karisma, merentasi sempadan agama dan bangsa, tak perlu sangat Anwar. Anwar yang perlukan gua. Jadi, point kedua ialah peranan Nizar, Anwar, KPP, keluarga TBH, diperlukan untuk sasaran bukan Melayu.

Seterusnya ialah PAS perlu jawab secara bertulis (dokumen khas) untuk semua isu dunia bukan Melayu yang berlaku. Jawapan mengikut dunia PAS. Contoh :

Teo Beng Hock - PAS bagi dalil2, ayat2 Al-Quran yang menerangkan keadilan sejagat. Menyejukkan hati mereka apabila memahaminya.

Demo kepala lembu - PAS rakamkan dalam dokumen khas itu tentang ayat Al-Quran yang meminta kita tidak menghina agama mereka dan jawapan2 yang indah dan universal. Paparkan keindahan Islam.

Arak / hal ehwal Islam : Pun sama gak. Lu ulama, lu lagi terer nak buat.

Sasaran Melayu.

Untuk sasaran Melayu, gua bahagikan lagi jentera ini kepada 2 lagi. Yakni sasaran Melayu 40 tahun ke bawah dan sasaran Melayu 40 tahun ke atas. Melayu 40 tahun ke bawah masih boleh disuntik dengan satu pandangan yang dia belum teroka. Tetapi Melayu 40 tahun ke atas, memerlukan pendekatan yang lain.

40 tahun ke bawah.

Sebab gua baru berumur sweet 18, gua tak berada tahu tentang dunia 30-40 nih. Kalau 30 ke bawah, maybe boleh dianjurkan futsal atau bola macam selalu PAS buat. Tapi 30-40 ni gua tak berapa nampak. So, pepandai la korang susun program, pendekatan dan strategi untuk tajuk kecil ini.

40 tahun ke atas.

Ini tahap totok beb. Kalau ikut cara gua, lu sendiri nampak bagaimana selama ini. Memang gua langgar, hantam secukup rasa punya. Makin lu keras kepala, makin keras gua buat. Takda bagi can punya. Tapi lu tak boleh la buat macam tu, sebab kita ada satu tajuk lagi bernama manipulasi media. Jangan buat perkara2 bangang bai oiiiii.

Maybe PAS perlu anjurkan kursus atau kelas poligami la untuk kempen tajuk 40 tahun ke atas nih. Mintak kumpulan poligami Ikhwan atau kumpulan Rufaqa bagi ilmu. Cadangan lah. Praktikal atau tak lu sendiri tapis kendian.

Perang saraf.

Perang saraf untuk mematikan senjata BN sangat perlu. Sebagai contoh, BN akan guna senjata pembangunan. Jadi, PAS perlu tembak-jatuh senjata itu dahulu seperti sindir Bagan Pinang Anak Kandung BN. Seorang tokong PAS perlu umumkan ini dahulu bagi mendamagekan peluru itu.

Contoh lain ialah pengundi hantu. Somebody PAS perlu umumkan kenyataan seperti "Culaan yang dilakukan PAS menunjukkan PAS menang. Tetapi tidak apabila dicampur dengan undi pos." atau "Kita ucapkan tahniah kepada UMNO (kurangkan guna BN) kerana mempunyai 5000 undi pos."

Kesimpulan.

Pada gua, selain Kelantan, pengundi lebih kepada isu2 nasional. Namun, isu2 setempat janganlah pula diabaikan. Jika PAS boleh susun dengan baik, kejahatan yang tersusun memang boleh tewas. Peranan terbesar, fokus terbesar harus dihalakan kepada sasaran bukan Melayu, kerana pada gua pengundi Melayu sudah dalam keadaan tepu (bukanlah bermaksud diabaikan terus).

Tenaga Nizar, Anwar, Gobala, DAP, PKR sangat2 diperlukan, memandangkan KPP masih lagi berstatus 'under world' di dalam PAS. Gua tak pasti lagi sama ada gua boleh gila gaban macam blogger MSK, AL-Banjari, Topeng_Perak memberi liputan untuk korang sepanjang fasa ni.

Sebabnya gua dah banyak kali story.. gua jenis air liur jer lebih. Istiqomah memang out punya. Kalau gua punya satu2 minat tu statik tanpa jemu, gua ingat gua dah bergelar pemain bola pro dah ni. Kuang3...

Sekian N3 alim lagi warak dari AdukaTaruna

Comments

  1. salam..

    cukup,,cukup..cukup cun!

    salam ramadhan..

    wassalam..

    ReplyDelete
  2. ingatkan ada hadis / dalil lah sampai entri jadik alim.

    ReplyDelete
  3. alim tak semestinya ada hadis/dalil beb..... alim tu maknanya berilmu... maksud alim ni luas tak kiralah dari sudut apapun... jgn cuba disempitkannya... adios

    ReplyDelete
  4. SPR memaklumkan Tiada pilihanraya dan arwah kekal di kerusi tersebut sampai kiamat...hehehe

    ReplyDelete
  5. Umno patut jgn bertanding. pilihanraya kecil tak memberi manfaat kpd rakyat dan membazir wang parti..itu jawapan najib masa di Penanti.
    aduka..kalau Pas buat kursus poligami habis semua pengundi wanita pangkah Umno hah haa....

    ReplyDelete
  6. ..bukan kah bagus kalau cara penyampaiannya begini.

    isi yang bernas mudah diterima pembaca.

    apakah perlu banyak kali p/raya kecil di negeri 9 untuk membentuk saudara dalam berbahasa dan beradab?

    walau apapun, saya cukup kagum dengan idea dan cara saudara berfikir.

    teruskan menulis saudaraku aduka taruna.

    ReplyDelete
  7. BRO DUKA!?..LU LILIT SERBAN DAN PAKAI JUBAH X MS TULIS ARTIKEL NI?..KE LU TAIP SEBELAH TANGAN JE SEBAB SEBELAH LAGI PEGANG TASBIH?

    WAKAKA

    ReplyDelete
  8. woi aduka gila!

    berani kau kata Allah tu EGO?

    kau menempah ajal!

    aku isytihar jihad akbar menentang engkau aduka derhaka!

    wahai kumpulan kepala lembu, ayuh sertai daku!

    andai gugur syahid menanti!

    takbiiirrr!!!!

    ReplyDelete
  9. mua ha ha AT melayu nogori lak, kan ko masuk ISA lak At he he...


    fanatik

    ReplyDelete
  10. Wahai PENJILAT ULAMAK ekau ni bingai lagi BEBAL serta JONGGOS,,,,,
    ALLAH TAALA MEMANG EGO!!!!!!!!! hahahahhahah.......... tak puas ati datang umah den BELAJAR laie HAHAHHAHAH....

    ReplyDelete
  11. Rasanya UMNO dah tak peduli dah undi dari cina,india tu.Dia akan memaksimumkan isu perkauman bagi mengaut sokongan 66%pengundi melayu tu.Kalau ditakut takutkan melayu misalnya N9 jatuh dan cina dap yang jadi MB,camno PR nak tangkis Aduka?

    ReplyDelete
  12. Petugas kempen Pas akan terkepung nanti oleh gerombolan umno totok dari seluruh N9 dan johor.Mereka dah tentu akan guna taktik jahat cam ko jugak aduka nanti..ko kena plan secara brutal sikit.

    ReplyDelete
  13. hahaha.... sepatutnya lu kena gelar lu ni ulama aduka.... bagi untuk kerusi ni cukup asal PAS menang.... walau majoriti 1.... wa tau ni kawasan BN/UMNO..... untuk seimbangkan pengundi POS tu lah PAS/PR kena pastikan sokongan maksimum pengundi untuk mengundi calon PAS ni.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  14. Astaghfirullah..
    Allah Maha Ego? mana letak iman ni?

    "Lu tolong kesian kat kitorang ni wahai Allah. Skrip yang Lu sediakan tu janganlah payah2 sangat"

    apa ni? dah bijaksana sgt ke sampai macam ni punya bahasa??Kau ingat berdoa pada Allah mcm ckp dgn member??

    hey..Islam ke tak ni?? baca Quran ke tak nih?? EGO tu nama 99 yang mana?

    Dah tau umur baru 18, jangan nk kurang ajar tulis macam tu...entah2 muqaddam pun tak habis..tu pasal suka2 letak sifat Allah macam tu..ckp 'lu-gua' dgn Allah...mak bapak ke..cikgu ke..tak ajar ke??????

    ReplyDelete
  15. wahai Anon 6.48

    lu bahasakan diri lu dgn abah lu 'saya' kan?
    lu bahasakan diri lu dgn Allah 'saya' gak ke?

    kalau aduka tu 18 takde la dia pegi mengundi tahun lps..lu ni nampak sgt tak kenal budak aduka tu siapa...tak kenal maka tak cinta....wakakaka.....

    ReplyDelete
  16. WAHAI PENJILAT ULAMAK N ANOM 6.48...SEMEMGNYA ALLAH ITU MAHA ZALIM, MAHA SOMBONG. BUKANKAH SOMBONG ITU SAMA DENGAN EGO. SEBENARNYA LU BERDUA NI KENA BELAJAR BETUL. AKU SYORKAN LU 2 EKOR P BERGURU DGN TOK GURU NIK AZIZ. INSYALLAH NATI KO FAHAM. TOK GURU NIK AZIZ PNAH KATA YANG ALLAH ITU SAMSENG=GEDEBE. FAHAM BETUL. LU P TENGOK ASMA ALHUSNA. BACA N TGK MAKSUDNYA. FAHAM BAIK2!!!!

    ReplyDelete
  17. hahaha... pasal ayat Allah maha Ego pun nak kecoh ka.... korang pegi nuntut ilmu agama bebanyak la..... appara.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  18. "Allah maha ego...."

    aduka taruna.....tulisan anda menggambarkan ilmu anda....

    bagi yang faham dia tersenyum.....
    bagi yang xfaham dia ternganga.....

    kalau nak tahu betul ke tidak apa yg adukataruna ni tulis.....

    maka mengajila...

    cari ustaz pastu belajar....

    ReplyDelete
  19. idea lu memang hebat la AT

    lu pegi bagi tahu haris ibrahim idea2 lu ni

    dia tgh kumpul blogger BR untuk attack umno

    tq

    jibam

    ReplyDelete
  20. Dari siang tadi aku cari kamus sekolah tadika anak aku, nak hadiahkan kat anon 6.48 tuh...,

    Tolong tanyakan tengok, masa sekolah dulu BM dia dapat berapa...? sampai teruk sangat tahap kebebalannya...

    ReplyDelete
  21. Ego adalah sifat Allah FULL STOP!!!
    x boleh nak dipertikaikan lagi! kita x boleh mengelip mata sekali pun tanpa izin NYA!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.