Skip to main content

Presiden PAS dah lancarkan perang saraf pertama.

Bagan Pinang Milik PAS Sebenarnya Jika Tanpa Undi Pos

Takdir Allah s.w.t. memanggil pulang hambaNya yang bernama Azman Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Maka terdedahlah satu fenomena pelik mengenai kedudukan sebenar kerusi Bagan Pinang. Peliknya ialah setelah diteliti, terdapat 5,000 undi pos yang menyebabkan kemenangan Barisan Nasional di situ. Rekod menyaksikan di dalam pilihanraya umum yang lalu UMNO memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, calon BN menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi. Di Permatang Pasir cuma ada 8 undi Pos.

Satu tindakan awal yang baik. Namun tenggelam akibat kepanasan kuil Selangor. Dalam gerak kerja politik fasa terkini, kategori internet BR tak perlu risau, malah BR sudah mendahului dengan cemerlang.

Tapi kategori media konvensional, BR atau PAS untuk PRK ini perlu berfikir bagaimana mahu menempatkan kenyataannya dalam media konvensional. Ini adalah sasaran sukar. Silap sikit pasti dimanipulasi.

Ada 2 ikon PAS dimana media konvensional suka untuk menyiarkannya dengan niat serong. Yakni Hadi dan Nik Aziz. So, gua cadangkan Nik Aziz boleh ulang motif syurga dan neraka pada sidang media bertujuan menempatkan kenyataan itu dalam media konvensional. Mungkin seperti ini :

"Islam itu lengkap dan tidak boleh diambil separuh2. Kentut dan berak pun ada hukum, inikan pula perkara sebesar undi. Patuh atau tidak patuh manusia kepada hukum itulah penentu syurga atau neraka. Dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya."

Mungkin media perdana akan spin dengan tajuk Undi Penentu Syurga atau Neraka : Nik Aziz. Tapi, tersembunyi perangkap samar yang anytime menjerat UMNO apabila silap menggunakan isu itu.

Kalau UMNO menggunakan Majlis Fatwa, Nik Aziz boleh counter dengan cabar Majlis Fatwa bersekemuka dengannya secara open. Dan berdasarkan pengalaman Majlis Fatwa ketika Permatang Pasir baru-baru ini, mereka sudah termalu dengan Palaestine-plastik. Sehingga media terpaksa menyiarkan transkrip penuh kenyataan Nik Aziz. Transkrip penuh Nik Aziz adalah satu kenyataan berbisa dan tepat kepada ulu hati.

Kalau UMNO menggunakan pelbagai lulit lain membincangkan 'kesesatan' Undi Penentu Syurga dan Neraka Nik Aziz, semakin lama, semakin terbongkar kerasionalannya.

Semua ini sebenarnya bermotif menempatkan mesej di dalam media perdana, di mana sejumlah besar ahli UMNO terpinggir dari dunia internet. Jika PAS dapat swing besar Melayu ditambah swing besar bukan Melayu, undi pos akan menjadi tangga yang menimpa UMNO setelah jatuh. Undi pos akan memalukan UMNO jika ia hanya menang undi itu.

Isu perkauman.

Berdasarkan dialog depan berdepan, duduk semeja dengan kontraktor UMNO baru-baru ini, gua menjumpai bagaimana ahli2 UMNO dibentuk dengan doktrin khayalan. Gua bagi contoh :

1. Ini maklumat sulit yang gua terpaksa dedahkan kat lu. Perak adalah tanah yang subur uranium. Skang ni Singapura melalui DAP sedang cuba menguasai uranium. Lu tahu tak uranium ni boleh buat apa?

Ini adalah antara doktrin yang gua dedahkan kat lu orang. Hujah balas senang jer. Memang petik jari jer. Cuma gua nak bagitau lu apakah yang berada dalam minda setiap ahli UMNO.

So, kita kembali semula kepada motif dapatkan swing besar Melayu untuk tewaskan 5000 undi pos. Untuk dapatkan swing besar Melayu harus matikan doktrin khayalan tahap kanak-kanak ni (jangan duduk atad bantal, nanti kena bisul).

Caranya ialah dapatkan somebody icon PAS. Gua pilih Hadi. Hadi cabar debat tentang Pengkhianatan Melayu dengan siapa sahaja wakil UMNO, hatta Ketua Cawangan. Pada sekian haribulan, di sekian tepat, saya akan tunggu dan bersedia.

Skang ni sifat2 ekslusif kena terajang ke tepi. Pedulikan siapa taraf ahli UMNO itu untuk berhadapan dengan Hadi. Fasa skang cukup untuk dia sahut cabaran atas nama UMNO. Kes ini unik dan mempunyai nilai berita yang tinggi. Penduduk tempatan akan tertanya2. Maruah ahli UMNO akan bergolak untuk mengetahui siapakah yang berani berhadapan dengan Hadi. Sahut atau tidak sahut, UMNO pasti damage.

Taraf Tantawi, taraf Husam takda nilai berita. Hanya 2 ikon PAS sahaja yang diminati media UMNO. Hadi dan Nik Aziz. Nasha? Lu jangan paksa gua buat dosa. Skang ni gua taip sebelah tangan jer nih. Sebelah tekan keybord, sebelah pegang tasbih.

Kesimpulan.

Hanya itu sahaja cara kita menang. Yakni maksimumkan undi penduduk. Jangan lu harap SPR mansuhkan undi pos. Kalau Hadi ego nak buang sifat2 eksklusif, gua tak tahu la. Ni kerana ulama ke kerana Islam ni? Ego tu pakaian Allah, bukan pakaian ulama.


Wahai Allah yang Maha Ego...

Entah apa la motif Lu untuk takdirkan kita semua melalui PRK di Bagan Pinang,

Satu kawasan yang ada 5000 undi pos,

Satu pembolehubah yang memang kompom tak boleh menang bagi kitorang nih,

Kalau motif Lu nak tunjukkan undi pos boleh ditewaskan, terima kasih la banyak2,

Gua janji gua akan tempeleng sapa2 yang riak dan bongkak selepas kemenangan itu,

Kalau motif Lu nak tunjukkan cara-cara tewaskan undi pos, mudahkanlah kepala2 otak kitorang ni untuk faham,

Kalau motif Lu nak tunjukkan sifat perkauman, sifat pelampau musuh2 Lu, Lu lindungilah kitorang ni akan segala kejahatan dan akibat dari tindakan mereka.

Amin....


Comments

  1. Terbaik lah bro..kekalkan momentum posting anda...

    jgn mencarut..

    ReplyDelete
  2. awesome!!

    tp wa xrasa org pas baca blog lu..
    semua panas hati je ngan lu..haha
    so wa syorkan lu lantik abanghensem jd jurucakap lu dlm mosyorat pas..
    kalau dia gagap pun at least muke die ensem utk ditatap..wahaha

    -orangjauh-

    ReplyDelete
  3. sbelah taip sbelah lagi pegang tasbih..... lu buat apa pegang tasbih? lu bilang buah tasbih ke???.... hahaha

    bro.... kalau sebut pasal uranium ni satu jer wa teringat..... komik dewata raya... ada sorang mamat ada hikmat ala² tenaga uranium..... perghhh!!! meletop!!!!

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Bhai...

    Perak bukan ader banyak Uranium... tapi Thorium (Th 90) ... ada dalam sisa bijih timah... Benda nie la digunakan sebagai ganti heavy water dalam industri penjanaan tenaga elektrik menggunakan reaktor nuklear.

    Cuba lu taip perkataan "Amang" kat dalam Google. Sure ader info benda tue..

    Gua masa sekolah rendah dah tahu benda nie... yer la.. gua duduk kat Lembah Kinta... bapak gua kerja ngan syarikat bijih timah nih... hehehe

    ReplyDelete
  5. "Skang ni gua taip sebelah tangan jer nih. Sebelah tekan keybord, sebelah pegang tasbih"

    gempak la lu duka.tapi wa tetap harap lu maki je yang x betul tu.jangan simpan lama lama.

    -toyong-

    ReplyDelete
  6. Aduka,,,, sobolah tokan keyboard dan sobolah tanga ekau tu buek apo.... den dah pikir lain macam joo niii,,!!!!

    ReplyDelete
  7. hahahaha bagus la lu tak maki2 lagi dah...wa lebih berminat nak baca blog AT nie tanpa ayat maki2 ulama...kalau kita betul sekalipun, bukan tiket,lesen untuk kita memaki orang suka2 hati kita ja.....kalau idak samala kita macam geng kepala lembu nuh...memaki orang ikut sedap aja...hahahahah

    ReplyDelete
  8. lu dah glamour bro... kekalkan identiti lu.... kalau lu ikut cakap dorang suwuh lu jgn maki2 lg mak akan hilang ler identiti sebenar lu bro.... adios slmt berjuang bro "PAS 4 ALL"

    ReplyDelete
  9. wa rasa Ramadan kali ni dah ajar si Aduka ni berhati-hati menaip ... tapi tang pegang tasbih tu wa pocah porut gak la...ok la keep it going...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.