Skip to main content

Perutusan Khas Aidilfitri Ulama AdukaTaruna

Oleh : AdukaTaruna

Dayat sms gua yang dia dressing pagi raya sebijik macam ulama. Ini tak bleh jadi. Gua pun nak jugak dressing ulama beb. Dari kecik tak pernah dressing ulama. Tapi bila fikir2 balik, equipment ulama tu gua takda, maka gua batalkan niat gua. Serban takda, jubah pun takda. Ikat serban pun gua tak pandai.

Maka, pendekkan cerita, untuk perutusan khas ni, gua dressing asobiyah Melayu punya. Full set Baju Melayu siap samping. Tahun di gua siap pakai songkok beb. Tak pernah gua pakai songkok sejak raya lepas SPM dulu. Kalau samseng songkok tinggi tengok gua mesti dia terkesima punyalah.

Dari Abu Hurairah Rodiallahu anhu... kolaa... pergh.... gila punya intro beb. Ni kalau Tantawi baca mahu dia tersedak nih. Gua baca kenyataan Tantawi bab ziarah kubur jangan sampai jatuh wajib. Cantik punya penjelasan. Cun. Gua pun baru balik dari kubur nih. Dalam hati memang tak wajib, cuma sebab gua ni setahun sekali jer, takpalah ziarah kubur dan buat apa yang patut setahun sekali. Melayu ma...

Sampai kubur macam pesta dah. Siap ada jual bunga untuk tabur dalam peket plastik. Ini dah macam Hindu dah ni. Surat khabar pun ada jual kat kubur. Jalan depan sket. Eh.... apek eskem pun ada. Wah... dah macam expo nih. Seb baik gua tak jumpa jual seluar jeans.

Balik2 dari kubur, tu dia...... memember adik gua paling kecik sudah berlonggok depan rumah gua menanti kapten dia balik. Tak sempat enjin kete mati, adik gua dah turun. Nak jaga hati anak2 buah dia la tuh. Memember adik gua datang beraya, selagi tak dapat duit raya, selagi tu la diorang tak balik. Ni dah kira politik tawar-menawar gak nih.

Kejap lagi gua akan travel pusing N9 Timur. Pes rumah Pak Long gua dulu. Arwah Paklong n Maklong gua yang meninggal dunia selang 2 dulu. Lepak dalam setengah jam, blah ke rumah Hokage gua. Nenek gua yang satu2nya masih ada. Semua berkumpul kat situ. Then belah malam, rumah Pandak gua plak. Sebelum pulang ke Seremban semula.

Kepada korang, hati2. Yang memandu baik, yang main mercun baik, yang masak baik, hati-hati. Selamat hari raya. Maaf dan ampun dari gua.

AdukaTaruna

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.