Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 2, 2009

Pengerusi SPR masa kecik2 dulu.

Oleh : AdukaTaruna

Masa kekecik dulu, dalam darjah 2, pengerusi SPR skang ni satu sekolah dgn gua. Dia jadi Ketua Pengawas. Lu bayangkan darjah 2 jadi Ketua Pengawas. Niamakahai. Nak kata ensem, 10 kali lagi ensem gua. Rambut gua tegak2, rambut dia time tu belah tengah gua cakap lu. Ala2 Berg la. Haha.

Setelah gua selidik dan siasat, rupa2nya bapak dia Guru Besar sekolah kat situ. Ceh.. patutlah. Dah la Guru Besar, Ketua UMNO cawangan plak tu. Misai tebal ular sawa.

Nak dijadikan cerita, satu kes telah berlaku. Pengerusi SPR ni, apa nama.... (baca ala2 Mahathir), Abdul Aziz telah ponteng selama 2 hari berturut2. Mengikut undang2 sekolah tu, yang bapak dia sendiri cipta, sapa2 berjawatan tak hadir sekolah 2 hari berturut2, tanpa kebenaran kena lucut jawatan.

Dah kecoh beb. Semua tunggu pengumuman Guru Besar jer la. Tapi Isnin depan la sebab perhimpunan besar dan lama setiap Isnin. Cari alasan la tuh.

Isnin pun tiba. Semua berhimpun. Lepas cikgu2 lain berucap, tibalah waktu paling lama sekali nak berdiri. Yakni Guru Besar berucap. Gua ambil part paling penting jer la.

"Dengan ini saya mengisytiharkan, bahawa Abdul Aziz kekal Ketua Pengawas kerana dia tidak hadir pada minggu yang berlainan. Satu hari Jumaat minggu pertama, satu hari Isnin minggu kedua."

"Dah agak dah....." Terdengar satu suara agak biadap dari kalangan murid2.

"Lagi pun, Abdul Aziz tidak hadir dalam 2 jenis pakaian berbeza. Hari Jumaat dia pakai baju Melayu. Hari Isnin tu plak dia pakai seluar sekolah jenama Big Jeans."

"Dah agak dah...." Terdengar satu suara dikalangan barisan guru.

"Lagi pun dia ponteng dalam 2 keadaan berbeza. Hari Jumaat dia mandi lombong. Tapi hari Isnin dia pergi main bidio kat Wisma Punca Emas."

"Mampuih p la....." Terdengar suara dari pekerja kantin.

Bodoh piang.

Sepatutnya, pada gua yang tahap bangang gak undang2 ni, kuasa isytihar kosong atau tidak pada Speaker. SPR hanya jalankan urusan pilihanraya.

Speaker isytihar lucut jawatan - SPR ready untuk pilihanraya - UMNO fail bantahan di mahkamah. Baru betul.

Di dah SPR pulak jadi hakim. Gua yang bodoh ke, sistem kerajaan yang bodoh ni?

3 comments:

Anonymous said...

aku yang lurus bendul ni percayalah cerita kau konon2nya pengerusi spr satu sekolah ngan kau. darjah 2 dah lantik jadi ketua pengawas. berkias rupanya...

~sarinilam

uma said...

kene check apa peranan SPR..
apa tugas
dan tanggungjwb diaorg
dan kuasa yg diaorg ada.

Corong Kita said...

salam bro,

aku nak minta izin plagiat entry ko nih.

sori bro, nak cepat ni teraweh....

makaseh....