Skip to main content

Pembaca blog Bagan Pinang, meh sini lu orang.

Oleh : AdukaTaruna

Kecuali Abang Derih, sesiapa pembaca pro Barisan Rakyat yang sesat masuk blog gua, gua ada satu permintaan nih. Nak mintak tolong. Tak dapat tolong, gua tempeleng. Kira ugut la nih. Haha.

Okeh camnih. Kalau lu orang Bagan Pinang atau kawasan berhampiran, dan ada streamyx, dan ikhlas nak tolong, minta hubungi gua atau Wak Al-Banjari.

Gua : adukataruna2008@gmail.com
Wak : Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129


Storynya begini. Blogger pro BR yang akan turun tempat lu maybe beratus orang beb. Tak semua yang ada broadband. Yang ada broadband pun kemungkinan besar jenama berukban. Jadi, kalau lu orang buleh volunteer sediakan streamyx lu orang sebagai 'hotspot', kira cantek lah. Semoga Allah balas kebaikan lu.

So, kalau lu setuju, lu inform kat gua atau wak, dan kitorang akan pasang modem wireless dalam rumah lu. Paswot hanya lu dan blogger BR jer tahu nanti. Bermakna, diorang tak kacau kehidupan lu. Just bertenggek kat luar pagar rumah lu kejap, on laptop dan update untuk tatapan seluruh dunia.

Habis kempen, kalau atau menang, kitorang hambek la balik modem wireless tu dari rumah korang sambil mengucapkan tenkiu 21 kali. Amacam? Buleh? Tak baik kedekot2 ma.... Kalau kedekot sampai bila nak maju? Rosmah pun dah nak jadi driver F1 dah. Maju beb Malaysia. Sampai Lotus kena reka helmet yang tidak merosakkan jambul.

Akhir kata, hubungilah gua. Kalau segan akan keenseman gua, hubungi wak, walau antara gua dengan wak, wak lebih buaya.

Comments

  1. Bhai..

    kalu mau wireless equipment... kasi tau gua... gua ader dua unit nie dalam tangan... lokasi.. kemaman..

    ReplyDelete
  2. haahha...bab port lu satu lawak...bab helmet ROSMAH tew yg wat gua pecah perut..agak2la wei...
    erm..nak tnya bayaran camner? takkan free dengan tengkiu 21 kali jer?

    ReplyDelete
  3. alah... lu bagi pree jer la modem wireless kat tuan umah tu... dakpun buat gini.... kalau PR menang lu ambik balik modem tu sambil ucap tengkiu 21 kali pas tu lu mintak tuan umah buat air kat lu..... tapi kalau PR kalah lu kena bagi kat tuan umah la modem tu..... lu kuar umah tak payah ucap apa² ..... buat bodo jer.... hekhekhek

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. kampung biras aku kat kg paya, lebih kurang 5 kilo jer dari bagan pinang.

    tapi aku tak tau la rumah kampung dia ada stremix ke tidak. nanti aku confirm balik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...