1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Sep 1, 2009

Kota Siputeh: SPR tentukan hari ini


PUTRAJAYA 31 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan esok sama ada perlu diadakan satu pilihan raya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah berikutan kegagalan penyandangnya, Datuk Abu Hasan Sarif (gambar) menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mesyuarat yang akan bermula pukul 10.30 pagi di ibu pejabat SPR di sini itu akan meneliti segala dokumen berkaitan antaranya sijil cuti sakit (MC) Abu Hasan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan surat Speaker DUN Kedah memaklumkan kekosongan kerusi.

''SPR akan kaji kesemua dokumen ini dari aspek perundangan.

''Keputusan muktamad terletak di tangan SPR sama ada berlaku kekosongan luar jangka di kerusi DUN Kota Siputeh. Keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abu Hasan yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut didapati tidak hadir dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lalu tanpa kebenaran.

Berikutan itu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, jika mana-mana wakil rakyat tidak hadir dalam dewan dengan tiada kebenaran Speaker dua kali berturut-turut, tempatnya itu hendaklah dikosongkan.

Menurut Speaker itu, artikel tersebut jelas membuktikan Abu Hasan telah melanggar peraturan tersebut dan beliau tiada ruang budi bicara dalam hal ini.

1 komentar:

Anonymous said...

bosannya...buat bazir duit dan masa je buat pilihanraya. Wakil PR memang menyusahkan. Jangan sampai rakyat bosan!

Lagi satu, apa makna bendera bulan bintang di atas merah putih? Nak bergabung dengan Indon ke. Selisih malaikat 44. Tau tak Indon panggil kita apa? Maling tau. Macam2 mereka hina kita. Menyampah aku dengan orang Indon ni.

~sarinilam