Skip to main content

Kota Siputeh : Peristiwa dalam mesyuarat Pemuda Kedah.

Oleh : AdukaTaruna

2 hari sebelum mesyuarat.

"Assalamualaikum. Ostad Ahmad ke tu?"

"Siapa ni?"

"Jawab la salam dulu. Kang kena bodoh piang kang. Lu Ostad Ahmad kan. Ketua Pemuda Kedah kan."

"A'ah yer. Siapa ni?"

"Ak' alaaaa.... yang lu cemas pasal apa? Dah jawab salam blom?"

"Yer..yer.. Waalaikumusslam."

"Ni pasal isu Kota Siputeh ni. Lu ada panggil mesyuarat tak as Pemuda PAS Kedah?"

"Erkk... nak wat apa?"

"Gila bodoh punya ulama. Lu pemuda kena jadi pendesak. Lu dalam wadah politik, dan dalam kategori pemuda. So, lu kena jadi pendesak politik. Kalau lu ulama setakat ceramah dan kawin banyak, tak payah jadi ahli politik."

"Err......"

"Dah2... sebelum lu gua cop bodoh piang, cepat panggil mesyuarat pemuda. Terkial-kial."


Hari mesyuarat.

"Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah membincangkan apakah tindakan yang perlu kita lakukan sebagai Pemuda PAS Kedah." Kata Ulama Ahmad.

Semua diam dan memberi tumpuan penuh.

"Pada ana sebagai pemuda, kita perlu solat hajat..."

"Dey mangkuk. Solat hajat apa kejadah. Itu sendiri buat kat rumah la untuk isu ni."

"Habis tu cane? Ana kompius la."

"Hadoiiii.... apasal la ulama Melayu bangang2 yang Allah kirim ni?"

Muka sedih kena tiaw.

"Camni. Lu dengar sini. Lu kaji setiap alasan Pengerusi SPR yang didedahkan media untuk attack setiap alasan tuh. Lu ada fotostat kenyataan media SPR tak?"

"Err... takde." Sambil buat muka seposen.

"Bodoh piang punya ulama. Habis kalau tak lengkap, apsal lu panggil meeting ni? Nak nganga dengar kuliah agama lu? Baik tak payah panggil mesyuarat. Panggil kuliah subuh jer. Dah la datang lambat masing2. Stupid punya Melayu. Pergi hambek dalam kereta gua. Gua dah fotostat."

"Okeh." Sambil menuju pintu.

"Dey ulama."

"Apa?" Sambil menoleh.

"Lu nak g mana?"

"Ambil kertas fotostat la."

"Kat mana?"

"Kat kereta anta la."

"Doa lu mustajab sangat ke nak bukak kereta gua? Lu ingat lu pewaris nabi, lu ada mukjizat nak buka kete gua? Ni kunci kete ni hambek. Bangang."

Sengeh sambil garu ketayap.

15 minit kemudian.

"Dah baca kenyataan SPR?"

"Dahh........" Jawab mereka.

"Hah. Lu yang pakai serban tu. Serban kemain gedabak. Apa point pertama dalam alasan SPR?"

"Err.... tiada pilihanraya di Kota Siputeh."

Tepuk dahi.

"Eh bukan.. Kota Siputeh kekal di tangan BN." Ulama muda serban jawab sambil sengeh.

"Osah bangang nak mampos ulama nih. Itu tajuk la ngok. Gua mintak point. Point! Jangan sampai gua bertukar jadi gaban nih."

"Tidak berturut2, tapi penggal berbeza." Jawab Sanusi.

"Hah. Seb baik ada yang cerdik. So, sila bagi idea bagaimana nak attack point pertama SPR, selain hujah. Gua tak nak hujah, tapi gua nak medium lain."

"Undang2 tubuh Kedah tak sebut berlainan penggal." Jawab Ostad Ahmad bangga.

"Dey bodoh. Kalau setakat hujah, dah berlambak orang bagi. Gua nak medium lain. Idea lain."

"Cabar pemuda UMNO Kota Siputeh debat dengan pemuda PAS Kota Siputeh."

"Hah. Bagus. Lagi?"

"Bawa ke mahkamah."

"Lagi?"

"Kumpulkan massa dan gerak ke istana negeri untuk serahkan bantahan pencabulan undang2 negeri Kedah."

"Good. Sila bila dan seterusnya lu punya kerja. Kita pergi ke point lain."

"Hah. Lu. Ketayap secuci embun tuh. Apa point kedua?"

Garu kepala.

"Garu kepala tak dapat der ulama oi. Tgk kertas kat tangan lu tuh."

"Ada MC."

"Okeh. Cane nak attack point ada MC?"

"MC tak bermakna ianya adalah kebenaran speaker."

"Dey bodoh. Selain hujah la."

Diam.

"Cane nak attack point MC selain hujah?"

Diam lagi.

"Lantik sekor dua ulama gemok2 yang pemalas kerja rajin mengaji tapi nak jadi ahli politik, suruh siasat MC tu dari klinik swasta mana. Dedahkan kepada media rupa bentuk klinik tu. Bina persepsi awam, keraguan MC klinik swasta berbanding MC klinik gomen. Lagi?"

"Sebarkan salinan MC klinik swasta yang ada pada speaker ke internet."

"Good. Ada lagi?"

Diam

"Okeh. Point ke 3 plak?"

"errr......."

Comments

  1. Salam bro....

    Kepala otak lu memang best laa bro. Takde saper pun terfikir tentang apa yang lu fikir.

    Pedulikan apa orang nak kata. Yang lelain tu pandai komen dan hentam jer. Nak buat blog dan berhujah tak reti.

    Keep it up.

    ReplyDelete
  2. salam tuan blog,
    ketua pemuda , follow-up lah ape yang disarankan!

    ReplyDelete
  3. Salam..
    dah spr tanak buat pilihanraya suruh jer speaker dun / ulama azizan declare utk buat pilihanraya sendirian berhad utk kerusi yang kosong tuh.. abih cerita, yang penting rakyat pilih wakil rakyat deme


    >>>apam

    ReplyDelete
  4. salam bro,

    kepala hotak lu bergeliga...

    elok kau pi jadi pengerusi masa mesyuarat tu,... kalau tak lepa asyik dok garu serban saja... apa kerja pun tak jalan.... wa takut lepa punya hujah bunyi " nak buat camna, dah takdirrr".

    apapun, wa respek sama lu... teruskan perjuangan dengan cara lu, apa orang ka...mampuih pi la..

    ReplyDelete
  5. Benda ni setau aku Speaker memang tgh kaji. Kelemahan2 dlm hujah SPR utk di bawa ke mahkamah.

    Tp, tak perlu dedahkn mcm pe yg tuan blog nk buat sbb memudahkn peguam2 Bn kaji ok?

    So, xyah nak kutuk2 pemuda pas kedah. Depa dah fikir dan depa dah atur strategi iAllah. Kalo tuan blog nak dedah kesalahan2 fakta dlm spr, boleh wat list dgn tak mmalukn diri dgn kutuk tnpa hala tuju k.

    Salam..

    ReplyDelete
  6. penjilat ulamak mana? sila sangkal hujah aduka. oh lupa, bab berfikir secara kritikal ni diorang memang lembab. bab bersyarah syurga neraka, kafir sana sini, mudah menghukum org memang juara....

    ReplyDelete
  7. diorang bersyarah syurga neraka pun apa kene mengena dengan lu, kalau buat salah, kenapa pulak takut nak masuk neraka, berani buat tamau berani tanggung pulak? pondan!! bab agama takyah la komen kalau tak reti, tapi bab politik wa rasa puak agama patut dengar pandangan org yg ariff strategi politik...

    ReplyDelete
  8. Anonymous 9:38:00 PM MYT,

    Utk ape aku bntah? Ade ke dlm komen aku yg prtama aku bantah?

    Aku ckp, hal2 ni dlm prbincangan dan kajian. Bkn baca prlembagaan seimbas 5 minit kmdn terus kate spr salah.

    Kita dlm proses nk bawa hal ni ke mahkamah. Point besaq kena smpan. Toksah bmbang. Yg kecik2 kami hulur slow2. Tp, kalo blogger mcm Duka nk listkan kesilapan spr, silakan (even apa yg dia sebut tu kami dh tau). But still, silakan.

    Tp jgn angkuh dgn ilmu. Hina itu ini. Ilmu tggi tak guna kalau adab tak ada. Sbb tu ulamak sejak zaman dahulu selalu sebut, brgsiapa tiada adab, maka dia tiada agama.

    Jgn hina ulamak kalau sdr xkenal mereka. Stkt kenal mrk dr akhbar baik jgn ckp. Ulamak bkn blogger, mereka pemimpin dan mereka kena hati2 dlm tndakan. Tidak gopoh dan kena ada strategi or long term pnya investment.

    Allahua'lam

    ReplyDelete
  9. aku sokong hujah aduka taruna.
    walaupun nampak kasar, tapi tepat.
    dulu b4 perak kena rompak ngan BN, WA pernah cakap ngan pakcik wa(PA YB Adun Selat Klang)dua perkara:-

    1. Carik setiausaha sulit atau pengiring YB sepenuh masa. Wa tak larat nk follow YB time weekend.Wa pun ada kejer. Mula-mula diorang tak setuju sbb kater takde bajet. Bile Perak hilang, tup-tup ada plak bajet nk lantik S/U Sulit. Mmg time tu wa cakap BODOH gak lah sebab lembab

    2. Jgn caya sangat orang UMNO yang dok sebok datang pejabat Khidmat Masyarakat Dun. Tapi pakcik wa kate, kita ni kene bersangka baik. Masalahnya sebab bersangka baik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pijak kepala Nizar bila Nizar dirampas kuasa

    Kesimpulan

    1. Walaupun PAS ni gerakan Islam tapi PAS dalam waqi' Malaysia adalah Parti Politik yang dibenar oleh SPR dan Perlembagaan. So jgn lah lurus sangat n bingai sangat

    2. Nabi pesan, letak lah seseorang itu ditempatnya. Wa tak kata ulama tak pandai pemimpin, tapi ulama yang slow dan diangkat jadi pemimpin, org seperti ini letak ditempat yang sepatutnya. Letak dia kat jabatan yang kurang guna akal, pakai kitab kuning jer.

    wa serius.. Currently wa dh tak duduk kat tempat tu. Wa penat tgok diorang kekadang baik dan lurus sangat

    ReplyDelete
  10. Abih, kalo org umno dtg opis mntak tolong dgn adun, kite layan 2nd class la? Xmcm kita layan org pas? Ape sgt la yg org umno leh wat kalo masuk pjbt adun? Lainla SUK, ada kuasa. Pngnjung pejabat adun ade kuasa apa?

    Ke adun pas utk pas je? bkn utk rakyat dr umno? Pas 4 all ke pas 4 kasta? No wonder pak cik ko bahan ko balik.

    N lagi, ko dh siasat ke dana SU tu wujud sebab perak tumbang? Ko tau x, masa mula2 pr naik duit sengkek? Ko tau dak? tup2 nak amik terus duit gomen sbb nk ada setpol ngan bodyguard? Dahulukn yg penting lu la bai!

    So, bg aku ujah ko ikhmal mmg aku rejek. Sori. Keh..keh.

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Wa tak kata wakil rakyat PAS for only kasta itself. Wa cube menentang kalau kita ini terlalu baik sangka, kedekut dan tak kreatif. N wa tak suka konsep terhantuk baru tengadah.

    Tentang orang UMNO sebok datang pejabat khidmat, wa tak sekah kalau itu orang datang mmg susah perlukan pertolongan, tapi ini orang ada siap bawak proposal perniagaan dan apply surat recommendation utk certain projek kat PBT. Apa selama ini masih UBN memerintah tak kenyang-kenyang lagi.

    Wa tahu ramai orang jaki kat PBT and siap cakap, asik-asik orang itu dapat projek. Tapi wa nk tanya sama lu all, ada ka orang baru yang dapat projek kat PBT tu. wa berani kerat jari if jumlahnya ramai. Balik-balik orang sama dapat projek.

    Bila orang-orang ini datang pi pejabat khidmat masyarakat n cakap yang dia akan bantu kita (tak tahu apa yang hendak dibantu), kita cair n canang orang ini dah berubah, dah jadi orang kita. Itu sebab wa kata, senangnya ckp!!! Jual air liur skit, tup-tup dah jadi orang kita!!! apa cerita ngan orang PR yang memang jadi orang PR masa PR jadi pembangkang lagi.

    One more tentang s.u or bodyguard, wa daripada awal, wa cakap perkara ini penting. YB bukan common people, YB seorang pemimpin. Lu all nak ka, tetibe tup-tup dengar YB hilang dan dengar kabar mati. Itu sbb wa cakap dari awal, keselamatan YB penting, soal keselamatan bukan perkara sukarela. Hari ini orang ini ikut, hari esok orang itu ikut... Tapi bila wa suarakan dari awal, cakap kita takda bajet. Bajet yang ada ini utk rakyat. Wa lemah macam itu punya ayat.

    One more wa tak kesah PA tu bahan wa balik. Tapi sometimes pk-pk gak lah apa orang bawah kata.

    Orang bawah ni yang ari-ari jumpa rakyat.. Kekadang dh tak tahu nk goreng apa kekadang kalu rakyat tanya.

    Janganlah terlalu dungu dalam berpolitik

    ReplyDelete
  12. bro.. wa masih kekalkan doa wa supaya lu panjang umur..

    kepala hotak lu...memang perghh la...

    nanti bila lu mati, wa harap ada pihak simenkan kepala hotak lu kat mana bangunan warisan...

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  13. ikhmal..kau jgn kecewa..lumrah perjuangan macam tu...ada cerdik, ada bengap, ada laju, ada lembab..kau jgn serik berkhidmat utk Islam..at least kau dpt pengalaman..

    penjilat ulamak plak jgn melenting...baca dgn hati terbuka, analisis point yg perlu..kalau rasa aduka ni takde adab, tak perlu masuk blog dia lagi..boikot terus..ni tak, dah tau dia biadab, tegur kasar, maki hamun, kutuk ulamak, korang sibuk lagi kat sini..konon bila biadab, isi bernas pun susah nak diterima..abis tu apsal masih sibuk baca blog ni lagi? berambus la...setakat masuk nak tengok maki hamun dia pastu nak balas maki hamun tp tak boleh terima isi bernas dia, korang pun sama aje la macam dia..sohai niamakahai..

    ReplyDelete
  14. aku nak kencing sini kejap boleh?cehcehcehceh!!!

    ReplyDelete
  15. Pandai x Aduka bodo piang reka cerita? huahuahua... sape yg taksub dgn cerita Aduka, samalah bodo piangnya. Lu blogger je. pandangan lu atas perspektif blogger je. Lu perasan lu betul, sbb lu xde di medan. kalo lu ada di medan, baru lu tau, semua cerita2 lu retorik je.

    ReplyDelete
  16. Yang penting berani meluahkan rasa hati berbanding hanya tahu mengangguk jer. Lepas tu cakap belakang.

    Yang di medan tu kena dengar dan timbang cadangan orang lain. Bukan ikut kepala sendiri jer. Itu tidak jam'ie namanya.

    ReplyDelete
  17. Aku heran r ngan org yg paksa2 org yg xsuka duka utk bantah hujah2 die. Pelik aku. Ade ke org yg tak setuju dgn hujah duka ni? Xde lak. Yg org xsetuju cara pmbawaan die je. Kmdn mcm seolah2 pas kedah xtau pape.

    Aku setuju r ngan pemuda. Org2 atas sbnrnye dh lama pikir, tp sbb mereka org atas, byk bnde mereka kena ambil kisah. Kena hati2 la. Kite bkn lwn ngan blogger nyamuk, kite tgh lawan dgn sistem. Satu sistem brnama kerajaan malaysia.

    ReplyDelete
  18. Bagi wa kalau AT berani kritik orang lain, terima jerla kritikan kat tempat utk komen nie, penjilat Aduka atau yang takleh terima kritikan tu yang boleh blah dari blogger nie, lu kritik orang bleh orang kritik lu balik menggelabah pesal? hahahahaha...

    ReplyDelete
  19. ulamak boleh kafirkan org.org xboleh tegur ulamak.derhaka namanya.masuk neraka jahanam.haahhhaaa.....

    ReplyDelete
  20. PENJILAT ULAMAK DAH ADA,
    PENJILAT ADUKA PUN DAH ADA,
    SIAPA LAGI NAK KENA JILAT?
    MARI SINI DAFTAR DENGAN AKU,
    PROMOSI BULAN RAMADAN.

    ReplyDelete
  21. bijak...bijak..

    kem salam dr. zulkifli hehe

    ReplyDelete
  22. Aku suka fakta ko ni bro Aduka Taruna.

    pemudatua

    ReplyDelete
  23. Dengan kuasa yang ada kat Speker ,Gua nak cadangkan DUN Kedah putuskan pilihanraya di dua tempat serentak.tak yah refer kat SPR,amacam,lantik pemerhati bebas untuk kira undi.Untuk election ni kita tukar fermat ke IT,online dapat result.amacam...

    ReplyDelete
  24. Kes kat Kedah ni nampak sangat SPR bodoh,dia ingat rakyat kedah bodoh.

    SILA REFER

    Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah,
    "Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."
    Bermakna SPR tak payah nak main politik.Dah sah bungkus ubn kat N3.
    Otak jahat SPR-BN menonjolkan kebodohan sendiri.

    ReplyDelete
  25. sebenarnya wa tk stuju lu guna perkataan ulama.. lu macam menghina ulama... ulama tu kan pewaris nabi.. if ada org gayanye macam ulama tp prangai nye bukan macam ulama, adakah kite panggil mereka ni ulama?.. tentu bukan kan..
    so, wa harap lu hentikan la guna kata ganti nama ULAMA..
    yg lain, artikel lu mmg best.. cuma yg atas tu wa tk berkenan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.