Skip to main content

Kisah ulama huru-harareee...

Oleh : AdukaTaruna

Di satu kampung, ada sekor ulama fresh yang baru balik dari Mesir. Produk Hosni Mubarak. Ketua Syeikh Al-Azhar dah macam badut pondan dah gua tengok. Bodoh2 alang gitu. Takda keras langsung. Macam sotong.

Ulama muda ni pernah berazam ketika di Mesir untuk membelasah gua sekembalinya dia di Malaysia. Nak jadikan cerita, satu hari maknya demam. Demam2 Melayu ni lain sket. Melayu kalau demam, dia mengidam. Mak dia mengidam nak makan ikan Lome. Dah tu mengada2 plak. Taknak Lome beli, nak Lome pancing.

Ikan ni plak hanya ada kat sungai Perak. Kena tangkap waktu malam plak tu. Sebab ikan ni aktif waktu malam. Pendekkan lagi cerita, sampailah ulama muda ni kat Perak. Dia ajak member dia bantu.

"Ana hanya boleh hantar sampai simpang tu jer Akhi. Ana ni penakut sket. Sungai Perak ni keras."

"Astagfirullah.... tunjukkan ana mana tempat yang bukan milik Allah? Tunjukkan. Tiada yang lebih keras dari Allah. Yakinlah kita kepadaNYA."

Ulama sunni beb. Stendet la. Al-Azhar plak tu. Air liur jer lebih. Dengan Israel kemain kamceng. Sibuk ajak Syiah bertumbuk. Syiah vs Israel adalah wayang katanya.

"Dah tu jom la. Apa yang anta menung lagi ni?" Member dia pelik melihat ulama muda tu terkebil2 depan motor.

"Nak pakai serban ke helmet ni? Kalau Aduka tahu ana pakai serban ni mampos kena kutuk. Hhmm.... tak payah ikut Aduka la. Kita ikut Saiful Islam. Pakai helmet." Bisik hati ulama muda.

Pendekkan lagi cerita, sampailah 2 sahabat tu tepi simpang yang menghala ke ulu Sungai Perak. Hari nak nak gelap. Sahabat tadi pun blah la tanpa banyak songeh.

"Silap-silap kena magrib dulu ni baru pancing." Bisik ulama muda sambil menunggang motor melalui kawasan yang gelap, sunyi dan menyeramkan.

Setelah memilih port, melemparkan umpan, ulama muda siap-siap untuk magrib.

"Nak wuduk kat sungai ni risau gak. Kang kena terkam kek boye. Takpalah.. wuduk Asar tadi masih ada."

Masa baca Al-Fatihah, ulama muda terdengar suara kanak-kanak tahan ketawa. Ah... sudah.... dah la ana sensorang nih. Batal baca surah lain, terus baca ayat kursi. Makin baca makin ramai plak suara kanak-kanak ketawa. Kena yakin ni. Semakin ulama, semakin tinggi ujiannya.

Rukuk. Pergh.... berat plak tengkuk. Dia dah main tengkuk ana la plak.... ini tak boleh jadi nih. Solat pun dah tak kusyuk. Sujud. Lagi berat. Lagi sayup dengar suara tahan gelak. Hadoiii.....

"Maybe ana ganggu tempat mereka kot. Takpalah, lepas solat, ana alih tempat la..."

Selesai jer tahyat akhir, masa bagi salam kiri kanan. Dia lihat kemain ramai bebudak tengah gelak2 kat belakang.

"Bangang punya ulama. Solat pakai helmet. Kah kah kah.."

"Mesti ulama Mesir tu Man. Mesti punyalah. Kah kah kah.."

"Naik motor pakai serban, time solat pakai helmet. Kah kah kah kah."

"Siap letak dalam bakul ni Bu. Kah kah kah."

"Tu bukan serban la dowh.. tu kain lap motor. Tu pasal letak kat motor. Kah kah kah."

Comments

  1. Aduka Merana

    Lu tarik balik artikel sial lu:

    "Meluat gile gua dengan Hasan Ali"
    aku bagi tempoh seminggu dari hari ni, kalau tidak aku saman ratus juta.

    Berani tulis berani tanggung....tara insurance punya akai mamat ni.

    ReplyDelete
  2. tok janggut. hang baru follow ka blog budak ni?

    ReplyDelete
  3. Ek enne..ni bukan citer btol ni..aku dah pernah baca dah citer ni sebelum ni..just ditokok tambah je nak menyedapkan hawa nafsu mengutuk die ni..
    Jenis menciplak jugak la mamat ni..Haakk ptuihhh..non genuine..tah2 mamat ni pun tak genuine..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...