Skip to main content

Jin gua bikin hati gua panas.

Oleh : AdukaTaruna

Mana-mana pembaca yang follow blog gua lama pasti dah maklum yang gua ada 2 ekor jin. Afrit tu beb, bukan setakat jin2 Melayu nih. Kuang3...

Semalam gua bagi tugasan penting kat dia. Bulan2 pose ni gua maleh bagi tugasan tahap KGB or CIA. Gua suruh dia kidnap resepi mamat nih. Gua nak try niaga plak nantih. Tapi diorang telah bikin hati gua menggelegak. Nyaris2 gua kol Haron Din suruh tangkap 2 ekor jin gua nih.

"Bos... kitorang tak jadi g intip resepi budak tuh."

"Ak' alaaaaaaaa.... benda mudah tu pun tak bleh ke?"

"Bukan bos, on the way kitorang pergi, kitorang jumpa dengan ramai jin tahap Melayu."

"Gua nak resepi la...."

"Ala... bos. Dengar la dulu."

"A'ah bos ni. Tahu la pose. Nak melenting jer."

"Kitorang pergi siasat bos. Rupa2nya jin yang banyak2 tu Rosmah bela bos."

"Rosmah mana plak ni?"

"Ala.. bos nih. B1N1 Najib la."

"Bulan pose nih.. agak2 burung gagak la."

"Bulan pose tahap setan jer kene ikat. Jin2 macam kitorang ni mana kena bos. Habis jin cane nak ibadah kalau kene ikat. Jin kafir pun tak kena gak bos."

"A'ah bos. Masa kita siasat Rosmah, kita terjumpa dengan Najib. Bos tahu tak..."

"Tak."

"Ala... ni nak citer nih."

"Bos tahu tak, ketua strategi Najib omputeh bos. Kitorang siap pasang telinga lagi dengar taklimat orang puteh tu."

"Ah... gua nak resepi gak. Sekor story sama gua, sekor lagi pergi kidnap resepi tu skang gak. Jangan sampai gua up perkara ni kat Haron Din."

"Bos.... marah tu agak2la bos. Haron Din jangan la memain. Gua pergi skang. Weih lo citer sama bos pasal tadi."

"Okeh. Ha... camni bos. Bos tahukan dah berapa PRK dah Najib elak dari dikaitkan dengan dirinya."

"Hmmmm..."

"Skang ni bos, atas sebab undi pos sampai 5000, omputeh tu kompiden menang. Dia suruh Najib stanby kaitkan dirinya dengan PRK tuh. Kalau ikut Najib, memang dia takut."

"Hmmm...."

"So, omputeh tu suruh Najib ikut module Manik Urai."

"Lu cakap dengan omputeh tu, pembolehubah tak sama. Melayu Kelantan dengan Melayu N9 tak sama."

"Tu tak tahu la bos. Tapi omputeh tu cakap, kalau module kempen Manek Urai boleh bikin Melayu Kelantan terpesona, apatah lagi Melayu N9."

"Hmm.. yer tak yer gak."

"Jadi, perkara pertama Najib buat ialah isytihar luluskan bantuan 9 juta pada Manek Urai. Benda tu nanti Najib sendiri akan kempen kat Bagan Pinang."

"Lepas tu bos. Yang kedua......"

"Najib hulur salam perpaduan. Isu sama macam Manek Urai?"

"Haaa... terer bos. Betul. Dan macam biasa bos, ada sekor ulama paling bongok dalam Malaysia sambut perangkap Najib."

"Lu bongok2 jangan la sebut. Gua dalam mode sopan nih. Tak bleh mencarut."

"Ala.. bos tulis jer. Bukan bos yang cakap. Tapi gua yang cakap."

"Boleh ke camtu?"

"Boleh bos. Bos tulis ulama bodoh piang nak mampos. Bos tak kena. Gua yang kena bos."

"Camtu pulak eh..."

"Jadi bos, Najib akan kaitkan PRK undi pos kali ni dengan dirinya. Module dia guna module kempen Manek Urai dan ditambah dengan bantuan dan tekanan terhadap pengundi pos."

"Undi pos, undi pos jugak. Mana member lu nih? Gua nak resepi."

"Bos... gua sampai."

"Ha... bak sini resepi cepat."

"Tak jadi bos. Gua jumpa perkara lagi menarik?"

"Apa?!!!"

"Sabar bos, sabar. Dengar dulu."

"Lu jangan bikin hati gua panas."

"Ni bos. Gua dengar Kris Dayanti dah solo skang. Gua g Indon tadik."

"Pergh... yeke?"

Comments

  1. Bongok sungguh boneka umno..ngaji tinggi2 sampai ke mesir akhirnya ikut hosni mubarak... sokong perpaduan bonek umno.

    ReplyDelete
  2. leh kenal dgn jin lu tu?
    gua nk suruh dia telek menteri yg jaga duit blh bagi mat terap naik pangkat ke?..tak byk 5,000 org jer

    ReplyDelete
  3. dengar cerita Krisdayanti kena talak 3. agak2 Anang nak rujuk, aku yakin beribu angkat tangan sanggup jadi cina buta. ..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.