Skip to main content

Cerita Bagan Pinang 1.

Oleh : AdukaTaruna

Gua try bawakan untuk korang liputan kisah Bagan Pinang secara bersiri. Gua masih belum berkampung di sana, malah tidak pasti sama ada gua berkampung atau kekal macam kehidupan gua yang biasa.

Tadi, gua, Pendi, Dayat dan sekor lagi ahli team yang baru, Yakni Derih telah hadir ke Majlis Perlancaran Gerak Kerja PAS DUN Bagan Pinang. Pendi dari Nilai telah menjemput gua dan Dayat di Seremban sebelum berambus ke PD.

Sebab penat gua mengais cari makan belum hilang, gua try meniduri diri gua dalam kete Pendi. Tapi gagal kerana Pendi dan Dayat memekak pasal cari siaran radio. Cari radio Melayu yang ada lagu raya pun Pendi dan Dayat fail, macamana la nak berperang sok ni, bisik hati gua sambil terus berusaha nak tidur.

Sampai Port Dickson.

Sampai jer PD, kitorang disambut dengan poster, banner dan bunting gambar Isa Samad setiap simpang, setiap lokasi tumpuan. Pergh.... gile. Mata gua terus segar kerana kekaguman. Ni kalau Muhyiddin tengok, pasti terkencing spesis Teluk Belanga dan Songkok Tinggi tu beb.

Bila sampai ke tapak ceramah, gua saksikan kehadiran yang lebih ramai lagi kenduri kawin. Gua tanya Dayat, siapa otai PAS yang hadir. Motif gua nak tahu siapa crowd puller (camni eja kot). Tempat sempit. Biasalah, tanah persendirian. So, masalah parking bagi kitorang yang datang lambat nih. Dalam banyak2 tempat parking yang boleh selit, Pendi dengan selamba badaknya memparkingkan keretanya dalam semak paras lutut. Kalau kena tungau gua malam tu, memang gua saman walau ahli sendiri.

Majlis cincai.

Tanpa crowd puller, majlis cincai habis. Asbol (asal boleh) jer.

Tidak kelihatan YB MP Teluk Kemang, YB ADUN Port Dickson dan YB ADUN Chuah - kesemuanya dari PKR dan tidak diketahui samada mendapat jemputan atau tidak).
Ulama Kassim Tahir paling hensem malam tu gua tengok. Muka excited gile nak jadi calon. Dressing tahap meyakinkan. Sampai dilaporkan kepada gua dia membaca doa pada ceramah Anwar punyalah panjang selevel ceramah Presiden bagi menunjukkan keilmuan dan kewarakan dia sebagai calon terbaik.

Sampai time Hadi beri ucapan, gua memang dah tahu, pasti memboringkan. Sejujurnya dilaporkan kami adalah antara yang blah. Tak tahan lama. Kaum Cina dan India lebih awal angkat kaki dari kami.

Tiada apa yang baru, tiada taklimat mengenai Bagan Pinang (statistik, fokus yang perlu, apa sasaran, apa yang perlu diambil perhatian, etc), tiada kata-kata suntikan semangat, pidato yang longlai dan mempunyai jarak dalam setiap beberapa patah perkataan (kalau guna sound, bukan tulisan, gua boleh ajuk cara ceramah Hadi kasi korang nampak.)

Bukan memang gua berbulu dengan Hadi, tapi sejujurnya gua melaporkan, tiada apa yang baru. Berita yang sama yang disampaikan kepada Ali dan Abu yang sama, dengan lenggok bahasa kurun 60 an (gua heran macamana dia boleh menarik audien ahli PAS Terengganu).

Blah minum.

Kehadiran ceramah sekitar 1000 orang. Sangat menjengkelkan berbanding keupayaan Anwar, walau gua tak suka Anwar. Namun begitu, semangat dan istiqamah Unit Amal mengubat luka, mendamaikan hati.

Derih membawa kitorang minum. Dia naik motor, kitorang follow dari belakang. Gua ingat kejap jer kedai minum, tapi makan masa 20 minit gua rasa follow Derih ni. Masuk semak, keluar semak, daki bukit, turun lembah. Gua dah tak tahan nak kencing, dia boleh plak bawa round2 tengok kawasan Bagan Pinang. Memalam buto plak tuh.

"Pendi, lu langgar jap orang tua depan nih. Kasi dia berhenti jap. Gua tak tahan nak kencing dah ni." Cadang gua dengan serius sekali. Pendi hanya gelak.

Pusing2 punya pusing, rupa2nya Derih bawa minum kat kedai awek cun. Seb baik...

"Bang... surau paling dekat kat mana?" Dayat tanya Derih sebaik sahaja sampai kat kedai awek cun.

"Kat sana. Belok kiri, pastu kiri lagi. Kau nak buat apa?"

"Kencing."

"Ceh! Kalau kencing ingat surau. Kalau tak kencing? Tak ingat surau." Marah gua yang warak ni. Tapi dalam hati jer.

Pendi dari tadi buat tak port. Mata asyik tengok awek cun tu jer. Memang dasar miang punya budak.

Pendek cerita kitorang patah ke kedai awek tadi selepas ke surau. Derih duduk dulu. Second Pendi. Laju jer dia. Gua ketiga. Dayat last.

Macam yang didoa dari tadi, awek tu ambil order. Celakak. Patutla Pendi laju jer pilih tempat duduk, sebab dia dah baca awek tu akan ambil order kat meja belah dia. Belah paling dekat dengan lokasi awek tu tadi.

Awek tu datang bawak buku order. Pendi semangat nak mengorder. Gua pun kebulur dah nih.

"Makan apa bang." Awek tu senyum kat Pendi. Niamakahai.

"nasi lemak ada?" Dayat kacau line Pendi.

"Takda la bang." Kah kah kah. Gua gelak dalam hati.

"Sup ada?" Pendi test market.

"Pun takda. Dah habis." Kah kah kah. Gua puas hati.

"Goreng2 ada?" Gua plak.

"Takda la bang. Semua perencah habes."

Kassim Tahir punya awek. Tanya macam semua ada.

"Kau ni buat malu abang la." Derih dah segan.

"Mati la abang kena kutuk ni kang."

"Memang kompom punya." Gua pasang azam dalam hati.

Last2 makan burger.

"Bawang tak nak yer dik." Suara Dayat lemah...



Comments

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Ha Ha Ha Gua Nak Kata lu orang bodoh dah memang lu orang semua bodoh. Bak kata orang Putih "DON'T JUDGE ON IT'S COVER " Bodoh dah memang bodoh lu orang pantang tengok awek cun sampai sanggup makan makanan orang putih wal hal kat Negeri 9 belabak warung makanan Minang .Malas gua nak komen perihal kebodohan lu orang ni .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.