Skip to main content

Calon PAS Bagan Pinang : Lt Kol (B) Hj Malakan bin Kamaruddin , AMN

Oleh : AdukaTaruna

Ada banyak pangkat dalam askar. Tapi yang gua paling tahu ialah Jen (B). Haha. Gua ingat PAS kena letak calon askar la beb.

1. Penyokong BR tak kisah siapa. Asal bertaqwa. Cuma masalah kepada ahli falsafah kepimpinan ulama. So, kalau penyokong BR tak kisah siapa, kita target pengundi pos la plak.

2. Satu momentum besar beb kepada pengundi bukan Melayu kalau askar jadi calon PAS. Calon PAS yang askar tu bercakap soal universal Islam, tolak perkauman, toleransi agama. Gua rasa pengundi bukan Melayu rasa selamat sket bila PAS kemukakan 'model askar'nya.

3. Calon askar PAS kena berpangkat sket la dalam dunia askar. Sebab nak kasi motivasi ala2 'order' supaya berani terhadap Borang Lampiran 2.
"Tentera harus berani. Di mana maruah seorang tentera jika takut pada sekeping kertas Borang Lampiran 2 undi pos? Keberanian anda terhadap maruah dan hak tentera adalah sesuatu yang dibenci kerajaan sekarang. Namun, keberanian anda pasti akan dibalasi oleh kerajaan akan datang."

"Mereka yang berani dan tidak gentar terhadap Borang Lampiran 2, akan dibalasi pada kerajaan akan datang. Kami adalah kerajaan dalam menunggu. Kami berjanji tentera tidak akan meletakkan maruahnya di kaki orang politik."
"Sunnah Allah menggilirkan setiap kerajaan. Kami adalah kerajaan masa terdekat. Kami berazam akan membebaskan Tentera Malaysia dari telapak kaki ahli politik. Tentera yang tidak tunduk kepada Borang Lampiran 2 Undi Pos akan dianggap wira dalam dasar kerajaan kami. Insyaallah."
So, kalau calon PAS askar, poster2, banner harus banyak bermotifkan tentera. Luar kotak punya nih. Amacam?

Ni pilihan gua. Lu klik kat nama tuh. Dia ada blog sendiri beb.

Lt Kol (B) Hj Malakan bin Kamaruddin , AMN


Oleh : AdukaTaruna

Blog ni mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda PAS kerana anaknya positif H1N1. So, mari kita pakat doakan sama-sama semoga anaknya cepat sembuh.

Comments

  1. Bhai...

    Lu punya idea nih.. gua setuju dan sokong.... PAS patut guna kaedah nie... khusus untuk Bagan Pinang nih... sebab kat sini banyak soja (askar)...

    ReplyDelete
  2. Masalahnya skrg askar2 tu tak de peluang nak gi ngundi.

    Orang lain yg akan undi b/p mereka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...