Skip to main content

Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS


Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

"Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

"Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya.

Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. Bernama

Gua setuju hal ni kena teliti gila babun punya. Kena duduk dalam satu meja dan bina satu team pro dan kon bahas benda alah ni. Bertekak habis2an dulu dalam tuh. Tapi penting dan kalau ikut gua dah jatuh wajib dah. Mesti dibenarkan kelab ini menjadi sayap atau dewan.

Bila sebut tentang hak, gua ingat kena ansur2 dulu. Yakni permulaan yang terhad dan akan kaizen yakni berubah kepada baik mengikut pelbagai keperluan yang bakal jumpa kelak. Nak bahas dan nak taip cadangan ni, gila babi panjang la.

Tapi apa yang perlu, ialah betapa pentingnya kelab ni dijadikan dewan. Lu mesti ada 'PKR' dalam wadah undi Malaysia ma. PKR yang sedia ada macam jibauk gua cakap lu. Sikit jer yg melepasi stendet yang diperlukan. Yang lain semua mamat misai gila politik.

Ahli kelab pun dah nak sama banyak dah dengan PKR. So, bermakna gerak kerja, tenaga buruh dan dana mesti power punya tuh. Dan kalau dapat jumpa sekor ular sawa politik dalam dewan non muslim tuh, memang gila punya best. Boleh bikin hati non muslim follow dia.

Bab2 kepentingan dasar Islam, tak perlu gusar gua rasa. Sebab hak mereka tidak melebihi Majlis Syura, tidak melebihi Mursyidul Am.

Comments

  1. diaorg ada hak utk jadi presd PAS tak?hehe
    timbalan PAS?
    naib Presd?
    SU?
    ketua penerangan?

    ke hanya diberi bjawatan
    ajk macai dibawah je?hehe

    AT lu kasi respond skit
    dari pale otak lu...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.