Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 23, 2009

PKR? Tak larat gua nak maki spesis ni dah..

Oleh : AdukaTaruna

Bila gua baca jer berita Adun Lunas keluar jadi bebas, kepala otak gua terus teka. Tak DAP, PKR. Tapi antara PKR dengan DAP 10 kali lebih kompom PKR. SO, gua pun baca dengan lompat2 nak tahu parti mana.

Sah! PKR. Terus maleh gua nak memekak. Satu sen pun tak respek PKR. Gua malas... bebetul malas. Baca MSK punya ceramah kepada bakal calon PKR pun gua menyampah. Ntah apa2 point yang dia nak sampaikan pun gua kabur.

Lu takda falsafah perjuangan. Memang takda kosong. Lu nafila camna pun gua tak goyang punya. Lu letak Naifudin Nasiotion pun gua tahu laluan mana hujah dia pasal falsafah perjuangan. Lu berjuang sekadar sentimen dan emosi. Pembaharuan adalah benda dinamik. Pembahuran atau reform itu boleh dilakukan dalam mana platform.

Skang ni gua bagi laluan pada PRK dulu lah. Yang gua nak tuntut lepas ni, mana-mana kerusi yang PKR dan DAP khianat, bagi kat PAS, atau PAS bertanding 3 penjuru di situ. Kalau PAS tak berani, gua ludah kepala Erdogan.

Then, kalau terjadi satu perdebatan tentang idealogi atau falsafah perjuangan di kerusi 3 penjuru tu, gua tampil diri wakil PAS. Gua hantar surat rasmi mohon kepada PAS. Gua nak tgk PKR letak siapa. Saifudin? Cikgu Bard? Siapa intelek PKR lu tunjuk sini. Anwar aliran sastera tu? Lu nak kata riak ke berlagak ke, g mampos. Panas ni bai.

Ingat. PRU13, PAS tuntut kerusi yang dikhianati PKR dan DAP. Kalau tak dapat, lawan 3 penjuru secara profesional. Tenpat lain, kita berkerjasama. Maruah pengundi di situ, tak boleh ditunjal2. Kalau PAS tak berani, gua ludah semua kepala Erdogan.

Khaakkk ptuih!! (demo ludah ala2 Topeng Perak)

9 comments:

anakpahang said...

Salam. PAS for ALL
Membangun Bersama ISLAM.

Biarkanlah dia masuk masuk tong tahi ke atau tong apa ke....

Tidak perlu risau atau runsing.Ini adalah pembersihan dalam perjuangan,biarlah dia pergi daripada ia menjadi H1N1 di dalam parti.

Dalam perjuangan kita mesti diuji, ujian ini bergantung kepada masing-masing.Ujian adalah untuk melihat
sejauh mana istiqomahnya kita di dalam perjuangan.

Ini terkena pada PKR, sebelum ini jangan lupa kita PAS telah merasainya.

Ingat lagikah kita NAKHAEI keluar dari PAS dan isytihar memasuki UMNOBN .Ketika itu dia menyandang jawatan Naib Presiden PAS.

Sebagai pejuang di dalam PAS kita mesti ingat bahawa:

"KITA BERJUANG DI DALAM PAS BUKAN KERANA PEMIMPIN,TAPI KITA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DI MUKA BUMI YANG DICIPTA OLEH ALLAH"

Pemimpin boleh pergi dan datang, tetapi Islam mesti terus ditegakkan bagi tujuan keadilan sejagat.

Ini ujian yang kecil,insyaallah kita akan bertemu dengan ujian yang lebih besar....kerana ujian yang Allah turunkan adalah untuk menaikkan martabat kita sebagai umatNya.

Teruskan perjuangan ini..TAKBIR!!!!!

serupasekala said...

JANGAN GUSAR DAN JANGAN BIMBANG . ITU LAH TANDA DUNIA AKHIR ZAMAN.YANG ELOK DI TINGGALKAN YANG TAK BAIK DI WAR WAR KAN. DUA SEBAB DARIPADA 15 PEKARA YANG TUHAN AKAN TURUNKAN BALA KEPADA SESUATU UMAT ITU ADALAH :
1. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
2. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

SUJUDLAH KEPADA ALLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN SEMUGA KITA DIHINDARKAN DARIPADA BALA ALLAH.

MUHASABAH DIRI DI http://serupasekala.blogspot.com

Xenan said...

huhu,

Wa dah boring nak comment.Dah le wa menyampah ngn kempen PAS kat Pmtg pasir.Tambah lagi ngn kes adun pkr ni.

baguih laa...jgn sampai org menyampah udah la.

Org PKR tayah nak memekak konon UMNO bayar ke ape.Sendiri mau check la sapo yg lu angkat jd pemimpin.

pedup!

Anonymous said...

lu pun jangan la emosi sangat AT

spesis melayu macam lu memang suka emosi la, amuk la. macam perangai bangsa umno la lu

tak boleh bertenang langsung

jibam

Anonymous said...

good job bro

Anonymous said...

good job bro

Anonymous said...

bila PAS kelantan menang majoriti ciput bising satu malaya.... tapi di kelantan walaupun PAS pernah menang hanya satu majoriti..... takde satu pun ADUN PAS berpaling tadah n melompat (ni termasuk ADUN melor yang hampeh tu) sampai kerajaan tumbang ( macam di Perak).... Kerajaan PAS kelantan kekal hampir 25 tahun dah di Kelantan (tak macam di terengganu sepenggal jer bertahan)..... susah payah jadi negeri pembangkang pun di Kelantan tak pernah ada ADUN keluar jadi bebas ( macam di Kedah)walaupun ada ADUN ditawar sampai RM3 juta untuk lompat..... seperti wa cakap dulu.... negeri PR jangan rasa selesa sangat.... belajar dari pengalaman yang lepas.... wa bukan suruh jadikan negeri Kelantan sebagai model pentadbiran.... wa tau PAS kelantan tak "sehebat" PAS negeri lain..... tapi cuba la tengok kejadian yang lepas² sebagai panduan.....

-abanghensem

MaLin said...

HEK ELEY, KLU LU KENA JENTIK TELOR DGN SB TANG TU JGAK LU JADIK BARWA UMNo ... HUHU

Anonymous said...

Setuju Malin...stakat tulis blog semua orang boleh...