Skip to main content

Liverpool tewas buat kali kedua musim ini


LONDON 25 Ogos - Liverpool tewas buat kali kedua dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) apabila dikejutkan Aston Villa 3-1 di tempat sendiri awal pagi tadi.

Jaringan sendiri oleh Lucas Leiva dan tandukan Curtis Davies membolehkan Villa mendahului 2-0 sebelum Fernando Torres berjaya merapatkan jurang buat Liverpool.

Peluang untuk mereka bangkit tersekat apabila Steven Gerrard menjatuhkan Nigel Reo-Coker di dalam petak penalti dan Ashley Young berjaya melaksanakan tugas mengambil sepakan tersebut tatkala perlawanan berbaki 15 minit. - Reuters


Gua dah cakap. Liverpool dah tahap tepu. Lu blah jer la Gerrad oi. Lu punya skill, IQ dalam padang memang gua tabik la. Tapi lu masuk dalam team yang silap. Motivasi, taktika, manager yang dah tepu. Dah tak boleh wat apa dah.

Sayang ma. Torres dan lu duduk dalam team tak bleh blah. Macam RXZ la. Stendet punya boleh cecah 170km/j. Bikin punya bikin, Liverpool dah boleh sampai 230km/j. Tapi skang dah tak boleh paksa lagi dah. Dah tepu. Orang lain dah mcm2 teknologi dan taktikal ditemui, tapi lu dah tepu.

Lu blah jer la.... ikhlas ni gua cakap.

Comments

  1. Lu masuk MU la Gerrad...buat pe tunggu kat Liverpool lagi..compom Benitez kena pecat tengah musim ni...

    ReplyDelete
  2. lu kalau kutuk memang wa respect,terpancar nur teori kebijakkan lu...tapi ade masa nampak macam terlebih telan ubat batuk....melalut-lalut cam lu jek betul.

    ReplyDelete
  3. lu tempik gerard ke...

    lu silap blog lah...wa rasa gerard tak open blog lu la...

    lu saja nak tunjuk pandai la...

    ReplyDelete
  4. lu hurai la bagi jelas skit..

    blah p mana?
    main bola lagi atau buka restoran?



    wakaka..

    -bukancalon-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...