Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 30, 2009

Lembu di padang masyar..

Gua mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang didapati dengan cara yang bukan idaman kita. Bendera ni gua mody dari Tukar Tiub. Kalau sejuta pengundi BR kibarkan bendera ni, impak jugak pada Malaysia kita nih.


Oleh : AdukaTaruna

Di satu padang masyar khas untuk para bintanang, ada 4 ekor lembu sedang beratur bersama jutaan yang lain menunggu perhitungan.

"Perghhh... lama gile bersapau kat sini beb. Kita tunggu untuk apa eh?" Tanya Lembu Putih kepada 3 rakannya.

"Entahla.. dari yang gua dengar, kita tunggu kesahihan cara kita mati. Kalau kita mati kerana ibadah Allah, kita masuk syurga."

"Kalau tak?"

"Kalau tak, kita dighaibkan."

"Lu biar betik, Tompok." Lembu Putih was-was.

"Entah la... tapi nenek gua bagitau camtu la. Kalau nenek gua kencing, gua kencing lu la."

"Tapi kan nenek lu dulu pernah tipu kita yang dia berasal dari kuda?" Soal Coklat.

"Kau jangan ungkit2, Coklat. Gua bunuh lu sekali lagi kang."

"Dah.. dah. Sampai sini pun nak bertekak. Releks arr beb." Putih mencelah. Kelabu dari tadi memerhati turut mengangguk.

"Weih.. Kelabu. Lu dulu mati sebab apa?"

"Gua mati sebab ibadah kerana Allah."

"Eh.. eh.. Kompiden jer kau cakap. Cer story sket." Sampuk Tompok.

"Iman masjid, dia nak g masjid..."

"OOoo kalau Imam Masjid sembelih lu, kompom la kerana ibadah Allah. Pergh... syurga tu beb." Potong Coklat.

"Lu bikin paru2 gua panas beb. Tunggu la habes cerita." Tompok dah hangen satu badan.

"Hadoi yai. Lu ni biar la matang sket. Habiskan cerita Kelabu." Putih dah berbulu.

"Iman masjid g masjid naik Pajero. Gua tak nampak masa melintas. Dengan gua, dengan Iman Masjid arwah malam tu."

"Warrhhhh kah kah kah kah." Putih menonggeng gelak.

Tompok juga berdekah sambil tangan memegang perut. Coklat jangan cakaplah. Ketawa sambil geletek ketiak sendiri untuk kepuasan maksima.

"Mati eksiden ada hati masuk syurga. Warggrhhhhh kah kah kah kah." Putih gelak lagi.

"Dah tahu kelabu, pakaila jaket pantul cahaya. Warghhhhh kah kah kah." Tambah Coklat.

"Ekeleeee... yang lu plak Tompok? Mati pasal apa?"

"Gua mati pasal gua lembu laga. Gua berlaga dengan Coklat. Tapi sebab Coklat mati dulu, kira gua menang la."

"Warrghhhh.. hahahahaha. Kah kah kah kah." Putih terus gelak.

"Apsal lu gelak?" Soal Tompok dan Coklat serentak.

"Bodoh macam lembu. Kena aniaya kat manusia. Kah kah kah kah." Putih gelak lagi.

"Okeh.. lu plak? Mati pasal apa?"

"Gua mati pasal ibadah Allah beb. Gua kena sembelih hari Jumaat lagi." Putih bangga.

3 yang lain terdiam.

"50 orang raikan kematian gua beb. Siap banner lagi."

"Ha? Yang arak kepala lu kat SUK tu ke?"

"Ha ah."

"Warghhh kah kah kah kah. Tu sembelih kerana UMNO, bukan kerana Allah. Kah kah kah. Bodoh macam Melayu."

"Warrghhhh.. hahahahaha. Kah kah kah kah. Siap kena pijak kepala lagi tu beb. Kah kah kah."

6 comments:

Pemburu Syahid said...

Salam...

Lu memang best lah Aduka

Anonymous said...

sial punye cerita...
funny giler....
ko leh join apo ke ujang ke..
haha....

wansyuk said...

aloo broo..bley knal..gua dgr lu ny otk genius.engineer erk..? bdg apew...gua pun mnat jgk nk jdk iengineer..emm..kalu lu sudi nk knal gua,,lu boley la antar emel gua wan_syuk08@yahoo.com or ym wan_syuk08..k la..chaw dulu..assalamualaikum

rosul said...

apalagi AT..dah ade jalan tu...so cubalah pinang..mana tahu ade rezeki..gua setuju jadi saksi...

Anonymous said...

apa la ko aduka bodoh... kalau nk buat cerita pun jgnla kait soal akidah (pdg mahsyar). ni soal agama la... bodo bangang la ko.. perasan pandai kritik sana sini, mcm perfect sgt. pigi la mangkuk...

Anonymous said...

tak baik kata putih macam tu tau. kecik ati putih. putih kena sembelih untuk hari mantai lah. dorang pinjam kepala putih nak buat demonstasi je.

~sarinilam