Skip to main content

Lagi kisah ulama bodoh piang.

Oleh : AdukaTaruna

Terdapat satu negara di bawah falsafah bodoh , sempit dan sesat; Kepimpinan Ulama. Semua ustaz. Tengkorak dia tuh. Sampai Menteri Kesihatan pun diharuskan ulama gak. Hasil tekanan Dewan Ulama parti terbesar di negara itu.

Pada satu keadaan, negara tu dilanda wabak H1N1. Selsema babi.

"Babi punya babi. Tu pasal Allah suruh haramkan babi. Tu pasal nanti Nabi Isa akan bunuh babi. Dari Abu Hurairai r.a bla..bla..bla" Menteri Kesihatan berstatus ulama memulakan metting.

Yang lain dengar dan taat.

"Kita akan mulakan pencegahan dengan membunuh semua babi dalam negara."

"Tapi skang babi bukan lagi agen pembawa, sebaliknya manusia. Nak bunuh babi ke nak bunuh manusia?" Tanya seorang saintis yang ada dalam metting.

"Ana ulama ke, anta ulama?" Soal Menteri Kesihatan balik.

"Apa2 yang Allah perintahkan terselit rahmat yang tersembunyi. Faham?!"

"Datuk Seri Ulama, saya rasa, pembunuhan babi adalah satu langkah yang mengundang ketidakstabilan politik yang dasyat. Kerana pengguna babi lebih berpendidikan tentang wabak ini. Makanan mereka disalahkan. Akhirnya membuka masalah lain."

"Tahukah apa hukumnya menentang Kepimpinan Ulama?"

"Mohon maaf Datuk Seri Ulama, perkara yang terbaik setakat ini, ialah kita menyaring setiap mereka yang demam. Kita kuarantinkan."

"Termasuk orang Islam?"

"Benar Datuk Seri Ulama. Malah ulama sendiri kalau didapati demam perlu dikuarantin dari memberi kuliah."

"Anda Allah atau siapa Allah? Mahu menyekat perkembangan Islam. Ini semua kerja Yahudi."

Comments

  1. pergh! first time tersesat kat blog sapa tah ...

    nie nak tanya la...
    ada jugak Orang Bodoh jadi Ulamak ek???

    camner tu?

    ReplyDelete
  2. ek eleh... semakin merapu la lu bro... cerita sblm ni ade gak sket2 theme nya... dah2 laa... lu cari isu len lak. x abih2 maki ulamak.. wakaka

    ReplyDelete
  3. ulama' adalah pakar dalam satu2 bidang, jangan sempeitkan pengerian ulama'.. tuan aduka cuba fahami perkataan ulama' dahulu sebelum hentam atau sindir.. ulama' bukan hanya untuk lulusan agama tp dimalaysia diterjemahkan ulama' sebagai golongan ilmuan agama... jadi apa kata HENTAM dewan bahasa dan pustaka dulu betukan makna perkataan tu


    ~pencinta bahasa arab~

    ReplyDelete
  4. hahaha

    letih la tengok orang yang nak menang je ni, rasa dirinya betul je

    lagi ramai orang hentam lu, lagi banyak cerita hentam hadi yg lu nak buat

    cerita kali ni memang lawak tapi tujuannya dah tersasar

    sudahlah AT, cukuplah bodohkan diri lu

    lu dah tewas dengan hadi kali ni... tapi lu tak nak ngaku kalah....

    sabar je la

    jibam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.