Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 28, 2009

Kisah ulama bodoh piang.

Oleh : AdukaTaruna

Di Timur tanah air ada sekor ulama ternama. Sijil jer lebih. Di kampungnya dilanda wabak denggi. Hangat beb. Hangat. Kes yang menjadi sebutan di kedai2 kopi.

Satu petang, tengah bagi kuliah depan sanak-saudara; sekor nyamuk Aedes baik punya landing atas tangan salah sorang anak dia. Cam biasa anak dia angkat tangan untuk tampar nyamuk tuh sebelum upacara cocok dan sedut bermula.

"Jangan gopoh tampar nyamuk tu." Tegah si ulama.

"Eh... napa plak?"

"Jangan gopoh, jangan gopoh la. Cuba dengar dan taat."

"Alahai... habes ni nak wat cane nih. Dia dah sedut darah dah nih."

"Kita akan bersihkan kawasan rumah kita ni dulu. Pedulikan nyamuk tu. Jangan gopoh."

"La.. mana yang dulu la. Kalau nyamuk datang kita hapuskan, kalau ada kotor kita bersihkan."

"Wala... wala!! Jangan banyak soal macam Bani Israel."

"Hadoi... nyamuk punya kawasan 5km persegi la. Bersih rumah kita tak berguna kalau rumah jiran pun kotor."

"Kita kena bermula dengan kempen dan tarbiyah."

"Yerlah.. tapi nyamuk ni cane nih. Dah gemok dah ni. Siap bawak jemaah lagi ni."

Pendek cerita, ending punya story, si anak ICU denggi berdarah. Banyak sangat ilmu sampai bodoh piang.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
kamu tu yang bodoh piang. benda yang mudah pun tak boleh nak faham.lain kali tanya la dulu orang,bila orang buat perumpamaan bukan semuanya sama.contohnya : gemuk macam gajah, bukan bermakna dia tu ada belalai atau rupa macam gajah. hang ni bukan tak paham aku rasa.cuma hang buat-buat tak paham.nampak sangat hati hang jenis mana.banyak la baca quran, moga hati lembut(mudah terima kebenaran), kalau tak lembut juga baca juga maksudnya, kalua tak lembut juga, elokla hang tadah tangan minta allah bagi hati baru kerana hati hang dah betui2 karat. jangan marah no sebab aku tak boleh terima perkatan bodoh piang hang ajukan kat seorang ulamak sebab bila aku baca rupanya hang tak paham perumpamaan.

Shannaro said...

jgn ambik ati dgn dia ni bro anonymous. kalo jumpe, penampo je. nasehat x main dah. degil dia ni. perasan diri bagus. wakakaka...

Anonymous said...

siot la lu ni AT

tak habis2 nak menang

mengaku je la lu bongok sikit/tak paham perumpamaan yang hadi cakap tu


dia tak cakap pun jgn tampar nyamuk, lu je yang memandai tambah

gua sidekick lu baru tahu

jibam

ku2 said...

salam.
sememangnya cite lu lawak, beb. tapi sayangnya perumpamaan lu tak kena. good try but bad effect.
posting lain2 mantap..

Anonymous said...

macamm

Anonymous said...

pada gua, perumpamaan AT ada menariknya.

jangan gopoh nak laksana hukum rotan, padahal dah ramai dah budak2 minum arak.

jalankanlah hukuman sekadar yang mampu dulu. dalam masa yang sama. berusaha lagi untuk fahamkan rakyat ttg islam..

gua sokong artikle u bro AT.

gua dok perati. orang dok hentam lu, tak buktikan sebab dorang hentam lu...

Pemburu Syahid said...

Salam....

Satira nih subjektif sikit tafsirannya.

Jika anda faham artikel itu sebagai sampah, maka sampahlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai sindiran, maka sindiranlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai kebiadapan, maka kebiadapanlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai nasihat, maka nasihatlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai "kurang ajar", maka "kurang ajar"lah yang anda temui.

Pendek kata, ada akal guna, ada mata tengok, ada telingan guna, ada fikiran analisa.

Tidak perlu emosional kerana emosional akan menenggelamkan akal dan akan menerbitka nafsu.

Create blog sendiri dan sanggah Aduka Taruna. Bukankah itu lebih baik daripada anda menyanggah secara sembrono sebegini?

Maaf jika ada yang terasa....Islam itu nasihat menasihati. Take it or leave it. Simple jer...

Anonymous said...

Wa rasa artikel nie umum, tak semestinya ulama dalam artikel ni Hj. Hadi, bila wa baca artikel ni wa tak refer artikel kepada ulama Hj. Hadi, atau mana2 ulama di Malaysia nie, artikel ni boleh jadi umum, dan wa tak refer kepada ulama pun, boleh jadi mana-mana pemimpin juga artikel nie ditujukan, sesiapa juga boleh jadi bodoh, boleh jadi cerdik tak bergantung kepada statusnya. Jadi, wa tak rasa ulama tersindir pun atau pun AT berjaya sindir ulama. Heheheheh...

Anonymous said...

pemburu syahid,

kalau tak boleh komen kat sini, elok tutup saja bahagian komen.

so x dak sapa nak komen