Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 17, 2009

Kisah budak tadika kena pukul.

Oleh : AdukaTaruna

Ada satu budak tadika beb. Nama dia Shamsul. Debab2 gitoo la. Comel jer. Kat tadika, dia selalu kena buli. Kengkadang spek mata n garfu dia kena rampas time dia makan mee goreng. Terkial2 dia nak cedok mee tu guna sudu. Muka dah cembeng habes dah.

Satu hari, tgh2 belajar, dia angkat tangan.

"Cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?" Shamsul berkata dengan nada begitu skema skali. Tangan kiri pegang bontot. Kaki rapat terkemut2.

"Boleh Shamsul. Silakan." Cikgu tadika izinkan.

Tengah2 Shamsul membuang apa yang patut, seluar dia yang disangkut kat pintu tandas kena kidnap. Dia menjerit sambil nangis.

Pendek cerita balik rumah dia mengadu kat bapak dia.

"Jom kita pergi jumpa budak jahat tu. Siap dia!" Kata bapak dia.

Shamsul begitu semangat sekali gua cakap lu. Dia pun jalan la dengan bapak dia. Geram, semangat yang meluap2.

Klik sini nak tgk gambar.

Blah la lu. Setakat berkepit dengan bapak lu kemain hero. Kalau berani one by one la dengan Khairy tu. Tantawi si budak Pasti dah banyak kali ajak Khairy bertumbuk dah.

5 comments:

Kumbang said...

superb bro..wakaka

Kapak Besi said...

dia ajak geng hehehhe


Pemuda Pakatan cabar Pemuda BN debat isu pengkhianat

BUKIT MERTAJAM: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabar Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berdebat mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu. Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut.

"Khairy boleh tetapkan di mana sahaja dan bila untuk berdebat, kami bersedia pada bilabila masa dan biar rakyat tahu siapa sebenarnya pengkhianat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pemuda PASDAPPKR di markas Pemuda Pas di Kampung Pelet di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat barubaru ini menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hasan berkata jentera Pemuda PASPKRDAP akan berkerja keras bagi menarik pengundi muda untuk mengundi calon parti itu, Mohd Salleh Man Mat Aji pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu, jentera Pemuda PASPKRDAP telah mengatur beberapa strategi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas, termasuk turun padang bagi mengenalpasti pengundi muda di kawasan ini. "Kita akan tarik pengundi muda kerana lebih 40 peratus adalah golongan itu dan mereka merupakan penentu kemenangan kami di sini," katanya yang enggan mendedahkan lanjut mengenai strategi pakatan itu.

Pilihan raya kecil itu dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, Mohd Salleh (Pas), dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pemilih berdaftar termasuk seorang pengundi pos dan daripada jumlah itu 14,677 pengundi (72.34 peratus) ialah Melayu, 5,248 (25.86 peratus) Cina, 332 (1.64 peratus) India dan 33 (0.16 peratus) lain-lain bangsa. BERNA

Syam Putra said...

ingat zaman sekolah dulu, selalu kena buli...
akusyamputra.blogspot.com

Anonymous said...

bukan ONE BY ONE

ONE ON ONE

cakap melayu la senang

sabri said...

fikiran kau memang terkedepan la Aduka. dah seminggu kau cakap, baru skrg ketua Amk nak ajak berdebat.