Skip to main content

Kes UMNO Ganu. Meh sini lu Idris.

Oleh : AdukaTaruna

Skang ni bro, walau Mat Said tu bukan pilihan UMNO, tapi lu jangan ingat diri lu pilihan BN. Skang bukan zaman Paklah beb. Skang zaman Najib. Lu balaci Khairy jer ma. So, lu ingat lu boleh selamat dan survive ke PRU13? Dah tentu Mat Said kena reject as calon, dan lu sendiri kena reject. Najib akan buat muka baru yang fresh punya. Guna kepala otak sikit.

Sementara lu masih ada kekuatan dan pengaruh di Terengganu, lu perlu buat apa sahaja untuk bubarkan DUN Ganu. Lu faham tak? Kalau lu tunggu PRU13, masa dah lama sangat. Jangan mimpi la lu masih harapan BN.

So, point gua ialah skang ni waktu sesuai untuk bertanding balik. Kena plak Mat Said kalah, dah tentu lu jadi MB sebab keadaan memaksa begitu. Kalau Sultan masih taknak lu, lu boleh cadang kroni lu kepada Najib untuk dipersembahkan kepada Sultan.

So? lu nak tunggu nasib lu jadi sampah yang hina atau lu nak berjudi? Politikkan satu perjudian. Lu mesti tahu kekuatan PAS punya. Setakan 8 DUN jer PAS boleh dapat, apa nak risau. Bila DUN Ganu bubar, gua jamin BN akan lebih ikut cakap lu. Sebab lu punya pengaruh kuat dah sepenggal, manakala Mat Said tak sampai 2 tahun.

Cara bubar DUN.

Takan tu pun lu tak tahu ma. Lu provok sahaja, pada sekian hb, jam hb, lu akan ishtihar bebas. PKR tidak, PAS pun tidak. Lu adalah calon bebas yang condong kepada kerajaan pusat. Lu kena berani beb. Lu kena langgar Hishamddin Aww tu untuk buat camtu.

PAS Ganu plak kena langkah mayat semua pengundi dan ahli PAS seluruh Malaysia untuk bergabung dengan Mat Said membentukkerajaan baru. Kompom tak lepas punya. So, nak tak nak, DUN Ganu bubar.

Bila bubar jer, rasmi jer SPR umum pilihanraya negeri, lu umum bertanding semua kerusi dan ishtihar kalau menang, lu akan masuk BN semula. Semuanya demi kebaikan UMNO dan BN.

80% lu menang punya sebab UMNO negeri bawah pengaruh lu. Dan bila lu menang, takan UMNO pusat tak nak terima lu balik? Kerat jari la bai. Kompom dia terima balik. Dan lu jgn berlengah lagi, terus kukuhkan kedudukan lu dalam negeri Terengganu.

Takan itu pun gua nak ajar beb.

Comments

  1. So, point gua ialah skang ni waktu sesuai untuk bertanding balik. Kena plak Mat Said kalah, dah tentu lu jadi MB sebab keadaan memaksa begitu. Kalau Sultan masih taknak lu, lu boleh cadang kroni lu kepada Najib untuk dipersembahkan kepada Sultan.
    ............

    wa rasa petikan ni lu silap bro.... perlantikan Mat Said dulu pun bukan pilihan UMNO.... tapi pilihan sultan sendiri.... Sultan Teganu akan reject semua pilihan dari UMNO.... biar pun dipersembah oleh Si najib.... Sultan Teganu akan buat pilihan sendiri...

    - abanghensem

    ReplyDelete
  2. Rosol pun berfikiran macam Aduka. Dia ingat dia buat gitu rakyat Ganu akan terimalah. Rakyat Ganu setia kepada Sultan. Sape lawan Sultan dianggap penderhaka. Lg pun la ni Md Said dah buat baik dgn pemimpin PAS. Tak mustahil kalau ADUN BN khianat, Md Said akan bergabung dgn PAS jadi kerajaan campuran.

    ~sarinilam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...