Tidak sama hukuman rotan syariah.
(Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.)
Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.
Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.
Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
1. TQ sebab respon. Gua ingat lu nak terlentang kat Rusila, terpisah dengan dunia luar. Wujud lagi lu rupanya.
2. Gua nak uas benda ni jap. Dah macam ulat bulu dengan rama-rama dah. Siapa dulu.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
So, kat sini maksud lu, kena kuatkuasakan sepenuhnya arangan arak baru boleh guna hukum syariah? (pedulikan hukum tu real Islam atau suku)
So, sementara belum lagi dapat perjuangkan dan tegakkan kuatkuasa Islam terhadap arak, hukuman yang condong syariah tak perlu lah ye? Nak lepaskan atau halakan pesalah jenayah Islam ke mahkamah civil?
Dey, ulama. Gua tahu lu terer dalam kertas pekse. Tapi skang ni lu hidup dalam reality beb. Kalau ikut hukum hakam hafalan lu tu, sampai mampos la camni :
1. Buleh minum arak sementara nak tumbangkan BN dan tegakkan negara Islam.
2. Boleh kapel2, romen2 sementara BN tumbang. Dah tumbang BN, belum tentu dapat lagi suasana negara Islam, nak kena fight dalam BR plak. So, masih ada peluang lagi romen2.
Dey ulama bodoh. Bak sini Sijil Ijazah Sarjana lu kejap. Gua nak buat unggun api.
adoi, lu mabuk ke bro?
ReplyDeletebetul la tg hadi tu cakap, hukum Islam tak leh jalan time huru hara. lu cuba google pendapat dr maza tengok pasaipa.
wa malas sebab wa melayu
ngeee........
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapa punya stupid daaaa..
ReplyDeletekot ye pn nk berstrategi jatuhkn imej TGHH..agak2 ler
stupid bangat gaya nya..
poooodah..
adoi lu ni
ReplyDeletehadi buat kenyataan salah, tak buat kenyataan lagi la lu kutuk dia
kesian orang tua tu
udah udahlah
apa yg hadi cakap tu betul
lu yg pulak tambah2kan yang boleh minum arak, romen sementara nak tunggu BN tumbang
hadi tak cakap pun
lu dah nak start fitnah la AT, gua tempeleng lu baru tahu
gen melayu lu ni buat lu lagi jadi tak betul la
jibam
yo bro AT... lama x bsua. tnyata lu masih poyo mabuk dgn ideologi sendiri, hahaha.. x abih2 kutuk ulamak...
ReplyDeletecuba lu paham btui2 maksud tghh tu. bukan maki ikut suka hati pedal lu. xde pon statemen dia suh biar buat maksiat sementara tunggu bn jatuh.
lu blogger nyamuk, mungkin lu terasa dgn anologi tghh ttg nyamuk aedes dan longkang tu...wakakaka
lu mmg spesis xleh baik dah... teruskan kerja bodoh lu ni... wa xtau nak kata apa dkt lu dah....
Salam sdr. aduka.
ReplyDeleteSaya setuju benar dengan pandangan saudara.
Menghapuskan nyamuk dengan menampar, bukankah gila bunyinya?
yo wassup bro AT..
ReplyDeletedont worry bro, mabuk hindu mcm bro xdikira..
Tuan guru tak maksud macam tu lah. Jangan pandai2 buat andaian sendiri. Mendidik umat islam bukan setakat menghukum sahaja. Ia harus dibuat secara berperingkat-peringkat seperti yang Kerajaan Selangor sedang buat sekarang.
ReplyDeletewa dah pening ....2-2 betul blako....kalau ikut AT pn betul, nak tggu BN hancus xkkan nak bior cmtu je. N kalau ikut TGHA pn betul. Perlaksanaan hukuman Islam yang terburu-buru akan di khuatiri memburukan imej Islam tu sdri.Sbb yg duk ada ni bukan ikut yg sebenarnya lagi..Bro AT kali ni xmudah lu nak menjahamkan TGHA...lu kena kuar satu post baru lagi menjelaskan maksud lu tu. Tp x aci lu guna andaian itu dan ini. Let based on fact
ReplyDeleteSetuju dgn TGHH. Pencegahan harus diutamakan. Kemudian baru hukum....
ReplyDeleteContohnya, ibubapa tak marah anaknya bercouple berkepit sini sana....
Tapi melentik bagai nak rak kalau anaknya terlanjur berzina...
Lalu dimaki hamun dan dihalau anaknya dari rumah..sedangkan ibubapa tu sendiri adalah punca utama kerana membuka ruang untuk anaknya melakukan maksiat...
Salam,
ReplyDeleteHj Hadi tak suruh pun tak perlu sebatan, tapi dlm gambaran yang lebih besar kenapa umat Islam bebas minum arak? Maksudnya, bukan tak perlu pukul nyamuk tapi kenapa nyamuk boleh jadi begitu banyak? Adoii senang punya analogi pun takleh nak paham kaa?? Jatuh standert la mcm nie...
" Menjalankan hukuman terhadap peminum arak '' tanpa '' menghapuskan puncanya "
ReplyDeleteNampak tak Hj Hadi guna words TANPA...dia bukan kata SEBELUM...kalau dia kata SEBELUM elok la lu bantai dia...lu cakap lu pakar bahasa sangat...itu pun takleh nak hadam... tu la lengkali posa kena banyak bersabar...jangan nak suka hati hentam orang tanpa betul2 teliti...
mamat sekoq nih bodonya cam baghal cacat akal, hukum sebat tuh bkn syar'ie pon bongok, kena rotan pun tak hapus dosa gak weii, maka wat ape terburu-buru? dahla kerja terburu ikut setan, tak syar'ie lg bodoH, amek tahik idung Lu kemam la seminggu baru reti sket nak komen..huhuhu
ReplyDelete