Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 12, 2009

Duduk surau jer la bro..

Kamarul Ramizu umum tanding calon Bebas di Permatang Pasir

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43, yang sebelum ini pernah bertanding dua pilihan raya kecil, malam ini mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas.

Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.

Ketika menghubungi Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya.

3 comments:

Anonymous said...

kamarul mizu ni dalam malaysiakini
ckap pakar motivasi, bila masa polak la dia ni ade kelulusan pesekologi nii,
yang saya tahu sakg ni dia ayahanda pakidaa area parit, perak.
sejak jadi ayahnda ni mak oii keta pakai 3, 4 bijik kt umah , siap bukak kedai makan seafood tepi sungai, mana la dapat byk duit camtuu kan
kira hebat la taip kali ade pilihanraya kecil dia nk tandingg, bykk duittt nii kannn, saya tahu la semua ni sb adik saya kwn ngn anak diaa , pernah la lepakk umah kamarulmizu nii..

Anonymous said...

PUKIDA!

Hanz_Azdi said...

Tu dia la PEKIDA zaman laa...hat ayah yang ada cuma nampak kebendaan, nak kaya ikut saluran politik, atau pedarah duit anak-2...nama bes tapi haprak.

Hat yg betui hanya sekerat aja. Payah nak jumpa pun..duk dlm gelap.

Suruh Ramizu blah atau declare masuk UMNO ajer laa...buat malu ajer.

///