Skip to main content

Deyy Kepimpinan Ulama bodoh. Meh sini lu orang..

Oleh : AdukaTaruna

Kepimpinan Ulama ni dah la sesat, ciptaan memandai2 manusia, plastik, bodoh plak tu. Meh sini lu orang semua.

Skang ni Kartina dah jadi maruah Islam. Dah level sama macam kes Natrah dulu. Kes ni akan masuk dalam buku sejarah undang2 Islam Malaysia.

Maruahnya ialah Kartina harus disebat. Apabila Kartina disebat, dengan relanya, dengan insafnya, ianya boleh membuka minda satu dunia. Perbahasan merebak. Bukan tahap CNN lagi dah ni beb. Lu paham ke tak ni ulama2 bodoh?

Cara penyelesaian.

Dey.. ulama bangang. Lu dengar sini baik2. Baca pelan2. Skang ni, UMNO beli masa. Kartina ditekan merayu. UMNO mustahil mahu dunia melihat mereka menyebat rakyat kerana arak.

Peguam Negara kata hormat bulan pose.
Hishamuddin kata takda penyebat syariah.
Anak Sultan Pahang tu plak beli masa.

Skang ni, lu jumpa keluarga Katina dan minta persetujuan dia dalam bentuk bertulis. PAS sediakan penyebat syariah. Guna lulit lagi cantet. Cari satu pihak tertentu. Macam sedara mara dia ke. Senang jer. Cikgu agama pun boleh buat. Bapak dia sendiri boleh buat. Sebat yang beri ikhtibar. Satu ritual motivasi semata. Bukan la mcm civil tu. Sampai terkopak urat saraf.


Cakap dengan dia, kita akan lakukan ritual sebat ini demi maruah Islam. Ini adalah satu peluang bayek punya Allah bagi untuk tegaknya hudud di Malaysia.

Tetapkan satu tarikh, buat satu majlis sebat oleh si bapak, siap ada pameran bahaya arak lagi, siap ada kenduri doa selamat lagi lepas tu. Kita sokong moral ramai2.

Kartina pakai elok2, then bapak sebat dengan 6 sebatan. Selesai jer muslimah kena dakap Kartina, cium. Kompom dramatik punya. Nik Aziz kena bagi bunga lepas tu by pos.

Lepas selesai sebatan oleh bapak Kartika, Kartika terus kemukakan rayuan. Ikut cakap Najib plak. Selesai.

Lu nampak tak berapa banyak keuntungan yang Islam dapat? Bab ulama pergi mampos sama dia. Dia nak lembab ke, nak bodoh ke, pergi mampos. Yang penting Islam beb.

Bapak sebat Kartina di depan media. Siap ada wakil Al-Jazeera lagi. Lepas tu Kartina mohon rayuan ke atas sebatan mahkamah. Cepat selesai. Lagi lama lu ikut rentak UMNO lagi terdedah kepada kekalahan. Pusing2 US gak menang. Dia ingat dia sorang jer cerdik?

Dey... ulama bodoh piang? Lu dengar tak? Kalau lu dengar lu teliti balik cadangan gua nih masak2.

Kartika harus disebat kerana ia telah menjadi maruah Islam.

Comments

  1. llu pon bley jd tukang sebat,sebat sekali ulamak2 yg lu tak suka tu...
    janji islam teratas...yg penting peluang baik jgn di persiakan...

    ReplyDelete
  2. idea yang boleh digunakan pada alam mimpi sahaja

    ReplyDelete
  3. bro,dok pening ckit.yg mana satu? kartina ke atau kartika.bro ulas utk 2 org ke?

    ReplyDelete
  4. Tidak sama hukuman rotan syariah

    Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

    Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

    Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

    Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

    Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

    Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

    Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

    Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

    Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

    Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

    Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

    Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

    Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

    Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

    Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

    (Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.)

    Sumber: Malaysiakini

    ReplyDelete
  5. wah!!! jibam pun baca gak blog lu aduka....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...