Skip to main content

Darah gua A ke O?

Oleh : AdukaTaruna

Dulu masa gua eksiden, gua kena tambah darah. Darah yang spital bagi gua ialah jenis O. Lepas tu masa wa study, ada kempen derma darah. Gua masuk line nak derma darah. Nurse cun tu bocorkan jari manis gua dan check gua darah jenis apa. Darah gua O beb. Sebab gua ingat nurse cun siap puji gua darah O ni kategori baik dan sanggup berkorban punya. Haha.

Tapi semalam gua merayap kat Jusco Seremban 2. Ada kempen derma darah. Sebab gua ingat darah gua dah berlebih2 banyak sampai membuatkan perut gua ke depan dengan dasyat sekali, gua ingat gua nak zakat sket darah gua.

Gua pun test darah. Tapi kali ni makcik India. Nurse tak nampak plak gua. Sekali dia test, dengan selamba jer dia cakap darah gua jenis A. Aih... darah boleh tukar2 ke? Gua cakap la, sepanjang pengetahuan gua, darah gua jenis O. Dengan senyum manis makcik tu cakap darah mana buleh tukar2.

Balik rumah, dengan nada kompius gua rujuk pada mak gua. Stendet la anak mak. Hahaha.

"Mak. Darah angah jenis apa?"

"O la. Kenapa?"

"Apsal nak derma darah tadi dia cakap darah angah A?"

"Ha? Apsal A pulak?"

"Tu yang kompius tuh."

"Derma tak?"

"Tak. Reject. Sebab makan panadol."

Comments

  1. hahaha.... mungkin lu ni jenis mutant.... pasni boley la lu try terjun dari bangunan tinggi.... mana tau lu ni kebal liat nak mati cam awek dalam citer heroes tu..... dak pun tangan lu ada besi tajam cam wolverine.... best woooo..... hahaha

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. ada sekali waktu kempen derma darah, [sini hampir setiap penggal ada] lect wajibkan satu kelas p derma darah waktu kelas dia..

    adeh terigt pic kengkawan yg p derma dedolu.. jarum mak aihh...

    n so, nur n da geng cabut,, hahaha
    ** walaupun miss adilah tuh dah bg lecturer dan kata2 insaf suh derma darah ;p

    tp dari jauh terasa gak sbb kedekut darah, lebih2 lagi sbb darah org baik2,, huhu


    nur

    ReplyDelete
  3. Almost always, an individual has the same blood group for life, but very rarely an individual's blood type changes through addition or suppression of an antigen in infection, malignancy, or autoimmune disease. (http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_type)
    tapi aku tak rasa jenis darah kau bertukar, aku rasa nurse tu salah, sama ada prosedur atau interpret result

    ReplyDelete
  4. bleh masuk nat geo lu ni..hahaha..tp kemunkinan paling tak mungkin sekali berlaku ialah nurse pertama tu TERtest darah yg lu dpt mase eksiden tu..hahaha..tp kemungkinannya amat jarang gle la...so boleh masuk kat kolum tepi yg kecik atas tajuk pelik tapi benar macam kat utusan dlu2 tu...

    ReplyDelete
  5. wa masa study dulu penah 3 x derma darah.... pas tu ada la dalam 3-4 kali derma darah.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  6. akak rasa kan...
    dulu darah ekau jenis o..darah jenis baik..
    semenjak dua menjak ekau kuat memaki ulamak neh...
    darah ekau pun bertukar!!jeng jeng jeng...
    kifarah darah jang oiii
    :p

    ~k.memot~

    ReplyDelete
  7. leh jadi gak tuh kak memot
    nak cakap camtuh cam xsampai ati lak tadi..
    hahaha,, ;p

    nur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...