Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 29, 2009

Bulan pose masa gua kekecik.

Oleh : AdukaTaruna

Masa gua kekecik dulu, bulan pose bulan bz gile. Dengan nak buat pelita buluhnya, dgn nak buat pelita tin susu, dgn nak main perang2 guna mercun, dengan kena jadi buruh paksa mak gua buat kuih. Pergh... memang bz.

Skang? Skang adik gua paling kecik punya cukup masa. Semua beli beb. Dari lemang, sampai kuih raya. Semua beli punya. Rendang jer mak gua masih buat.

Teringat masa dulu gua baru habes ekolah. Hari mantai, mak gua suruh pergi pasar tani. Beli barang. Dulu mana ada enpon. Pager ada la. Tapi gua mana pakai benda alah tuh. 10 senarai mak gua tulis atas kertas, 20 kali gua ulang-alik publicphone untuk tanya. Huhu.
  • Ayam pencen. Ah gila... wa baca jer senarai tu semula, memang gua cemas. Ntah macamana nak beli ayam pencen nih. Nak tanya kat pcik jual ayam tu, gua dah segan dah. Kompom kena gelak plak kang. Tepon jugak mak gua. Last2 setelah kena leter, gua nekad tanya. Seb baik pcik tu kenal ayam pencen.
  • Lengkuas dengan Halia. Dulu gua cukup kompius. Kalau kunyit gua kompiden. Tapi Lengkuas nih. Dulu punya cerita la. Masa gua zaman Mat Rempit.
Teringat gua tadarus dulu. Celah2 org tua beb gua mengaji. Team tadarus plak, tak boleh terus moreh. Nanti perut kenyang, sebu tak leh nafas panjang. Nak tak nak, utk team tadarus, makanan moreh disimpan khas. Kalau tak simpan licin la beb.

Ada satu pcik tua kitorang panggil Tok Jepun. Muka sebijik guru Karate Kid. Dulu gila babun punya kemut gua cakap lu. UMNO totok. Skang ni dah bagus dah. Sejak balik Mekah lepas, jangan kata bagus, selalu gua nampak kat ceramah PAS.

Lu bayangkan, dulu, ada orang sedekah tembikai, dia boleh sorok tembikai tu kat celah2 periuk. Lepas tu lupa nak ambil. Ada kala sampai lupa mana dia sorok. Akhirnya tembikai tu ditemui dengan keadaan busuk. Gua punya berbulu, setiap kali jumpa jer mana2 makanan disorok yang busuk, gua bungkus baik punya dalam plastik, sangkut kat depan pintu pagar rumah dia.

Seminggu malam pose berlalu, operasi merembat tong sampah jenis besi bermula. Nak main meriam guna karbait. Sapa yang lambat atau terlupa bawak masuk tongsampah akan dianggap sedekah tong tuh. Main sampai orang report polis. Memang tu pun motifnya, sebab seronok kena kejar.

Main perang2 plak. Senjata bes ala2 bom berangkai ialah mercun dragon. Nak dekat2 habis sumbu, baling tinggi2 kat kawasan musuh. Berlubang2 baju Melayu. Bila balik kelam-kabut sorok baju tu bawah tilam.

Tapi itu dulu..

3 comments:

armouris said...

banyak info tentang puasa kat sini - Puasa @ Info-Kesihatan-Anda

Anonymous said...

Salam AT,

Adakah mercun dragon tu mercun teloq naga? Wa selalu main mercun lada, mercun papan, mercun teloq naga, mercun tali, etc ...itu belasahan tahun dululah semasa di bangku sekolah, masa tuh tak haram lagi mercun kecuali yang mcm thunderking, ketupat....hahah seronok teringat balik...

Anonymous said...

wa masa bebudak dulu bulan puasa wa mai tikam..... wa jadi tokey.... wa beli tikam kat kedai india.... wa jual kat kenkawan..... untung beb pergh!!! siap boleh buat beli mercun lagi duit tu....

-abanghensem