Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 27, 2009

Bapa jadikan 4 anak mangsa pemuas nafsu


KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Begitulah perkataan sesuai digambarkan buat seorang lelaki yang sanggup menjadikan empat anak perempuannya sebagai tempat pemuas nafsu.

Lebih malang, perbuatan kejam itu hanya terbongkar setelah mereka menjadi mangsa sejak 16 tahun lalu.

Kehidupan malang empat beradik itu bermula apabila kakaknya, yang kini berusia 23 tahun mula menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia tujuh tahun di rumah mereka di Kampung Pak Mentosa, Tembila, Besut.

Selepas beberapa tahun kemudian, suspek melakukan perkara sama terhadap adik-adik mangsa.

Sementara itu, ibu mereka yang menjadi tempat mengadu tidak dapat berbuat apa-apa apabila diugut untuk dicederakan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila dia cuba merogol anaknya yang berusia 15 tahun, April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri, berkata, berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, Sabtu lalu.

''Berdasarkan laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan tiga kakak mangsa dan mengesahkan perlakuan kejam suspek.

''Pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,'' katanya.

Releks. Jangan gopoh laksanakan hukuman sebat kalau memang dia bersalah. Macam tampar nyamuk Aedes tapi longkang terbiar. Kita kena utamakan tarbiah. Ini selari dengan saranan PM kita, Najib.

Kita akan bina suasana persekitaran Islam dulu.

1 comment:

tikay said...

Bai, rasanya lu dah overdrive hentam ustaz hadi dalam hal ni. Gua pun setuju dengan sarana lu untuk amik peluang ni utk promote Hukum Islam dan in fact patut yang ditonjolkan ialah bagaimana ada orang Islam kat sini memang nak gila2 kat hukum Islam tapi dihalang oleh penguasa. Cuma bai, bila lu hujahkan kebangangan ustaz hadi hanya dengan tafsiran lu terhadap kenyataan dia yang lu rasa dia mintak hukuman tu tangguh (sedangkan gua tak rasa dia mintak tangguh) gua rasa lu overdrive ma. Level lu dah kena paham apa dia maksud apa dia makna sebab lu ada falsafah.