Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 7, 2009

Arak : Weih MB Selangor, sini jap.

MB: Tiada larangan menyeluruh jualan alkohol di S'gor

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".

Langkah ini bagaimanapun bersifat sementara kerana garis panduan lengkap tentang penjualan minuman itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan, katanya lagi.

Beliau memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam pagi ini.

Isu penjualan alkohol di Selangor meledak semula awal minggu ini apabila Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

Weih, MB Selangor lu dengar jap cadangan gua. Gua faham dasar lu. BR baru setahun lebih. Kelantan nak jadi Kelantan pun 19 tahun. Ambil 10 tahun la. Takpa. Releks. Gua faham. Itu tugas lu.

Skang tugas PAS ialah mendesak dengan bijak, mencilok dengan cerdik kepentingan muslim selaju mungkin. Langkah2 hari ini adalah langkah2 awal mendapatkan dasar kepentingan muslim 10-19 tahun di masa hadapan. Kata lain takda tangga pertama, mana ada kemuncak tangga. Itu tajuk sudut bertentangan. Jangan sebodoh dan sestupid ulama Ganu dah. Last2 hanya boleh menyalak macam anjing jer skang.

Skang ni, untuk isu ni, gua cadang kat lu 2 perkara :
  • Kawasan 70% ke atas Melayu sahaja tidak dibenarkan penjualan arak, judi berlesen, etc. Mutlak.
  • Kawasan bercampur dibenarkan. Tetapi memerlukan bantahan (tandangan ke pungutan suara penduduk setempat ke ) setinggi 70% ke atas untuk membantah sebarang kategori perniagaan dan aktiviti.
Siap no ic, alamat la dalam pungutan suara tu bagi memastikan identiti, dan kesahihan status penduduk tempatan di situ. Jadi, sesiapa yang taknak apa juga aktiviti dalam kawasan mereka, pepandaila kempen ke, ceramah ke, dialog ke sesama mereka. Nak dapatkan tandatangan setinggi 70%. Bila tiba PRU, tolak BN. Settle.

Sekian cadangan wa. Kalau lu tak baca blog gua, gua tempeleng Anwar Ibrahim. Ni kira ugut la nih.

5 comments:

schizophrenia said...

aku cadangkan penjualan berpusat
satu kwsn mempunyai kedai penjualan yg terhad sahaja dgn syarat tertentu ie ratio penduduk, lesen

mohd ikhmal said...

Pendapat peribadi

1. Tanpa untuk mempolitikkan isu ini, aku tertanya apa sebenarnya yang PAS Selangor mahu??

2. Dengan 7-eleven sudah memberhentikan jualaan arak di 10 outlet di Shah Alam, itu sudah amalan yang bagus.

3. Aku melihat tindakan ini seperti ada unsur tak puas hati antara kepimpinan PAS Selangor dengan kepimpinan negeri.

4. Dengar kata juga, tindakan ini didorong atas semangat U.G.. Ada tangan-tangan ajaib cuma menjadikan perkara ini untuk menarik PAS ke pangkuan UMNO...

5. Seperti PRK Manek Urai, isu U.G menjadi bualan, pada PRK Permatang Pasir, isu arak ini terus menenggelamkan PRK Permatang Pasir.

6. Ada tangan-tangan ajaib ke yang merancang semua ini???

Anonymous said...

Aku setuju dengan Ikmal ni. Pasal pulak Hassan Ali ni menyalak macam didesak oleh orang lain kat belakang. Kalau nak buat sesuatu perubahan tu buatlah dulu paper work, duduk meja bulat dengan yang berkenaan , dah sepakat barulah umum. Macam kat Kelantan tak kecoh pun!

muraisenja said...

Salam AT....idea sgt bernas AT. Gua respeks la sama lu AT. teruskan perjuangan anda jgn tetapkan pendirian kuatkan iman kekalkan identiti mu AT. adios... Wassalam.

muraisenja said...

ralat dr muraisenja

**teruskan perjuangan anda
tetapkan pendirian kuatkan iman kekalkan identiti mu AT. adios... Wassalam.