Skip to main content

‘Ana akan saman’ - Ulama


KUALA LUMPUR: “Ana akan ambil tindakan undang-undang jika mereka masih berterusan mengaibkan ana dan keluarga,” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai, 40, atau Akhil Hayy mengenai tulisan beberapa laman blog mengenai perkahwinannya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda baru-baru ini.

Akhil Hayy yang selamat diijabkabulkan dengan Waheeda di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, 16 Ogos lalu berkata, tulisan yang dibuat pemilik blog itu membuka ruang kepada orang ramai untuk mengutuk dan mengeji dia dan Waheeda.

“Jika masih berterusan menyiarkan tulisan terbabit, ana tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang, termasuk saman,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dia menjelaskan, dengan perkahwinan itu sepatutnya segala kemelut serta teka-teki mengenai hubungannya dengan Waheeda sudah terjawab dan perlu dinoktahkan.

Bagaimanapun, katanya, ada lagi pihak mengambil kesempatan dengan menulis bagi menjatuhkan maruahnya dan keluarga.

“Ana dan Wawa (panggilan manja Waheeda) salah atau tidak, hanya Allah yang tahu. Jangan suka-suka tabur fitnah kata kami salah dan tidak betul. Muhasabah diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain. Urusan kehidupan di dunia ini Allah yang tentukan dan bukan anda semua menetapkan.

“Ada yang kata ana tidak layak dipanggil ustaz kerana perbuatan ana ini. Ana nak tahu, ada sebelum ini ana minta dipanggil dengan gelaran ini? Anda semua yang panggil ana dengan gelaran ustaz, jadi tidak timbul masalah ana layak atau tidak,” katanya.

Menurut Akhil, dia tidak peduli kehilangan sebilangan peminat yang membencinya berkahwin dengan Waheeda.

Ini kerana dia tidak pernah meminta atau mendesak supaya diminati orang ramai.

Lagipun sepanjang pembabitan dalam kerjaya seni, dia melakukannya kerana Allah dan rezeki yang diberi.

Mengulas status hubungannya dengan Waheeda sebelum berkahwin, Akhil Hayy berkata, dia mempunyai hak untuk berdiam diri berikutan isu terbabit terlalu peribadi dan orang ramai tidak perlu mengetahuinya.

Malah, komen yang mengatakan dirinya melakukan penganiayaan terhadap bekas isteri, Maizawati Zainal, 33, sepanjang hidup bersama juga dikatakan tidak masuk akal.

“Anda semua tahu ke apa yang berlaku dan apa ana sudah buat? Ana tidak buat sebarang kezaliman dan tidak pernah buat jenayah, jadi siapa korang yang nak menghukum ana.

“Orang kata ana lari, bila masa ana lari? Kalau ana berdiam diri, itu disebabkan ia perkara peribadi. Takkan masalah dalam selimut sampai nak beritahu. Ada ke orang yang memberitahu hal dalam selimut kepada orang lain,” katanya dalam nada agak keras.

Dia berharap sempena Ramadan ini mereka yang mengejinya dapat menghentikan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dan Waheeda.

“Ana harap sangat pihak terbabit, sama ada blogger atau media, dapat menghentikan segala tohmahan dan fitnah kerana daripada mengeji ana sekeluarga, lebih baiklah banyakkan amalan,” katanya.

Mengenai rancangan Cafe Akhil Hayy yang dihentikan sementara, Akhil berkata, dia menerima segala keputusan dibuat Astro sama ada mahu meneruskannya atau tidak.

“Ana akur segala keputusannya nanti. Jika mereka mahu ana teruskan, ana sentiasa bersedia, namun jika sebaliknya, ana tetap boleh menerima kerana mungkin bukan rezeki lagi dan mungkin di tempat lain,” katanya.


Ekenaaaa... ulama sekor nih. Saman atas kesalahan fitnah selalu gua dengar. Tapi saman pasal kutuk / tekan / keji tak pernah plak gua dengar. Muhyiddin bodoh piang pun tak saman pasal orang tulis dia bodoh piang.

Ke lu ulama tak boleh dikeji hasil perbuatan lu sendiri? Ahli PAS boleh la lu kencing. Diorang tadah jer mulut masing2 apa saja doktrin yang ulama buat.

Dey ulama bangang, lu pernah dengar niat baik Abrahah tak? Abrahah niat dia baik beb. Nak buat satu lagi Masjidil Haram. Lu kompom tahu cerita ni, tapi kompom tak tahu tafsir sudut lain, sebab lu Melayu bangang. Ulama Melayu akan kekal dalam keadaan bodoh macam lu la.

Abrahah berniat nak buat satu lagi Masjidil Haram. Kan ke murni tu. Bina masjid. Tapi yang bangsat tahap Gorgonnya, apa ke he dia dengki nak robohkan Masjidil Haram lama? Tak boleh ke buat elok2, salurkan dana secara adil kepada Masjidil Haram lama dan MAsjidil Haram baru?

Lu sekat dana zahir dan batin setahun dua kat Masjidil Haram lama, then dah roboh berkecai lu buat Masjidil Haram baru, then lu suruh gua doakan kebaikan lu. Pahala lu bina Masjidil Haram?

Ceh... gua bukan bodoh macam ahli PAS maa.... gua tak setukil ulama Melayu beb.

HIDUP KEPIMPINAN ULAMA!!

Khaaaahkkkkk Pthuihhhhh!!!

Comments

  1. bab ni gua sokong lu AT

    hujah lu mantap

    jibam

    ReplyDelete
  2. oit AT bila masa akil jadi ulama luni bongok le, ini le ulamak mee celup, baru leh doa pangil ustaz...

    ReplyDelete
  3. setahu aku dia bkn ulama' la. kau je pandai2 letak status tu kat dia.

    ReplyDelete
  4. wa pon dok cari, mana statement yang kata dia ni ulama..

    ulama ni sapa tentu oi? ada ka dia ngaku dia ulama?

    kalu wa salah.. wa mintak maap la.. wa ni kan gen melayu..wakaka

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  5. apa la lu orang keco2...lu org kaji la dulu mksud ulama tu...

    asl usul dr ilmu -> alim

    so mknenye org yg berilmu dan pakar dlm sesuatu disiplin ilmu..maka digelar ulama...

    ReplyDelete
  6. apa la lu orang keco2...lu org kaji la dulu mksud ulama tu...

    asl usul dr ilmu -> alim

    so mknenye org yg berilmu dan pakar dlm sesuatu disiplin ilmu..maka digelar ulama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.