Skip to main content

AdukaTaruna hadir demo GMI (1)

Oleh : AdukaTaruna

Kalau setakat Anwar meliwat atau PPSMI, gua agak malas2 gitew nak demo. Terasa macam orang bongok pon ada. Tapi pasai ISA ni dah macam fardu kifayah la plak.

"Hello.. semekum."

"Mekom salam."

"Ngah.. jadi pengapit aku la."

"Ekeleh.. sepupu lu mana?"

"Dia ada hal."

"Uih. Tak dapek do Yet. Den g KL esok. Demo ISA ma."

Bukan gua tak nak Yet, tapi ni fardu kfayah ni. Kalau gua tak hadir satu kampung kita berdosa. Ngeeee....

Lone Ranger.

Gua macam biasa. Solo jer. Bertolak dari rumah lepas Subuh. pukul 6 lebih. Plan gua, sampai Masjid Negara, gua qada tido gua.

Bila gua kat stesen komuter, gua tengok banyak makhluk2 berwajah pendemo tegar. Sekali imas gua dah tahu. Enpon bunyi. Member gua di Dayat suh tunggu. Pendi pun tunggu gak. Kat stesen Nilai. Nama pendi tuh beb. Jambu sungguh nama beliau. Wakakaka.

Sampai Nilai, dalam komuter, amoi duduk sebelah gua, manakala makcik India duduk sebelah Pendi. Bermakna nama jambu bukan faktor daya penarik maskulin.

Stesen KL.

Sampai KL gila awal. Dalam kol 9 gitu. Hambek kau. Terasa menyesal pun ada bersapau macam homeless. Masjid Negara ditutup. Sapa2 melepak kena halau. xenan pun kena halau gak. Memang gua puji polis yang halau xenan tu.

Dalam pada masa mengumpat apa yang patut, sekor dua polis datang.

"Dari mana ni?"

"Seremban." Gua jawab control cun. Tapi dalam hati berbulu ya amat. Pro aduka, pro. Releks.

"Tunggu sapa?"

"Kawan."

"Tunggu kawan apa macam ni? Tak pernah ramai2 camni kat sini."

"Lu plak buat apa kat sini? Tak pernah ramai2 kat sini."

Polis tu diam. Mungkin sebab gua jawab dalam hati. Dia tak dengar.

"Ni beg sapa?"

Gua angkat bahu.

"Beg saye.." xenan jawab sambil angkat tangan. Sebijik macam budak sekolah. Wakakaka.

bersambung la... gua nak Magrib jap.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...