Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jul 25, 2009

SPRM pun guna blog ke?

Sendiri buat blog, sendiri hebah. Ngeee.... ekceli, gua terlalu malas nak ulas bab stupid gen Melayu puak UMNO nih. Jijik dan menjengkelkan. Ari tu, masa SPRM siasat pemilihan UMNO, demo marah SPRM ganggu hak dia. Skang demo sokong SPRM plak. Bodoh tahap apa ntah la genetik mak dan ayah UMNO nih. Spesis paling hina beb.

SPRM terima maklumat

KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.

Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.

“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.

Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.

Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.

“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.

“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.

Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.

“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock.

8 comments:

Anonymous said...

Awat Ean Yong tak berani cabar SPRM untuk siasat dia..kalu betul maklumat tu tak benar..

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Hello Aduka Taruna.
Gua nak bagi tahu kat lu , yang rata rata ahli politik dari Pakatan Rakyat semua bodoh dan bahlul . Nak jadi ahli poltik tapi tak reti . Damn beladi stupid. Kepada semua ahli poltik Pakatan Rakyat baiik dari PKR,DAP mahupun dari PAS , sebelum nak masuk gelanggang Politik tolong belajar dari UMNOBN . Kita tengok macam mana mereka UMNOBN boleh dikata tiada kes oleh pihak berkuasa tak kira lah dari PDRM,SPRM mahupun pihak makamah di malaysia. Apa saja mereka UMNOBN buat secara terang mahupun berlapis ,semua badan pihak berkuasa akan kata " NO KES" dan pihak berkuasa akan kata segala perbuatan UMNOBN mengikut prosedure walaupun sakit mata,hati mahupun perasaan hati rakyat . So aduka taruna tolong ajar atau suruh ahli politik Pakatan Rakyat tolong belajar cara cara UMNOBN memperbodohkan rakyat dan insyakallah Pihak berkuasa akan berkata kepada media segala perbuatan ahli Politik Pakatan " NO KES " kerana mereka dah belajar cara2 dan teknik untuk memperbodohkan rakyat malaysia

perunding said...

blog tu ditadbirurus oleh pece hill.

peruntukan 500k diberi setiap awal tahun kepda adun oleh kerajaan negeri.

pada tahun 2008, kesemua rm27juta diberikan kepada 54 adun umno bn dihabiskan dlam bulan Jan2008,feb2008,sehingga 8march
2008

hebat tak???

Anonymous said...

ni apa kes kata mak ayah orang bodoh ni wei??

mak ayah awak tak ajar ke? mulut jangan celupar?

nanti ada yang makan penampar...

mak ayah awak pun tak pernah ajar ke "kerana mulut badan binasa"

hmmmmmmmm kalau ye pun benci jangan sampai mengata atau cakap pasal mak ayah ni

teruk betul budi bahasa alahai....

Hanz_Azdi said...

a ah ler AT..mak ayah depa puak UMNO tu ada gak orang bulan, orang cam Brahim ALi tu yg selalu lompat sana sini tu, bebas cam Ramizu tu, DAP dll...jadi tak adil ler lu kata mak bak depa tu...TARIK BALIK tuduhan & kutukan lu tu...hehe

Kutuk tu pada-pada ler beb...biar ler kalo nak kutuk tu tepat ke orangnya...jangan tersasar ke orang lain pulak...hehe

Anonymous said...

orang Ameno udah start meroyan..........

Anonymous said...

Tgna pun Umno dulu.

So Tgna = spesis plg hina??

Cakap xpikir ni le jdnye. Bajet gmpak tp poyo.

Anonymous said...

Tekorak ko tgna dulu orang umno..tetap orang Pas walaupun masuk bergabung dlm parti perikatan le bodo..