Skip to main content

Perkembangan kes bunuh TBH.

Oleh : AdukaTaruna

Akhirnya, macam yang gua ramal, UMNO bersetuju tubuhkan Suruhanjaya Diraja. Namun, belum cukup menepati ramalan gua. Sebab Suruhanjaya Diraja itu hanya untuk kaedah soal-siasat SPRM. Bukan untuk kes bunuh. Kes bunuh mereka guna inkues. Ntah menatang apa ntah inkues tu. Siasatan awam.

Soalnya mengapa?

Ni yang kena kaji nih. Adakah dibimbangi, seandainya, Suruhanjaya Diraja itu untuk kes bunuh, ianya akan membongkar perkara2 yang tidak perlu? Di luar tajuk?

Tapi macam gua cakap. Kalau sungguh SPRM yang bunuh, mati hidup balik pun takan tubuh siasatan diraja atau inkues atau apa kejadah tu semua. Mati2 dia akan paksa 1Malaysia percaya kepada gomen dan pulis. Itu pendapat gua la.

Skang ni semua on track jer nih. Gua keluar teori sendiri berdasarkan keadaan semasa. Gua tak tahu pulak blogger UMNO pun keluar teori yang sama. Lu nak tuduh gua follow diorang atau tuduh gua blogger UMNO pun gua tak peduli la. Hak lu orang. Ini semua hanya teori.

  • SPRM dibunuh - reject
  • Bunuh diri - hampir
  • Dibunuh penjenayah - hampir
  • Kemalangan - hampir
Bunuh diri.

Kalau inkues yang ditubuhkan itu merumuskan TBH bunuh diri, gua rasa 1 Malaysia meletup. Mampos la Cina takan undi BN. Melainkan ada bukti cctv TBH jatuh dengan sendiri atau bunuh diri.

Kalau BN memilih rumusan bunuh diri pun, walau ada cctv, gua rasa tak logik. Sebab 1Malaysia akan kaitkan dengan tekanan mental akibat kaedah siasatan SPRM. Melainkan :
  • Bunuh diri - bukti cctv TBH terjun dari tingkap (peranan inkues)
  • Masyarakat akan menuding SPRM adalah akibat gangguan mental
  • Kaedah soalsiasat SPRM dirombak (peranan Suruhanjaya Diraja)
  • Kes settle
Kemalangan.

Boleh jadi juga inkues akan merumuskan kes ini sebagai kemalangan. Tetapi untuk mengemuka hujah semata tanpa bukti cctv juga mengundang padah kepada undi. Kita perlu sebut bab undi kerana BN dan UMNO berkerja bukan kerana falsafah atau keadilan. Tetapi kerana undi.
  • Kemalangan - bukti cctv menunjukkan TBH cuba mengambil lighter atau buku nota atau pen yang terjatuh dan tersangkut di luat tingkap. (peranan inkues)
  • Masyarakat tetap menuding kaedah soalsiasat SPRM yang gila sampai ke awal pagi.
  • Kaedah soalsiasat SPRM dirombak dan diperbaiki (peranan Suruhanjaya Diraja)
  • Kes settle
Dibunuh penjenayah.

Jika inkues merumuskan kes ini akibat perbuatan penjenayah, maka tiada bukti cctv diperlukan. Jika ada lebih baik. Analisis perbuatan penjenayah gua dah jelaskan dalam N3 lepas. Tetapi ada beberapa teori terbaru yang gua tambah.
  • TBH melarikan diri, terdesak untuk menyorok / menyelamatkan diri hingga ke luar tingkap. Ala macam kes pelajar mati terdesak dikejar lembaga tu.
Kita berjumpa lagi dalam perkembangan yang lain.

Comments

  1. bro,

    pasal teori penjenayah tuh wa suda ada sikit konpius.Dah contradik ngn bukti2 yg dikeluarkan

    Teo mati 4,5 jam sebelom dijumpai.
    Makna nya die mati kol 8.30-9.30 pagi.

    Lokasi plak,
    Sbb ade serpihan tingkap dr tingkat 14 kat teo, bukti mengatakan dia jatuh dr tingkat 14, opis sprm

    Time ni normal opis dah bukak.Org dah ramai kat sini.Penjenayah mane yg brani wat jenayah dlm opis SPRM(SPRM ade pistol beb).Serupa cam buat jenayah kat balai jek.

    Teo dah berada di tempat paling selamat time tuh.

    Berdasarkan bukti,
    bunuh diri atau kemalangan mungkin jd pilihan

    ReplyDelete
  2. Wa dah komen sblm ni. Ada 3 sebab knpa wa sangkal Teo jatuh setinggi 9 tgkat. X kisah la kemalangan ke bunuh diri ke, asal kata jatuh setinggi 30 m spt dakwaan asal, wa sangkal.

    Tu b'dasarkan pemerhatian wa pd mayat Teo la.

    Bila wa sangkal dia jatuh 9 tgkat, automatically punca kematian disebabkan bunuh diri & kemalangan adalah t'tolak sama skali.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. AT wat analisa b'dasarkan laporan media. Tp wa x dpt nak telan bulat2 laporan media ni.

    Mana yg x logik dgn pemerhatian wa, wa sangkal (spt dakwaan jatuh setinggi 9 tgkat b'canggah dgn keadaan mayat). Mana yg wa x dpt sahihkan kebenarannya, wa baca je la.

    Polis kata Teo dah mati 4-5 jam slps dijumpai. Ini antara maklumat yg bole dipertikaikan jika kita ada hujah yg konkrit.

    ReplyDelete
  4. Lelaki_ini..

    Betul tu, aku pun setuju angka 4-5 jam tak boleh dipercayai sangat. Pakar patologi dia punya dan polis pun UMNO punya jadi sesenang itu je nak tipu. Katakan lepas ni inkues minta periksa mayat pun belum tentu dapat angka yang tepat lagi. Soalnya kenapa polis umumkan angka 4-5 jam tu? Nak perangkap Tan?

    Siasatan inkues ni pun tak kemana. Diketuai seorang majistret yang walau sekolah tinggi mana pun tetap anggap UMNO yang bayar gaji dia. Suruhanjaya diraja pula hanya berkuasa siasat samada etika siasatan SPRM ikut hak asasi. Tu je. Soalnya KENAPA UMNO TAK BENARKAN SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT PUNCA KEMATIAN? Sebab: UMNO dah tahu Teoh mati ditangan SPRM.

    Lagi satu persoalan besar. Selak tingkap dari tingkat 14 sebelah mayat Teoh? Memang ada @ diada2kan? Bagi aku mungkin polis nak bina kes mengatakan Teoh bunuh diri dari tingkat 14 (dengan seluar koyak rabak di punggung, lagipun Teoh kali terakhir dilihat di tingkat 14) @ kalau polis mampu, mereka akan kambing hitamkan Tan yang berada di tingkat 14 sebagai pembunuhnya.

    ReplyDelete
  5. hehe,

    nape teori SPRM bunuh ditolak.

    Andaian yg tadak bukti dan tak dapek nak di buktikan beb.Kalau ya pon peguam bawak teori ni..ape bukti utk support.SPRM akan senang2 lari jek.

    Sapo suruh undi dacing/tak cukup hasut kenkawan jgn undi dacing lagi.Kita makan jek la aper2 yg BN bawak sampai pru13 nanti.

    Sementara tu,untuk isi masa lapang, kita gado jek la sesama kita pasal pegang lilin haram ke halal, pakai baju hitam haram ke halal.Tu jek isu yg setaraf ngn IQ kita kot

    hehehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...