Skip to main content

Perkembangan kes bunuh TBH.

Oleh : AdukaTaruna

Seperti mana yang gua janji, gua akan folllow kes ni. Tapi stendet la, berdasarkan setakat sumber yang gua capai.

Memola skali kita pergi kepada pembolehubah. Pembolehubahnya ialah kerajaan. Dia yang atur skrip. So, apa yang gua tulis ni, juga tertakluk kepada sama ada ini semua adalah skrip gomen atau memang siasatan yang bersih.

Apabila pemuda UMNO sokong siasatan Diraja.

Kita boleh jangka dan ramal satu2 peristiwa apabila meneliti pembolehubahnya. Dalam kes ini, pemuda UMNO menyokong siasatan diraja.

Dengan mengenepikan otak ulama sebodoh Hadi, keyakinan pemuda UMNO untuk penubuhan siasatan diraja adalah satu signal atau petanda bahawa bukan mereka yang membunuh TBH. Yakin.

Kenyataan pemuda UMNO dibuat apabila Ketua Polis Negara mengesahkan siasatan sudah mencapai 60% siap. Jika pemuda UMNO sudah yakin bahawa mereka bukan membunuh, dan bersedia disiasat oleh suruhanjaya diraja, bermakna, fokus kita menghala kepada kongsi gelap DAP.
  • Exco Kilang Haram - Ean Yong Hian Wah
  • Roonie Lui
Analisa 1.

Menurut skrip polis atau sememangnya siasatan polis, mayat dikatakan mati 4-5 jam sebelum ditemui mati. Mayat ditemui jam 1.30 petang. Dengan membakulsampahkan otak ulama sebodoh Tantawi, kita ambil angka paling maksima; yakni 5 jam.

Jadi, mangsa mati pada pukul 8.30 pagi. Maksimum. Itu masa ajal. Sekarang kita pergi kepada cara ajal pula.

Analisa 2.

Untuk mencari petunjuk dalam satu2 pembunuhan, perkara yang paing penting ialah mengenalpasti identiti mangsa. Tanpa indentiti, tiada apa yang boleh dilakukan kerana kita tiada data DNA. Jika mayat itu dibakar atau diletupkan dengan c4, kita boleh mengenalpasti identiti dengan DNA atau cincin atau pakaian atau laporan kehilangan atau bahaya oleh mangsa / keluarga.

Untuk kes TBH, mayatnya tidak menghilangkan identitinya. Jadi langkah kedua selepas identiti ialah orang terakhir yang mangsa hubungi.
Jadi, selain dari SPRM sendiri, 3 manusia diatas ialah individu yang terakhir menghubungi atau melihat mangsa.

Analisa 3.

Individu terakhir yang melihat mangsa ialah Tan Boon Wah.

Tan juga mengakui beliau terserempak dengan Teoh, 30, di pantri pejabat SPRM, kira-kira jam 6 pagi, Khamis lalu, beberapa jam sebelum mangsa ditemui mati di koridor Tingkat Lima, Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.

"Dia (Teoh) nampak letih, tetapi kami tidak bertegur sapa ketika berselisih," kata Tan.
Jadi, berdasarkan kenyataan Tan, mangsa masih hidup pada pukul 6 pagi. Dengan mencampakkan fahaman sesat ciptaan manusia, Kepimpinan Ulama yang tiada tercatat dalam Al-Quran atau mana-mana hadis atau mana-mana kitab seperti sesatnya konsep Trinity yang tiada tercatat dalam Bible; terdapat beberapa keraguan berdasarkan kenyataan Tan ini.
  • Mengapa Tan juga masih berada di situ pada pukul 6 pagi selepas dibebaskan jam 4 pagi? Berlindung juga dari bahaya?
  • Mengapa tidak menyapa seolah-olah anda bukan satu golongan (yang disoal-siasat)?
Kesimpulan setakat ini.

KPN kata 60% siap. Pemuda UMNO dengan yakin meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja. 3 individu dalam pemerhatian kita. Dan paling mencurigakan dalam kes (skrip) ini ialah Tan Boon Wah.

Kita berjumpa lagi dalam perkembangan lain.

Comments

  1. bro mmg trend lah pemuda UMNO brani2 sekarang.Tgk le statement KP pasal ISA.Tapi tuh pancing jek beb.Paling kuat pon bukan geng die yg buat.

    Kita tgk minggu ni jd tak Suruhanjaya diraja ni

    ReplyDelete
  2. Bhai...

    TBH mati sebab terlebih dos (overdose) "truth drug" ... gua konfiden...

    ReplyDelete
  3. Pasai apa marahkan ulama langsung membodohkan mereka eg Hadi dan Tantawi?

    Ulama pewaris Nabi...kena faham cek oii..jgn dok seronok dengan bayang2 kita saja.

    Teruskan berjuang...tapi ada dalil.

    ReplyDelete
  4. pembolehubahnya AT kes ini kau ceduk je ayat kat blog yg menulis, nampak sangat bangangnya kau AT, dah tak ada idea ke tentang pembolehubah ciptaan sesat yg kau agung-agungkan. Berimankan pembolehubah untuk menilai kematian TBH, bangangnya AT. Hang ingat Pejabat SPRM tu macam rumah hang ke jupa sapa-sapa leh angkat tangan mcm kau lambai tangan ke, tension kena soal dgn SPRM pun dah meletihkan otak, otak kau lain le otak standet bukan melayu, Lagipun bukan kau yg kena siasat boleh le cakap hal pembolehubah ke kubah ke, satu pun teori bangang kau tak leh pakai,

    ReplyDelete
  5. Kau ni bab mengata orang lain bodoh no 1. Macam la kau pandai sangat...angkuh bodoh sombong.

    Pembolehubah bodoh apa yang kau guna ni? Pemuda UMNO buat mana ada fikir apa2 pun, kebetulan saja tu..KPN kata 60% siap..tentulah dia cakap mcm tu, kan baru lps dtg melawat. Kalau keluar senyap je, tentulah tambah misteri.

    Teo jatuh dari tingkat brp kita dah tahu. Tingkat 14, pejabat SPRM tu. Selak pintu pun ada bersama mayat. Soalnya dia bunuh diri @ dihumban saja yg tinggal. Kalau dia bunuh diri tentulah dia menjerit kuat masa jatuh. Tapi mengikut polis takde sorang pun dengar suara org menjerit. Jelas dia telah mati sebelum mayatnya dicampak keluar.

    Jika dia bunuh diri, mestilah dia buka tingkap dan terjun meninggalkan tingkap yang ternganga. Ada ke sempat nak tutup tingkap? Jadi siapa selepas tu yang tutup tingkap? Tentulah pegawai SPRM yang bersepah dalam pejabat tu. Tak perasan ke mereka @ buat2 tak perasan ada mayat kat bawah tu. Lagipun selak dah rosak. Lalu mayat dijumpai jam 1:30thari oleh orang lain, bukannya pegawai SPRM.

    Kalau masih hidup masa terjun, mestilah darah banyak terperecik. Ni sikit je, seolah2 dah mati lama.

    HP Teo selepas 2 hari barulah diserahkan kpd polis. Kenapa tunggu sampai 2 hari? Tentu ko dapat agak kan.

    Jadi untuk mengatakan pegawai SPRM yang bunuh dan humban Teo amatlah tepat sekali. Yang polis panggil 3 orang tu sekadar nak dikambing hitamkan. Kenapa Tan nak bunuh Teo? Sempat ke dia bunuh dgn dikelilingi sebegitu ramai pegawai2 SPRM yang terkenal kejam tu.

    Aduka..Penulisan kau ok, cuma bab membodohkan Hadi ni aku tak boleh terima. Kalau kau tak suka dia, lawan lah dengan fakta, bukannya dengan istilah2 macam tu. Kalau kau ada sebelah aku sekarang mesti aku tempeleng kaw2 punya.

    ReplyDelete
  6. Lps diamati, wa ingat nak buat teori gak la. Buat ms ni wa x nak ramalkan sape p'bunuh Teo dulu.

    Wa cuma nak kemukakan 1 ramalan saje iaitu Teo mati bkn kerana jatuh dr bangunan setinggi 9 tgkat sebaliknya Teo dibunuh kemudian diletak elok di situ.

    1. Jatuh setinggi 9 tgkat ( 30 meter ) akan m'hasilkan momentum yg akan m'hancurkan kepala. Bentuk kepala Teo masih elok. Cuma darah ngalir sket kat kepala.

    2. Kedua2 tangan Teo m'genggam, seolah2 menahan sakit yg amat sblm maut. Macam diseksa. Logiknya, ketika tubuh melayang m'junam dr bangunan tinggi, tangan akan t'buka. Tu gerakan refleks tubuh badan.

    3. Jaket hitam t'sarung elok pd tubuh Teo. Jika dia jatuh kepala dulu, jaket t'sarung elok tp kepala akan b'sepai. Jika dia jatuh kaki dulu, jaket akan t'singkap abis. Anehnya, Teo kelihatan mengiring dgn jaket t'sarung elok.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. tak betol la citer BH pasal tan boon wah jmpa teoh tu..
    apo la dok caya BH lagi...

    baca sini:

    http://anilnetto.com/accountability/teoh-was-in-pantry-at-6-00am-confirms-councillor/

    ekau selak kamus la tokmoh sbb artikel ni in english...

    ReplyDelete
  8. Salam sdr.

    Betul juga komen di atas. Kalau pun kita marah dan tidak suka kepada sesorang, maka pada saya adalah tidak wajar dipalitkan namanya ke dalam bab yang lain.

    Analisa saudara dalam hal ini adalah baik dan ada ligiknya.

    ReplyDelete
  9. alah kau org ni layan je lah AT ni dia ni barua umno, yg kau org marah dia pasai apa, standet le bangang tapi dia ni bukan melayu, mesti dia pakai imam pembolehubah kau org mana reti pembolehubah, kau org melayu, melayu standetnya bodoh je bagi Aluka Taluna. Kau olang ni tak faham faham pembolehubah, kat manik urai baru ni nasib baik ada blogger mcm AT kalu tak mesti PAS kalah punya, Kalau Aluka Taluna tak buat pembolehubah mesti PAS kalah, kau org apa tau

    ReplyDelete
  10. banyaknya orang gila beri komen

    kasihan...........

    ReplyDelete
  11. sblm ni mati2 kate ini konspirasi SPRM..

    lani kate Konsi Gelap lak..

    lu mamai ker brother?

    lu ni mcm lalang je..wa kalau lalang wa tebas je, wa bkn ape..semak mate tgk lalang ni..

    ReplyDelete
  12. kembara putih, motifnya?
    apa motif SPRM nak bunuh saksi sendiri sedangkan budak tu bukanlah suspek! Apa motifnya sampai bodoh sangat nak tolak orang jatuh dalam bangunan sendiri?

    ReplyDelete
  13. SPRM takde niat membunuhnya,mungkin kematian berlaku secara tidak sengaja semasa disoal siasat.Soal siasat ni mana boleh lemah lembut,tentulah nak kena bagi sedebik dua.Jadi Teoh yang kurus kering tu tak tahan menanggung sakit dan mati.Mayatnya dibuanglah diluar untuk mengatakan dia membunuh diri..ini pandangan je bukannya tuduhan ..aku agak agak cam aduka bodoh gak..tunggulah hasil siasatan yang dah nak siap ni.Mungkin tengah cari dua ekor kambing hitam utk volenteer..aduka ada dah sorang.

    ReplyDelete
  14. SPRM takde niat membunuhnya,mungkin kematian berlaku secara tidak sengaja semasa disoal siasat.Soal siasat ni mana boleh lemah lembut,tentulah nak kena bagi sedebik dua.Jadi Teoh yang kurus kering tu tak tahan menanggung sakit dan mati.Mayatnya dibuanglah diluar untuk mengatakan dia membunuh diri..ini pandangan je bukannya tuduhan ..aku agak agak cam aduka bodoh gak..tunggulah hasil siasatan yang dah nak siap ni.Mungkin tengah cari dua ekor kambing hitam utk volenteer..aduka ada dah sorang.

    ReplyDelete
  15. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Teori kematian d bangunan SPRM
    Simple je! Semasa Pegawai SPRM mengiringi TEOH turun tangga , Teoh tersilap langkah ( keletihan katakan ) semasa turun tangga dan terjatuh d tangga walaupun seorang pengawai SPRM dapat tarik tali seluar namun terkoyak ( seluar koyak seperti di nyatakan oleh pihak polis) . So kepala TEOH jatuh dulu dan terus mati d tangga . Jadi kumpulan Pegawai SPRM yang mengiring TEOH terpaksa membuat satu crime skrip untuk melepas diri mereka .So e2 lah d best crime scene yang dapat d pikirkan oleh pihak yang terlibat. Apa macam Aduka Taruna leh pakai tak toeri gua ni?

    ReplyDelete
  16. At gila tahab gaban..bodoh lagi bodoh gaban .macam-macam teori....maki ulama dan sbg...teori dibunuh oleh samseng,,,kenapa samseng tak bunuh wee choo keong...penganilisa tahap bodoh no satu duni adalah AT...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...