PAS kalah di Manek Urai.
Sebab gua nak sangat PAS menang, gua takut nak ramal PAS menang tiap kali pilihanraya. Takut kompiden2 kita dimurkai Allah. Tajuk gua la. Tapi pimpinan lain. Dia dalam tajuk perang. Gua diam jer sebut siapa menang, siapa kalah.
Walau gua berbulu dengan pemimpin dan ulama PAS Ganu, gua diam gak taim PRK KT dulu. Maksud gua diam meramal la. PAS menang la, yakin la, etc. Janji PAS menang dah la. Kalau bola, seawal seminggu gua dah ramal. Siapa final, siapa menang, jumlah gol, etc.
Point 1. Kalau PAS tu parti abah gua.
Kalau PAS tu parti abah gua, ala2 parti PKR, gua dah tawarkan kemenangan free kat Kelantan dengan syarat tahanan ISA dibebaskan. Gua dah tulis benda alah ni dulu. N3 tu lu cari la sendiri. Siapa follow blog gua tahu la tuh.
Sebab apa? Menang ke kalah ke tak bagi kesan kat DUN Kelantan. So, peluang mencilok demi perjuangan tak semestinya dengan menyertai setiap pilihanraya dan menang. Bijak sket la ma..
Rakyat Kelantan plak dikatakan genius politik. So, pada point satu ni, gua mendakwa, mereka tidak kisah menang atau kalah pada hanya PRK. Yang penting mereka dapat sesuatu yang amat berguna.
Jadi, kata lainnya, pergi jahanam setakat PRK, janji dapat jambatan, dapat pembangunan yang diugut itu. PRU kendian, lu tahu la.. Itu poin 1 dari gua.
Point 2. PAS Kelantan yang langgar organisasi.
Bila TGNA mengakui dia dan PAS Kelantan menghalang Nasha berkempen, gua dah potong stim. Spoil. Ni adalah bangsat namanya.
Sepatutnya, bagaimana hebat pun PAS Kelantan, PAS Kelantan perlu berada di bawah PAS Pusat. So, larangan berkempen oleh PAS Kelantan adalah benda yang melanggar pusat. PAS untuk semua ma. PAS bukan hak eksklusif Kelantan atau Hadi atau Nik Aziz.
Mursyidul Am penjaga dasar, bukan penjaga taktikal atau perjalanan organisasi. Walau Hadi tu bodoh orangnya, lu kena patuh pada carta la. Ikut flow dia ma. Siapa suruh lu lantik orang bodoh?
Jadi, di point 2. Ini mungkin sebab Allah kurangkan majority lu orang. Kasi ingat sket.
Poin 3. Nasha si ulama biawak.
Benda ni gua malas nak tulis. Ni antara faktor yang gua rasa pengundi muda berbulu. Pengundi tua maybe tak rasa. Ni ulama memang kasi spoil...
Poin 4. Trend perubahan.
Orang kat KL maybe dah muak dengan pembangunan yang kosong. Orang Kelantan plak dahaga pembangunan. So, kalau PAS parti abah gua, gua counter serangan BN yang tabur sentimen bangunan, harapan jambatan dengan janji buat yang lebih baik, sejuta lebih baik apabila perjuangan mendapatkan royalti minyak tercapai.
Gua dah tak larat nak tulih... esok gua sambung la....
Siri Lahanat Jebat!
Siri Lahanat Jebat! (1-6)
Oleh : AdukaTaruna
Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.
Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.
“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.
Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.
Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.
Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.
Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.
Matahari mula meninggi.
“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.
“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”
“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.
Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.
“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.
Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.
“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.
“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.
“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”
“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”
“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”
“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”
Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.
“Ooh… macam laga ayam di sini la.”
“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”
“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”
“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.
“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”
“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”
Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.
Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.
bersambung.....






14 maklum balas:
bro.... bagi wa, wa tak heran PAS menang ke PAS kalah ke kat manek urai tu..... selepas wa peratikan tempoh kempen wa suka kalau Manek Urai tu dapat kat BN.... sebabnya terlalu banyak janji dari BN.... seolah² dia orang dah tau akan kalah..... sepatutnya bagi la BN menang ngan majoriti kecik..... then biar penduduk MU tu tengok adakah janji BN tu akan tertunai..... banyk woooo janji... sampai berpuluh juta tu.... bagi wa terlalu melampau janji tu di manek Urai..... konfem tak tertunai janji² tu kalau BN menang..... lain ka kalau PRK tu di kawasan bandar cam bandar Kuala Krai ke.... ada la logiknya.... then PAS boleh rampas balik pada PRU13 nanti..... wa ada buat analisis skit.... bagi wa keputusan PRK tu menambah jumlah undi kat PAS banyak walaupun majoriti kurang...... nanti wa ulas.....
-abanghensem
undian seimbang menunjukkan rakyat Manek Urai seimbang menyokong Pas dan Umno. bayangkan kalau Kerajaan Perpaduan dibentuk, pasti berjaya memberi pembangunan kepada rakyat Kelantan. masalah royalti minyak pasti akan selesai dan tiada lagi perbalahan. rakyat Kelantan akan bersatu padu membangunkan ekonomi dan sosial melalui bantuan-bantuan Kerajaan Persekutuan tanpa diskriminasi. yang untung ialah anak cucu dan generasi akan datang. ketepikan fahaman politikus yang sempit dan taksub. bersatupadulah demi generasi akan datang untuk jangkamasa yang lebih panjang.
~ anak kecil main api ~
" Teman bersembang dengan orang kampung kat Manek Urai Lama, kalau orang Pas kabo nih kubu kuat deme, teman harap deme pikior la balik. Tempat nih rata-2 orang Umno. Deme sokong Pak Su balik dulu sebab marah dengan Zul (mantan calon BN). Sebab ape teman tak tau. Kampung nih daif. Orang kampung yang otai jarang lepak umah mahupun kat masjid. Deme lagi ramai lepak kedai kopi. Tipikal Umno pun lepak kedai kopi. Tapi sebab orang Pas semua warak, deme tak lepak kat kedai kopi. Kalau mai lepak pun kat kedai yang memang orang Pas. "
www.anje-online.blogspot.com
p/s : siapa kata rakyat Kelantan genius politik? melihat calon, bukan parti. tidak memilih kerana marah. bersifat selektif dalam bermasyarakat. serupa sahaja dengan rakyat negeri lain. semua pihak ada kekurangan. sebab itu jangan tolak usaha perpaduan. saling lengkap melengkapi.
~ anak kecil main api ~
hahaha,
UG akan berbunyi lg dah.Kali ni wa rase blogger2 semua takan bising2 lg.kebanyakan dah fedup.maklumle..ahli PAS pon bukan.
Yg nyata kalau UG diteruskan, ramai yg akan ikut jejak langkah arwah fadhil nor dulu.Terpakse idle dr PAS.PAS akan menang? sori la.UMNO yg menang.
btw, wa tak caya PRU MU ni bersih.Sama cam Perak yg jd hadiah kemenangan tanda najib naik PM, MU gak dah jadik hadiah 100 hari pemerentahan najib.Untuk bende2 camnih najib mmg sangup buat apa saja.
hehehe...
yg penting dpt merapu...
bodo le lu At, u buat aje le parti baru, kan lu ramai pengikut, tak payah ada pemimpin bodoh ke ulamak biawak ke, lu jadi presiden, lu lantik le sapa jadi timb.pre. xenan ke. Hits blog lu pun dah sampai juta-juta, apa nak heran dgn PAS yg ahlinya tak sampai 1 juta pun. Tubuh je parti baru, Parti Merapu ke, hehehehe ok per. ramai setuju dgn hang, so tak le rakyat malaysia dpt pemimpin bodo mcm pemimpin PAS, Malaysia aman dapat pemimpin mcm lu, otak bukan standet melayu, kang makmur malaysia,
Xenan sembang pertikai keputusan?.woi,xpuahati kira sendirila woi.main pertikai,semua orangpun boleh pertikai.group A pertikai keputusan,group B pun akn pertikai jugak keputusan yng berubah.habis,bila nak selesai kalau koorang main pertikai.SPR yang bertanggungjwab dah ada,beri kepercayaanlah.kalo xpuahati,sukarelala mintak jadi pengira undi pas next election biar lu sorang je yang puahati.apa punya mangkuk hayun genetik pun ada gak kat sini.
-zaragosa-
" Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN. "
www.malaysiakini.com
p/s : sana sini pengundi muda menyokong PR. hairan, pengundi muda MU sebaliknya. mudah disogok dengan jambatan baru. geniuskah rakyat Kelantan wahai Aduka?
~ anak kecil main api ~
UG sudah tutup buku la oii.tak payah la nak timbulkan balik cerita lama.gile meroyan agaknye budak Umno ni.dah macam org gila talak.
" Masa bapa arwah mohon bilal masjid tersebut untuk menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan, bilal masjid berkenaan yang juga penyokong kuat PAS memberi syarat kepada bapa arwah supaya berjanji untuk mengundi PAS dalam Pilihanraya yang akan diadakan esok, atau jenazah tidak akan disembahyangkan.
Rupanya dalam kawasan begini masih berlaku lagi kejadian-kejadian seumpama ini. malas nak komen panjang-panjang cuma aku rasa tak sepatutnya bilal tu buat macam tu dalam keadaan macam tu. menyempurnakan jenazah adalah fardhu kifayah dan tak sepatutnya menjadi masalah walaupun berbeza pandangan politik. "
www.perisik-rakyat.com
p/s : geniuskah rakyat Kelantan wahai Aduka? profesionalkah mereka? mengugut balu demi politik kepartian. mengabaikan jenazah kerana ideologi politik. politik dan agama, yang mana lebih tinggi?
~ anak kecil main api ~
miahaha..aku setuju dengan hang.. tapi kalo ikutkan mso lain pulak... TGNA pun dio bantai jo.. cakap merapu2 ler.. aku tgk makin ramai blogger yang tak komen dah pasal nasha ni.. awatnya?
bg wa lak,
lambat lg lu org punye angan2 akan
tercapai dgn mgatakan
yg UMNO akan pupus...haha
sekadar ckp syok sendiri mungkin
lah kot,
saja kasi gembirakan ati.
hakikatnya
jauh lg UMNO akan pupus...hehe
cilakak lu at. lagi sekali lu kutuk tgna, wa luku kapla butuh lu.
Antara punca sebenarnya pas kalah di MU ni ialah bermula bilamana pas kelantan yg diketuai oleh nahkoda kapal yang memilih,memulau pemimpin bagi mengempur bn diMU.faktor ni,majoriti xnafi.memang terang2 pemimpin kelantan menghina segelintir pinpinan.awat,ko ingat nasa tu menang umno yg pilih ker?dia menang melalui muktamr sah.abis pandai2 ko je yang reka strategi lokaliti.strategi mangkuk nila menyebabkan moral petugas dari negeri lain jatuh di MU.
ko ingat pas ni ko punya ke hah?
kenyataan aduka,pas kelantan genius politik untuk xundi pas di MU krn nak pembangunan mcm jmbtn dll, kmdian amik balik dlm PRU xleh masuk akal.yeke camtu?kenapa xbagi kalah terus.nape dapat jgk 65undi? kenyataan ni adalah untuk cover si jebon2 je ni. hakikatnya,strategi korang tu xbetul.kata bijak politik.aku tengok kelam kabut je kenyataan. cthnya: nik aziz kata,xbagi nasa sbb tkt kene boo pahtu selang berapa minggu mintak datang plak supaya bersih imej.dlm media umno plak tu.fataharon kata, ni adalah strategi mengejut. bagi aku,strategi ni adalah strategi mangkuk bin hayun.bijak ke politik camni?
menang 18 tahun dah belagak.lupa asal usul,lupa diri,lupa tuhan(munajat buat tp krn kuasa).xguna kalau paparkan gambar berdoa keluar airmata kalau shahsiah diri xbetul dan xberubah.kalau x bertaubat,lama2 lingkupla pas.
balik la woiii.
-zaragosa-
Post a Comment