Malam misteri Nusantara...
Malam semalam beb. Perggghh... pengalaman gua terbaru. Lillahitaala story nih. Gua bab2 mistik ni dah la naif dan dhaif sekali. Logik akal boleh lah.
Dulu gua ada story tentang rumah sewa member gua yang ada gangguan. Gua try tido kengkonon ala2 pencari hantu la, tapi oleh sebab memember blog ni bagi macam2 tips (agaknyalah), aman jer, takda gangguan malam tu. Sampai la malam semalam. Tak sempat story sebab upload N3 Kak Jie jer.
Member gua ni adik-badik. Perakian. Kg Ngor. Ada silat dalam2 punya la. Rumah sewa dia la dalam maksud perenggan atas tu. Story bermula bila gua bersama si Wan ni, termasuk owner stall, pergi ke stall member gua. Hantar barang. Dalam kol 1 pagi camtu.
Yang member gua si Wan ni, memang ada saka kategori silat2 nih. So, teori gua, salah satu stall yang berada di situ telah dijaga oleh jin, yang disuruh owner la. Teori jer nih. Sebab gua bab2 mistik ni hancai beb.
So, bila jin si Wan ni bertembung dengan jin si stall, maka, berlaku lah konflik. Masa ni semua takda apa2 lagi. Loading barang, hantar member sekor lagi, then balik rumah Wan. Borak2, last2 tido situ.
Mimpi.
Masa gua tido, gua boleh mimpi pelik beb. Tapi gua tak tolak la kalau lu cakap mimpi ni mainan tido la, proses bebas magnetik otak la, etc.
Gua mimpi gua berada kat kawasan stall tadi. Ada banyak ustad2 kat situ sedang mengelilingi jin besar. Yang kelakarnya, dalam skrip mimpi gua, ostad Ismail Kamus ada ni bai. Ngee.. muka taklah gua nampak dalam mimpi tu, tapi gua tahu itu Ismail Kamus jer. Dalam skrip mimpi tu la.
Jin tu plak tak leh buat apa. Gerak tak leh. Tapi marah giler gua cakap lu. Yang gua plak, dalam mimpi tu, tak takut plak. Dalam mimpi la. Kalau real mau tumbuh lagi 2 kaki gua lari punya pasal. Dalam mimpi tu, ayat Kursi gua tak putus la. Sampai la salah sekor ostad tu suruh gua azan plak. Azan boleh kuatkan hati. Katanya. Siyes ni.
Gua plak bleh azan dengan eksyennya depan muka jin tu. Jin tu tinggi sket dr gua. Tapi muka tak jelas. Sampai Haiiya alal fala... jin tu berbulu habis dengan gua dan sergah gua. Time ni gua terjaga.
Tido balik.
Gua istigfar. Ni apa kes gua boleh mimpi jin pulak ni. Mimpi la Nora Danish ke apa ke. Gua tgk jam 5.30 pagi. Gua pun terlelap balik. Boleh plak kontiniuw mimpi tadi plak. Gua cakap dengan ostad tu, gua nak tgk muka dia.
Ostad tu cakap pegang jari telunjuk dia. Gua pegang. Ostad tu paras dagu gua. Masih tak nampak muka dgn jelas. Tapi gua telah memandai2 dalam skrip tu menjengketkan kaki dan melempang dengan kuat kepala jin tu, melepasi ostad tu.
Kira ostad tu tetengah la. Antara jin dengan gua. Gua lempang jin tu atas kepala ostad tu. Ntah paham ke tak gambaran yang gua tulis ni, lantak korang la.
"Pangg!!!" Ni sound effect gua lempang ni la.
Serentak tu, dak Wan yang tido kat kaki gua terbangun sambai jerit.
"Wooooo!!!!"
Bila dia jerit wwoo!! jer, gua otomatik la bingkas bangun. Apa kes ni? Tgk jam dah kol 6 beb. si Wan plak turun naik nafas. Terus masuk tandas. Gua pun fikir, tak boleh jadi ni. Dah Wan ni dah la ada saka. Kono cocopek solat nih.
Solat Subuh.
Gua ambil wuduk jer, bulu roma gua tegak beb. Macam gua cakar papan hitam rasanya. Ala2 ngilu la. Kompius jap. Ni meremang bulu roma pasal air ni sejuk ke, pasal jin ni? Ah.. g jahanam la. Gua nekad jer ambik wuduk, dan stanby nak solat.
Bila gua siap2 nak solat jer. Dada gua berdebar gile beb. Ah.. sudah. Wan plak berdiri kat pintu mengadap luar. Ntah buat apa ntah. Malas gua tunggu, gua angkat takbir. Dada gua tetiba dup dap, dup dap. Niamakahai.
Gua sebut Allahuakhbar jer, Wan menempik lagi. Woo!! Pastu dia istigfar. Gua terkejut la. Tapi nak wat cane, dah dalam solat. Ekor mata gua awasi jer member gua sekor ni. Dah la besar beb badan dia. Budak silat plak tu. Ni kalau dia hilang akal serbu gua tengah solat ni mampos gua.
Dada gua makin parah. Kalau tadi dup dap dup dap, kali ni gedebuk, gedebak, gedebuk, gedebak. Doa iftitah pun tak khusyuk.
Releks Aduka, releks.
Habis jer doa iftitah, sambil ekor mata awasi Wan, gua lafaz surah Fatihah. Ha... tu dia. Macam orang lepas overlap men bola. Mencungap beb. Gua dah pelik.
"Bismillahirrohmannirrohim." (gua benti tarik nafas 2-3 kali ni beb)
"Alhamdulillahirrobbilalamin." (benti lagi. Relek aduka, releks. pastikan otak kawal emosi, bukan emosi kawal otak.)
Lepas jer Fatihah, dia tangkap lutut pulak. Lemah lak ai. Ni ada yang gua solat duduk jer ni kang. Gua dah syak pasal apa? Pasal masa wuduk tadi, gua dah niat nak Subuh baca ayat Kursi.
Gua fight gile beb. Dengan nafas sesak. Dengan lutut lemah. Dengan peluh2. Dengan mata awasi Wan yang dah terduduk gelisah. Akhirnya gua berjaya habiskan ayat Kursi. Habis jer, terus gua lega. Niamakahai punya jin. Ntah jin sapa ntah. Jin Wan ke, jin jaga stall lain kat tempat tadi?
Lepas berakhir semuanya.
Lepas Wan dah ok, dah solat Subuh, baru kitorang tanya bertanya ala2 sidang media. Menurut Wan, masa gua mimpi, dia pun mimpi. Dia mati2 kejutkan gua dari tidur, sebab suara perempuan menangis. Gua plak tido dah macam nak mati. Tu yang dia all out kejutkan gua. Tapi aa banyak cerita yang macam dia sembunyikan la. Nak2 time gua lempang dalam mimpi tadi. Dia just cakap dia tak tahan dgr suara tu.
Tadi, memember ajak repeat balik. Woh.... tobat gua. Ingat ni macam main polis dan pencuri ke. Siksa gua dah lepas. Takda kerja gua cari siksa baru. Gilo. Nak baca Fatihah pun punya la payah. Tak pernah gua rasa camtu.
Takda masa gua nak latih bulu roma gua manjang tegak sentiasa. Kang lebat macam Mujahid Rawa kang, hilang hensem gua.
Siri Lahanat Jebat!
Siri Lahanat Jebat! (1-6)
Oleh : AdukaTaruna
Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.
Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.
“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.
Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.
Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.
Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.
Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.
Matahari mula meninggi.
“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.
“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”
“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.
Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.
“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.
Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.
“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.
“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.
“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”
“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”
“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”
“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”
Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.
“Ooh… macam laga ayam di sini la.”
“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”
“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”
“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.
“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”
“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”
Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.
Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.
bersambung.....






8 maklum balas:
waha..horror gak cita lu ni.Wa cam paham perasaan lu bab kelu nak baca ayat kursi tu.Rasa kelu lidah tekak kering tersekat.Dah habis lega gila.
dak wan tu mimpi lu tido n kejut lu ker atau die kejut lu dlm real life?
hahaha.... kat umah orang tua wa hanya wa jer selalau kena usik..... dah la toyol selalu songlap duit wa.... pastu kena usiak manjang..... mungkin wa ni ada six sense..... penah gak satu perkara berlaku tapi wa rasa cam wa penah mimpi perkara tu sebelum..... alah cam citer heroes la.... mamat jepun tu... boleh merentasi masa..... tapi wa lalui dalam mimpi sebelum betul‘8 terjadi.... serius cakap... memang selalu terjadi beberapa kali kat wa....... penah gak wa cakap kat satu tok bidan yang ada ilmu² bomoh ni... ada ke dia cakap wa ni lemah semangat.... sebab tu lah wa selalu alami keadaan camtu.... man boley..... makhluk seganas wa dikatakan lemah semangat...appara
-abanghensem
-abanghensem
tuh ler. tido tak basuh kaki.. :D
wan plak ntah2 tido pakai kasut.. hi3
wa takat mimpi2 jin ni penah gak r..sejak wa darjah 2 lg..mak wa pon ade ckp atuk wa ni dulu penah gak maen2 ngn bnde2 ni dlu (rimau jadian), tp dh tue2 die tobat la n buang mende alah tu..
tp jujurnya wa x nah jumpe lg or alami la pngalaman2 naik bulu kaki ni..teruk2 pon wa dgr pmpuan nyanyi(humming) mase buang air kt asrama dulu..tp tu pon wa bleh wat blur je..dh sampai kelas, baru terasa naik bulu janggut-baru-nak-tumbuh wa..hahaha
abghensem, tu yg macam dejavu tuh ke? yg tu ada masa2 dia selalu gak nur dapat..
kadang2 ceta kosong, kengkadang seriau, huahua
btw, apa kata suh buang je saka tuh?
apa seh org melayu simpan2 saka nih..
kuno sungguh
hehe,,
haritu kazen nur detect2, rupanya beliau ada saka buaya, then try nak buang.. buat mudarat byk benda halus nih kalau takda amalan..
huhu +__+
nur
alah kau maki je jembalang tu, pasti lintang pukang, alah macam tak biasa lak, ayat kursi jemmbalang hantu tak makan punya baik kau maki, mesti jembalang hilang, jembalang ke dosa dosa yg mengintai
kihkihkih....tak cayalah tok moh aduka kena ganggu jin....kihkihkih...padan muka AT, tula hang selalu duk bengapkan orang, sekarang hang telah dibengap oleh jin pulak, nasib baik jin tu tak NGAP hang waktu tidur tu...jangan tak tahu AT Ustad Ismail Kamus tu (ulamak yang hang dok tibai selalu tu) telah membantu hang dengan izin Allah...kihkihkih...tok moh pun tahu takut jugak?...hehe...padan muka AT!...
tido tu ambik wudhuk, baca doa + ayat 3 Qul.. & 2 kalimah syahadah (cam siap nak mati ler)..insyaAllah...tak ada gangguan pasal ada 'guard'.
hehe AT...mungkin kamu ada ilmu tertentu tu jin mai uji kamu kot...pasal saka, baik camna pun, leh terbang ker leh silat ker leh kerja kuat ker,buang ajer ler saka tu...sbb salah segi aqidah tak ada maknanya..hehe
Post a Comment