Sahabat

Papan Notis Utama

1. Hubungi gua di sini.

2. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com

Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





KLIK PADA BANNER





banner-duniaherba-486×60.gif


Studio AT

Photobucket

Kisah ulama bengong..

Oleh : AdukaTaruna

Ada 2 ekor ulama Melayu yang baru daftar sebagai mujahidin dalam dunia peperangan Islam di Selatan Thai. Mereka diberi tugas berat. Yakni menghantar bahan letupan ke satu lokasi. 2 ekor ulama itu hanya diberi masa 30 minit.

"Ana adalah ulama Al-Azhar, Mesir. Ada MA dalam Syariah. Lulus dengan cemerlang. Ada beberapa anugerah dekan lagik. Jadi, ana layak untuk tugas ini. Syahid atau hidup mulia!!" Jeritnya semangat.

"Benar semua. Kami juga mempunyai kelebihan doa mustajab. Cepat makbul. Contoh, kalau makanan panas, kami berdoa jer, makanan akan menjadi sejuk."

"Waaaaaa....." Para Mujahidin kagum.

Menjelang bertugas, sebiji trak sederhana sampai. Skang turn 2 ekor ulama Melayu Mesir tu bertugas. Bawa trak tu ke lokasi.

"Eh... nanti dulu. Stering kete ni belah kanan. Tak macam Mesir. Ini semua kerja Yahudi."

"Kenapa pula? Kita tak punya banyak masa." Pemandu trak awal tu mula keliru dan tidak faham.

"Takan anta tak tahu? Bagaimana anta boleh terlibat dalam misi sulit ni? Apa taraf pendidikan anta?" Sekor ulama lagi berkata.

"Haaa?"

"Ini semua kerja Yahudi. Bila stering kereta belah kanan, kita terpaksa masuk kereta guna kaki kiri. Ini semua tidak sunnah."

"Ak alaaaa... copek la. Kaki kiri ko, takdo kaki ko, kendian cerita la." Tiba-tiba pemandu trak tu bercakap loghat negeri 9. Maybe dah habis berbulu dah.

"Tak boleh. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kita rela kalah asal Islam tak kalah."

Keadaan mula kalut. Di lokasi sana, mujahidin mula risau. Kenapa trak tidak sampai2 lagi. Akhirnya, komander mengarahkan misi dibatalkan.

"Anta kata anta terer. Lulus cemerlang. Tapi kanapa gagal sampai dalam masa 30 minit?"

"Ana rela kalah, asal Islam tidak kalah. Inilah dia Kepimpinan Ulama." Kata ulama Melayu Mesir dengan selamba sambil mata terpejam.

"Kepimpinan Ulama kepala hotak lu!"

"Anta jangan biadap terhadap ulama! Mahu masuk neraka kah?"

"Stupid la Melayu 2 ekor nih." Komander tepuk dahi.

"Jangan melampau ya akhi. Hormati ulama! Doa ana mustajab! Boleh doa sejukkan makanan!"

"Berapa panjang doa lu?" Soal komander.

"Kejap jer. Dalam setengah jam."

6 maklum balas:

Anonymous said...

helmet yahudi oi....naik moto pakai serban....

topi yahudi oi....pegi mancing pakai kopiah.....

SearchForHeaven said...

Kita rela kalah, jika syiar ISLAM tidak tertegak..

itu sewajarnya..

Kita dalam permainan demokrasi yang dicipta manusia..
Kita masih tak mampu mengangkat senjata..
Muslim masih lemah pegangan..
Masih ramai muslim sayangkan kesenangan dunia berbanding akhirat..

Kita mahu mendidik manusia supaya berpegang pada ideologi ISLAM..
Kita mennggunakan medan demokrasi untuk menyebarkan ISLAM..

DUNIA takkan benarkan ISLAM bertapak dalam demokrasi..
lihatlah turki..
lihatla Mesir..
ISLAM Takkan dibiarkan menang secara percuma..

Itu kita kena faham..

Dunia ini flexible dan complicated..
pilihla mana yang kita rasa boleh mambantu kehidupan di akhirat..
Dunia usah dibiar, namun ada sempadan..

Anonymous said...

'Kita rela kalah asal Islam tak kalah' tu TGHH yg ckp...lu berani lu tegur la dia.....

jiwamelayu said...

lawak la bro ni...
haish, tak paham gen melayu ni kan?

sunnah yang kecik nampak, sunnah yang besaq tak mau buat

Anonymous said...

Budak tak lepas ngaji fardhu ain ke mamat ni?

Nak kata lawak, bangang sangat lawaknya. Nak kata berilmu, artikel cam sampah.

Kesiannn...

Anonymous said...

alah kauorang tak tau AT ni yahudi bukan gen melayu, dia ni mcm freemason yg dihantar untuk menulis memaki ulama, bagi yahudi semua ulama tu candu masyarkat, sebab tu yahudi ajar pengikut dia ada pembolehubah, artikel sampah ni laku dan dpt bayaran dari yahudi kau org apa tau, asal duit masyuk je, hentam ajelah sapa saja,ni dinamakan stander yahudi

Siri Lahanat Jebat!

Siri Lahanat Jebat! (1-6)

Oleh : AdukaTaruna

Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.

Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.

“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.

Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.

Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.

Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.

Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.

Matahari mula meninggi.

“Tidak kekandaku Tuah. Hamba merasakan sudah perlu kita mengikut Islam sepenuhnya. Untuk apa undang-undang Islam itu ditulis sekiranya tidak dipatuhi?” Jebat menatap wajah Tuah.

“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.

“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”

“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.

Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.

“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.

Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.

“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.


“Ah! Untuk apa susah-susah Lekiu. Dah banyak yang kamu beri. Malu pula rasanya sebab hamba tidak pernah membalasnya.” Kata Datuk Bendahara Tun Mutahir.

“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.

“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”

“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”

“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”

“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”

Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.

“Ooh… macam laga ayam di sini la.”

“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”

“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”

“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.

“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”

“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”

Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.

Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.


bersambung.....