Oleh : AdukaTaruna
Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.
Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.
“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.
Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.
Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.
Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.
Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.
Matahari mula meninggi.
“Tidak kekandaku Tuah. Hamba merasakan sudah perlu kita mengikut Islam sepenuhnya. Untuk apa undang-undang Islam itu ditulis sekiranya tidak dipatuhi?” Jebat menatap wajah Tuah.
“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.
“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”
“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.
Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.
“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.
Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.
“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.
“Ah! Untuk apa susah-susah Lekiu. Dah banyak yang kamu beri. Malu pula rasanya sebab hamba tidak pernah membalasnya.” Kata Datuk Bendahara Tun Mutahir.
“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.
“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”
“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”
“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”
“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”
Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.
“Ooh… macam laga ayam di sini la.”
“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”
“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”
“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.
“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”
“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”
Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.
Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.
bersambung.....
16 maklum balas:
ermmm.... btol tu..... nak kencing wa ngan citer² camni???....... sorry beb wa bukan genetik melayu yang senang nak kena tipu ngan citer camtu..... wa pun baru tau dari citer orang tua wa, yang wa ni gen bugis dari pattani... belah atok wa plak dari arab..... bukan senag nak kena tipiu beb..... sebaliknya wa plak yang selalu tipu gen melayu cam aduka.... wah!!! hahahaha
-abanghensem
Sakit dah seminggu. Isnin hari penamaan calon, lu pegi check-up. Selasa bedah. Asal x bgtau boss lu. Bgtau kwn2 pun jd la.
Dah 3 hari baru bgtau. Tu pun bini lu SMS ke The Star. Harakah?
Lu sendiri yg dedahkan diri lu kpd risiko fitnah & prasangka.
avoid conspiracy.
avoid to make assumption..
avoid to make early conclusion..
ISLAM itu tinggi..
tiada yang lebih tinggi darinya..
akal cuba menelah..
tapi iman menahan supaya tidak timbulkan fitnah..
Akal cuba mencari titik lemah..
tapi Iman menyuruh membaiki kelemahan..
Akal cuba berkonspirasi..
tapi iman menenangkan hati supaya suci..
for whatever reason..
we'll wait and see...
Wa nak bg tau ada pembantu2 bodoh dlm PAS kat klate nuh, sila baca artikel MSO sebagai rujukan, Lu org jgn tunjuk bijak tp sebenarnya bodoH, mangkok ayun punya blogger huhuhu
Pimpinan maksum beb. Kelemahan sendiri wujudkan kontroversi, smua kena sangka baik.
Tp kalo ahli grass root x dtg usroh sbb bini sakit, kata alasan la, x nak b'korban la, tawakkal pd Allah lemah la, mcm2 beb. Haha.
Kalo pimpinan wait n see. Kalo ahli tibai dulu, p'jelasan buang dlm tong sampah.
Wa x heran jawapan camtu. X yah nafi la, double standard tetap wujud dlm PAS.
alah lu stander bodoh piang at, kalu nak mampus ari ni leh cakap ke kat pemimpin yg aku ni nak mampus dah, bodoh tolol le kau AT, standet le kau gen bukan melayu, tak ada qada dan qadar,so pemikiran mcm yahudi le,
kalo budak sekolah sure dah kena marah x bagitau.kalau pemimpin takpe
bab sakit wa tak hentam ler..kot betul sakit..kita patut doakan kesembuhan dia...tapi bab tak bagitau awal & sampai sorang pemimpin PAS pun tak tau berita pada hari penamaan MU, tu ada syak wasangka ler...mana leh jadi camtu? kena bagitau/repot ler sakit, gi spital check-up ker?masuk ward pun org atasan tak tau? ..apa criter nih? dia kan leh suruh bini dia call sapa-2 pemimpin PAS pun, pasti ada yg bagitau TGNA awal lg...hmm..kot dia bagitau ehem ehem tu wa maleh ler nak story & hentam dia kejap nih...bagi dia rehat dulu...senang criter.
dAH TAKDE BENDA NAK KOMEN KE..SAKIT PUN SALAH..MEMANG BUSUK HATI LE KOME NI...
bkn psl sakit la mangkok.tp psl tak maklumkan pd rakan pemimpin lain.ayat simple tu pun tak paham ke.buduss...
Pimpinan tak maksum..
Yang maksum Hanya Nabi dan rasul..
Usah sceptical..
Islam tidak melarang kalau menegur dan menasihat..
ISLAM menyediakan cara2 Nasihat..
MUSLIM yang menyokong jemaah ISLAM haruslah ikut lunas2 ini..
Kalau ekor mahu memimpin kepala..
Memang takkan berjayalah jemaah..
Bukan double standard yang kita amalkan.. tapi ADAB!!
Tak nafi, dalam PAS ada double standard tapi kita tiada perlu kita buang adab..
Jgn tinggikan politik dari ISLAM..
kembali pada quran dan sunnah...
kalu selisih..kembali kepada dua ini..
ustaz nasha dah buat silap..
lalu dihukum..
kita tiada tahu dia ikhlas atau sebaliknya..
Kita hanya mengagak, mendengar tuduhan TF2010 dan macam2 lagi..
Kesahihan siapa yang tahu??
Kita serah kepada Yang Maha TAHU..
Supaya kita tidak dalam fitnah..
TGHH lontar idea, tiada penjelasan..
lalu dihukum bodoh dan lemah strategi..
Adakah kita cerdik atau paling hebat berstrategi?
TGNA telah memberi amaran.
TGNA telah memberi nasihat..
Munasabah kita tunggu dan lihat..
supaya tiada lebih sudu dari kuah..
Atau kita orang yang paling bijak dan paling tahu??
Sekarang telah diakui sendiri oleh TG Nik Aziz bahawa memang keputusan beliau dan PAS Kelantan sebelum ini yang menghalang Ustaz Nasharudin dari hadir semasa penamaan calon di Manek Urai.
Jadi kritikan anda dalam entri ini walaupun hanya menggunakan kiasan saya rasa agak keterlaluan dan melampau.
Nak cite ttg ADAB? Haha. Sekolahkan dulu pemimpin PAS yg x reti adab. Adab kpd Majlis Syuro. Adab kpd Mursyidul Am. Adab di kalangan pimpinan. Adab sesama anggota Pakatan. Adab t'hadap ahli bila sedar diri melakukan silap.
Dah tau media tempang, biarkan jamaah dicalit lumpur akibat kelemahan sendiri. X serik2 dimanipulasi.
Wa dah tulis mamat nih memang bodoh , peminat pun sama je bodohnya huhu
bagi aku punca yang jadi camni ialah PAS Kelantan.pas kelantanla yang tidak mau Nasa berkempen di MU.Nahkoda kapal sendiri kata,kalau nasa datang mungkin akan diboo oleh pengikut.ini adalah strategi katanya.strategi mangkuk hayun apa ni?ko ingat pas ni ko saje ke yang punye?xde mesyuarat,ko boleh kata strategi ko?strategi yang x diputuskan oleh pas pusat,pandai2 dia plak bagi statement.mursyidul am hanya penasihat.bukan pemutus strategi.politik macam ini ada jugak ye.kalau ikut panas,aku akan hantam puak yang macam ini.organisasi pas,nak dipuak2kan.
-zaragosa-
Post a Comment