Sahabat

Papan Notis Utama

1. Hubungi gua di sini.

2. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com

Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





KLIK PADA BANNER





banner-duniaherba-486×60.gif


Studio AT

Photobucket

Barua2 seekor ulama..


Oleh : AdukaTaruna

Masalah betul la. Naik pedap gua. Memula sekali gua nak bariskan ranking stupid dalam kekalutan ni.
  • Perwakilan PAS.
Paling bangang dalam satu2 permasalahan komuniti ialah komuniti itu sendiri. Allah tak ubah kalau kaum tu bangang nak ubah. Kominiti bangang akan lantik orang bangang. Akan ikut kebiasaan bapak2 mereka yang bangang dan tiada petunjuk.

Perwakilan PAS terlalu stupid untuk menilai siapa Nasha. Bersekongkol dalam gelap dengan UMNO, tak nak mengaku, ugut nak saman. Kemudian diishtihar Ahmad Awang, di medium muktamar, memang ada pemimpin tertinggi PAS yang agen UMNO, yang kita tak tahu siapa?

Didedahkan apa itu Task Force, dan mengapa Nasha tidak nafi atau saman? Terlalu bodohkah Nik Aziz untuk mengetahui ulama2 barua kepada UMNO dalam jemaah pimpinannya? Mengapa tidak disaman dedahan Task Force oleh blogger terkemuka oleh Nasha?

Bangang nak mampos perwakilan PAS ni. Stented Pak Lebai Melayu.

  • Mat Sabu dan Husam.
Si mangkuk bangang 2 ekor ni pun satu hal. Tak boleh langsung utamakan parti dari kepentingan peribadi. Tak nak mengalah. Pi mai, pi mai, UMNO menang. Binatang punya 2 ekor nih. Kepala otak letak kat pungkoq ke apa?

Yang sekor dah tahu underanjing, tetap kepala batu nak bertanding. Yang sekor dah tahu yang Mat Sabu kepala batu, tak nak mengalah gak. Dasar binatang takda kepala otak. Penyudahnya watak utama Task Force menang, UMNO menang bergaya.

Asal Melayu, pasti stupid.


Skang lu tengok.

Lu tengok apa dah jadi kepada PAS? Tak payah salahkan Nasha si ulama laknat tu. Bukan sekor dua ulama keluar jemaah masuk UMNO. Dah memang kerja dan tugas dia. Tapi lu yang jaga jemaah lu, apsal turut jadi bangang nak mampos?

Skang lu tgk. Hadir ulama barua ni kat Manek Urai dah tentu pengundi Kelantan menyampah. Tak hadir, dah tentu salah. Hadir salah, tak hadir salah.

Tu pasal sepatutnya, umumkan sahaja Nasha mendapatkan rawatan untuk hadir pada penamaan calon. Selesai. Semua tahu dia sakit dan uzur. Nama Timbalan PAS tak tercemar, nama PAS pun terjaga.

Nama Nasha pergi mampos la. Tapi nama Timbalan kepada organisasi penting perlu dilindungi. Nama jemaah penting perlu dilindungi. Skang zon perang, bukan zon jawab kertas pekse. Apsal la stupid sangat ulama2 kat dunia Melayu nih.


Gua puji Presiden dalam kes ni.

Wa tabik Hadi dalam tungkus lumus dia jaga damage dalam kes ni. Walau kes ni sebab bangang dia jugak (UG), tapi gua puji dia untuk tajuk kecil ni.

Gua kurang selesa TGNA digambarkan seolah2 sombong dan enggan berdamai melalui gambar oleh Utusan dan Mkini. Tapi, kalau lu sendiri tahu siapa Nasha dalam jemaah yang lu pimpin, dalam perjalanan lu yang akan disoal Allah tentang amanah lu nanti, pasti lu tahu betapa sukarnya keadaan.

Lu pimpin jemaah yang hampir seluruh hidup lu, lu korbankan untuknya. Tapi muncul satu ulama barua yang baru datang ketika PAS kuat, sudah tentu lu bengkek beb. Tapi, antara bengkek terhadap ulama barua dengan kawalan damage terhadap ahli2 PAS yang bangang nak mampos ni, IQ tahap Pak Lebai Melayu, dilemma ma.

Nak tak nak lu kena bagi gak signal kecil kepada massa yang ulama barua depan lu ni memang barua.

"Ayahanda dikelilingi oleh penasihat2 yang jahat!"

Kepala otak lu.

Kesimpulan.

Ada 2 golongan bangsat dan celaka dalam masalah ni. Yang gua rakam dan catitkan dalam blog gua untuk rujukan masa depan.
  • Perwakilan PAS
  • Husam dan Mat Sabu.

22 maklum balas:

jit tontoya said...

haluuuuuuuuuuuuuuuuu.....

habis yg dua org ni saja ka......

Si setopa, harun din, mat iraq tu ulama ok ka?

Macamana Husam nk menang kalo, su sendiri dok kempen utk si nasha. su larang sana -sini. Dewan ulamak pun dok hentam puak yg x sejoint dgn si nasha.

cuba bro senaraikan semua nama badigol tu termasuk blogers aku nk tgk...tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!

Anonymous said...

bila aku masuk blog kau ni rasa tak tenang je. macam masuk disko (wpun aku tak penah masuk disko). korang tau tak mana2 blog yg menenangkan jiwa?

uma said...

nik aziz tgh
posing pandang kamera
masa ambil gambo tu...haha
ok ke?

Anonymous said...

yg sebetulnya ada 3 golongan, yg tertinggal AT tak sebut, satu golongan yg disukai oleh yahudi dan nasrani, golongan pemerhati besar yg diketuai oleh Aduka Taruna, Untuk rujukan org melayu ada satu golongan yg muka mcm melayu, mentankedarah mcm melayu, minum pun mcm melayu, cakap tak seperti PPSMI, tapi tak mengaku melayu tapi berbangga dengan idea yahudi dan nasrani, Ini rujukan untuk manusia yg beriman sahaja.

Anonymous said...

Ayahanda dipengaruhi penasihat2 yg jahat.

Well, aduka pun dipengaruhi setan2 yg konfem jahat masa dias tulis artikel ni.

Weeee

Anonymous said...

Ayahanda dipengaruhi penasihat2 yg jahat.

Well, aduka pun dipengaruhi setan2 yg konfem jahat masa dias tulis artikel ni.

Weeee

lelaki_ini said...

Benda dah lps bro. Pimpinan dah dilantik. Nak ubah kena tggu lg 2 tahun. Masing2 pun x leh wat pape sbb dah b'laku.

Maki sblm muktamar mmg b'kesan. Maki slps muktamar lu leh rakam je la.

Kita x sure btol ke p'wakilan PAS bodoh cam lu kata. Lu jgn lupa, ada keraguan pd keputusan undi. Keputusan x rasmi mlm jauh beza dgn keputusan rasmi esoknya.

Lu kata lu optimis pd sistem pengiraan undi PAS. Wa kata wa sangsi.

Muktamar 2011, sistem pengiraan undi kena ubah. Pilihanraya kampus pun wakil calon ada ms kira undi, ni muktamar serah bulat2 kat petugas, apa ra..

Bila sistem lengkap & sempurna, insya Allah x de p'tikaian & keraguan beb. Smua akur pd keputusan rasmi.

Berg said...

Ceh.. lu manek uraipun x trun... huahua... jom la bro.. best oo kat sini...

sabri said...

nasha salam.nik aziz tak pandang pun muka nasha.mengapa ye?

Anonymous said...

Keputusan x rasmi tu dr sape lelaki_ini? Dr mesiakini ke?

Dh perwakilan xnak, xnak laa.. Kalo lu nak, lu jd perwakilan beb!

MaLin said...

keraguan dtg dari setan beb!! ikut setan ke ikut sape

pria malaya said...

haha...tak habis2 la lu duka..

lu banyak idea, tapi sayang ayat2 lu 'over' sgt la beb...

bab makihamun/sumpah seranah je, yg lain ok je wa tengok, tak kesah la falsafah ke, pemboleh ubah ke, genetik melayu ke, ape ke..lu taruh la, orang kat sini angguk je..

yg tak best ni, maki hamun sumpah seranah, lebih sgt bro..mcm kita plak bagi peluru kt musuh..tak pro la bro..haha...

Anonymous said...

seperti diduga,ANJING-ANJING ulamak Hadi dan Nasha kembali menyalak.pantang jumpa entri dan komen mencuit ulamak Hadi,Nasha dan UG,ANJING-ANJING ini meleleh air liur,nak gigit sana sini.otak letak kat bontot kejap,komen bodoh pun bodoh la,tak patahkan hujah takpe yang penting maki hamun,yang penting jilat ulamak penipu,yang penting jilat ulamak pengkhianat jemaah,bela ulamak masuk Syorga beb.sluurrppp..kang kang kang..hahahhaahhaa...

sabri said...

MaLin, keraguan dtg dr setan ke?

Sila ke web ni..

www.mindarakyat.cjb.net

Hadi Awang, Nasharudin, Badrol Amin ikut setan woi..

Anonymous said...

lelaki_ini sembang pertikai keputusan?.woi,xpuahati kira sendirila woi.main pertikai,semua orangpun boleh pertikai.group A pertikai keputusan,group B pun akn pertikai jugak keputusan yng berubah.habis,bila nak selesai kalau koorang main pertikai.jwtnkuasa yang bertanggungjwab dah ada,beri kepercayaanlah.kalo xpuahati,sukarelala mintak jadi pengira undi pas next election biar lu sorang je yang puahati.apa punya mangkuk hayun genetik pun ada gak kat sini.

-zaragosa-

sabri said...

www.mindarakyat.cjb.net

woii Hadi, Nasharudin, Badrol Amin, tak puas ati dgn SPR, buat pilihanraya sendiri la. main pertikai, semua orang pun boleh pertikai. group A pertikai keputusan, group B pun akn pertikai jugak keputusan yng berubah. habis, bila nak selesai kalau koorang main pertikai. jwtnkuasa yang bertanggungjwab dah ada, beri kepercayaanlah. kalau tak puashati, sukarelala mintak jadi pengira undi next election la, biar lu 3 orang je yang puashati. apa punya ulamak mangkuk hayun genetik pun jadi pimpinan.

www.mindarakyat.cjb.net

Anonymous said...

woii,apa ni paste ayat aku ni woii.xdak modal lain ke woi.

-zaragosa-

Anonymous said...

SPr len kes beb. Tu terang2 nipu. Mayat pn dtg ngundi. Ni at least kalo korang nak pertikai bg la bukti satu.

Takat keputusan x rasmi yg berbeza dr keputusan rasmi wat pe? name pn x rasmi. Yg bodo gi caye watpe? Ntah dr mane pon tatau keputusan tuh..

Anonymous said...

SPr len kes beb. Tu terang2 nipu. Mayat pn dtg ngundi. Ni at least kalo korang nak pertikai bg la bukti satu.

Takat keputusan x rasmi yg berbeza dr keputusan rasmi wat pe? name pn x rasmi. Yg bodo gi caye watpe? Ntah dr mane pon tatau keputusan tuh..

Anonymous said...

ANJING-ANJING PERPADUAN makin kuat menyalak.mari menjilat Hadi,sluurrpp..kang kang kang..hhaahhhaaahaaa

Anonymous said...

HAI,CAMNE PAS BOLEH MEROSOT MAJORITI NI.BOLEH TUAN2 KOMEN SKIT?

NI AKU NAK KOMEN SKIT YE.
ANTARA SEBAB YANG PALING BESAR IALAH PAS KELANTAN OVER CONFIDENT DAN TERLAMPAU PANDAI BERSTRATEGI.GURU BERPOLITIK.SEBAB TU JADI CAMTU.HE22

Sharouk said...

Hai

Siri Lahanat Jebat!

Siri Lahanat Jebat! (1-6)

Oleh : AdukaTaruna

Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.

Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.

“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.

Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.

Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.

Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.

Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.

Matahari mula meninggi.

“Tidak kekandaku Tuah. Hamba merasakan sudah perlu kita mengikut Islam sepenuhnya. Untuk apa undang-undang Islam itu ditulis sekiranya tidak dipatuhi?” Jebat menatap wajah Tuah.

“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.

“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”

“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.

Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.

“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.

Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.

“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.


“Ah! Untuk apa susah-susah Lekiu. Dah banyak yang kamu beri. Malu pula rasanya sebab hamba tidak pernah membalasnya.” Kata Datuk Bendahara Tun Mutahir.

“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.

“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”

“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”

“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”

“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”

Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.

“Ooh… macam laga ayam di sini la.”

“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”

“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”

“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.

“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”

“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”

Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.

Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.


bersambung.....