Apa yang korang tak pernah tgk..
Sebab banyak gak bebudak studen yang lahir lambat masuk blog gua, gua dengan eksyennya nak story beberapa benda yang kompom lu tak pernah tgk. Ngeh3...
Kedai pintu papan bernombor (baca stail citer Doraemon).
Kedai yang lu tgk skang ni guna grill yang roller down tuh. Tarik ke bawah untuk tutup dan tolak ke atas untuk bukak. Memekak bisingnya.
Dulu kedai guna papan beb. Papan tu dah ditulis nombor. papan 1, papan 2, papan 3 dan seterusnya bergantung kepada jumlah papan.
Nak tutup kedai, kena susun ikut nombor. Kalau tak, tak ngam. Tak boleh tutup kedai plak. Kalau lu buat kelakar curik sekeping papan tu, mahu bunuh diri pekedai tu beb. Haha. Gambar dia lu try la carik kat google.
Pasar malam lilin karbait (baca stail citer Doraemon).
Dulu mana ada generator ma. Bising dengan manusia satu hal, bising dengan bunyi ekzos generator satu hal. Dulu, masa gua kekecik (masa tu zaminc n uma pakai lampin lagi), pasar malam guna lilin karbait. Karbait pun lu tak pernah tgk, baik lu baring masa lu lintas jalan. Kasi lori sampah langgar lu.
Meriah wo. Syahdu jer kalau gua imagine dalam kepala otak gua. Sana sini lampu lilin. Ada yang guna lampu gasolin. Kena pam. Macam hari raya area kampung la suasananya.
Apa? Lampu gasolin pam pun tak tau? Dah boleh la lu bunuh diri skang jugak.
Lampin.
Dulu takda pampers beb. Kerja gua sebelum dibenarkan kuar bermain (kalau abah gua ada la. kalau mak gua, gua main ghaib jer), ialah melipat lampin. Perghhh... jem gile gua cakap lu.
Kena lipat 4 segi dulu. Pastu tarik bucu jadi 3 segi. Pastu lipat tgh2 dia plak. Jadilah lampin. Tak jadi lampin, jadi lempang plak.
Sterika arang.
Masa ni kompom zaminc, uma n kak memot blom lahir. Masa tu gua darjah 3 la gua ingat. Susah woo.. nak gua. Kena bakar arang la dulu. Pastu.. errr... gua lupa la plak.
Siri Lahanat Jebat!
Siri Lahanat Jebat! (1-6)
Oleh : AdukaTaruna
Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.
Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.
“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.
Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.
Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.
Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.
Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.
Matahari mula meninggi.
“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.
“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”
“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.
Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.
“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.
Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.
“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.
“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.
“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”
“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”
“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”
“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”
Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.
“Ooh… macam laga ayam di sini la.”
“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”
“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”
“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.
“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”
“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”
Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.
Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.
bersambung.....






12 maklum balas:
halamak,
nostalgia la lu bro.Seterika arang pon ada.wahaha.Lu lahir zaman bila ni bro.
jgn lupa baju sekolah kene kanji.kasi keras.hehehe
haha..lawak la lu bro...;D
lu lahir tarikh bila bro? tengok gaya mcm dah umo 40-an...haha
betulla bro..kelakar pun ada gak bila pikirkan...
budak sekarang tak penah jumpa..tak main pondok2 mcm kita dulu kot..diorang main game je..takpun nengok astro je keje...
masa aku dulu main game 20 sen...dapat kacang sekali...
Gua ingat zaman John Travolta dgn saturday night fever, lu sudah sekolah menengah la...
Bro. kedai pintu papan tu, plg susah part nak pasang pintu besar gedabak dia tuh. Nak bg tiang pintu tu masuk lubang atas bawah, dah la berat. Haha.
ler.. wa lahir kendian drp lu ker? hehe..maap ler..wa tak tatau. Tapi wa jumpa semua tu, cuma tak ler merasa zaman makan ubi kayu hari-2 tu (zaman perang dunia II) atau komunis masuk kpg.
wa layan rock kapak masa skolah men. & masih layan lg.. lu AT dah layan nasyid pulak ker? hehe
jangan lupa mesin ABC pusing guna tangan.. ada lagi kut camni...
4benda je ke pcik?
nur rasa pun pcik ketinggalan byk tu..
btw, semua tu tak penah jumpa kecuali lampin,,
haha
tapi seterika tuh selalu dengar, nampak dari jauh je..
http://kun.co.ro/knot/seterika-arang.jpg
** pcik zaminc, mesin ABC tuh baru beberapa tahun tak popular.. dulu zaman sekolah kat kantin ada.. hehe,,
AT poyo je psl seterika arang..bajet dh tue sgt..hahaha..kt umah wa ni smpai skunk mak wa meneruskan tradisi lampin kt anak buah aku(baru satu, akan dua..insya ALLAH).tapi wa sbg pak sedare yg x leh harap masih gagal nk lipat cm AT ajar tu..hahaha
alamak..gua kena baring kat tgh jalan la camni
teringat dapur minyak tanah cap butterfly...
aku masak megi dekat 1/2 jam baru buleh makan...
nak bg menyala api dekat 10 minit
klo nak control bg sejuk sterika tu kene letak kat daun pisang....ak tgh arwah bpak ak buat klo nak g jauh2,,,
Post a Comment