Skip to main content

Tuntut Nasha jumpa TGNA. Himpunkan 5000 pengundi Bachok.

manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.


Beb. Si ulama Nasha guna tektik macam Presiden. Ghaib. Gua cadang himpunkan 5000 atau lebih pengundi Bachok berhimpun di Kota Bharu atau Bachok sendiri untuk tuntut Nasha keluar dari persembunyian, jumpa TGNA.

Jangan biadap dan lari dari masalah. Datang mengadap Mursyidul Am dan berikan penjelasan. Kalau Nasha salah, mohon maaf. Kalau Mursyidul Am salah, mohon maaf. Ulama Nasha pun kena sorok hantu kopek.

Gua tuntut Nasha keluar dari persembunyian dan mengadap Mursyidul Am. Kalau takut, tunggu Hadi balik dan jumpa sama2.

Comments

  1. KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

    Berita dari blog Cina Islam : Cuma 10 wakil PAS tandatangan tolak 'kerajaan perpaduan'.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

    Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

    Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

    Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

    Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

    Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

    Sedarlah sebelum terlambat.
    Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
    Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

    ReplyDelete
  2. itulah yg sebaiknya..patutnya Nasya yg bertindak awal cetus idea nk jumpa TGNA bg jernihkan keadaan..tapi x, tok guru yg kene jugak...adehhh....

    pe pun, OK la tu, TGNA pun dah bg signal akan jumpa si Nasya dan TGHH sekaligus..biar dorang bertentang mata selesai isu ni secara baik..

    bagi kita yg kat bawah ni, relax sudah la, cool beb..hehe..jgn duk jd batu api bagi hot keadaan...pro beb, pro...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam ... semoga rahmat Allah bersama anda sekeluarga..

    Saya mohon maaf sekiranya anda terkilan dengan kenyataan saya di Blog Aduka Teruna..

    Saya tidak bermaksud nak membelakangi ataupun menghina Tuan Guru Haji Hadi dan Ust Nasha..
    Saya menyatakan sedemikian kerana saya tak mahu perjuangan ini nanti terkubur begitu sahaja..

    Atas sebab itulah saya mahu sekiranya kita ada niat bersama dengan UMNO kita perlulah kembali kepada perjuangan asal kita..

    Setelah lama kita berjihad menentang kemungkaran UMNOBN tiba2 apabila mereka dalam keadaan lemah kita berikan pula talian hayat bagi mereka..
    Lupakah kita setiap prenindasan yang mereka kenakan terhadap kita..Saya tak mahu perjuangan kita sia2 hanya nak memberikan peluang kepada sebuah Parti munafik yang kita dah berikan peluang untuk berubah berpuluh tahun lamanya.

    Apakah UMNO mengambil iktibar dari kekalahannya dalam PRU yang lalu..? Sudah tentu tidak saudara..malah mereka masih bersikap menindas kita serta merampas pula kuasa kita di Perak dengan jijik sekali..

    Bukankah kita sering dimomokkan UMNO musuh Islam yang sudah nyata oleh pimpinan kita hatta Tuan Guru Haji Hadi sendiri.. Jadi kenapa perlu kita bergabung pula dengan mereka..?

    Saya sayangkan Perjuangan kita dan Pakatan Rakyat..kerana dalam masa inilah kita dapat melihat betapa semangat dan ramainya rakyat menyokong kita menentang UMNOBN jadi jangan kita hancurkan harapan rakyat yang sememangnya menyokong perjuangan kita dengan kita bergabung pula dengan UMNO .

    Jika salah dan silap harap dimaafkan.. kita manusia tak lepas dari salah dan silap yang penting mahu mengakui dan berubah..

    Jangan seperti UMNO tak mahu mengambil iktibar malah semakin sombong pula sekarang ini...

    Wassalam..

    ReplyDelete
  4. Si mangkuk hayun

    UMNO akan pupus selepas ini apabila Isu ini akan reda.. sebabnya perbezaan pandangan dalam PAS adalah perkara biasa dan itulah yang memantangkan PAS dan menguatkan Parti ...

    PAS belajar dari pengalaman nya tak seperti UMNO semua keburukan nya disimpan sehingga menjadi bernanah dan membengkak dan takkan dapat tertahan lagi ianya akan meletus juga...

    Jadi Isu perpaduan dan perkauman ini adalah senjata yang akan memakan diri UMNO sendiri kerana rakyat tak sebodoh UMNO sekarang dalam menentukan hala tuju politik Malaysia akan datang...

    Rakyat dah tahu mereka boleh hidup dengan aman damai jika UMNO pupus tidak lama lagi..Rakyat juga dah sedar bukan UMNO sahaja yang boleh memberikan kesejahteraan kepada mereka kerana apa yang UMNO laungkan hanyalah retorik politik mereka sahaja... yang ada....

    Lihat selepas 8 julai ni berbagai Isu2 besar akan melanda UMNO bermula dengan Najib sendiri ha ha ha.....

    Yang menjadi pencacai seperti kamu takkan mendapat keberkatan kerana bersikap memecahbelahkan Parti Islam PAS dan bersifat perkauman yang dilarang Islam sendiri.. Demi politik sempit parti UMNO penyesat Umat Melayu Islam di Malaysia ini.

    MCA lambang bintang.. sama macam kominis kurang dua je bintang

    Gerakan lambang dia tiga segi.. macam sama je jugak dengan maksud tiga bintang...

    Dua2 Parti dalam BN dan UMNO sendiri kawan karib diaorang.. Gerakan dan MCA satu masa dulu suka nak bawa Chin Peng pulang...

    Nampak tak siapa boneka kominis.. Dua parti cina terbesar mengapit UMNO.. lagi bahaya tu.. ha ha

    Patutlah main Isu kominis rupanya dalam BN lah kominis bersembunyi dan tukar lambangnya... rosak2 UMNO..

    Nak bersatu dengan UMNO yang mafia MCA dan kominis Gerakan mastermind dia..? boleh blah le..

    Alahai MelayuUMNO layu jadinya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...